Greenwood Ditawarkan Untuk Menukar Kerakyatannya Menjelang Piala Dunia 2022

Bintang handalan Manchester United, Mason Greenwood berkemungkinan bakal menukar kerakyatannya menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2022.

Mason Greenwood hanya mempunyai satu cap sahaja bersama skuad kebangsaan England selepas beliau melakukan debut antarabangsanya ketika bertemu Iceland pada Ogos tahun lalu.

Pemain berusia 19 tahun itu telah dinamakan dalam senarai pendek skuad Gareth Southgate menjelang Euro 2020 sebelum digugurkan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Walau bagaimanapun, karier antarabangsa beliau bersama skuad kebangsaan England sepertinya tidak bertahan lama dengan laporan terbaru menyatakan ada skuad kebangsaan lain yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Menurut sumber laporan dari The Telegraph, Jamaica mahukan Greenwood untuk menukar kerakyatannya dan beraksi bersama mereka dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022.

Jamaica sangat berharap Greenwood bakal membantu mereka untuk layak beraksi di kejohanan Piala Dunia 2022 yang akan dilangsungkan di Qatar tahun hadapan.

Namun begitu, bagaimana mungkin untuk melayakan Greenwood menukar kerakyatannya dan beraksi bersama skuad kebangsaan Jamaica? Apa lagi beliau sudah bermain dalam perlawanan kompetetif bersama England.

Menurut laporan yang diluluskan oleh FIFA, para pemain akan dibenarkan untuk menukar kerakyatan mereka jika mereka masih belum bermain tiga perlawanan kompetetif bersama skuad senior ketika di usia bawah 21 tahun.

Greenwood ketika sesi latihan bersama skuad England

Apa yang pasti, Greenwood masih pemain remaja, dan beliau hanya membuat satu penampilan sahaja bersama skuad senior England sebelum ini.

Tambahan pula, mengikut susur galur keturunan orang tuanya, maka tiada masalah untuk Greenwood menukar kerakyatannya kepada Jamaica dan beraksi untuk pasukan tersebut selepas ini.

England sendiri ketika ini sememangnya sudah dibanjiri dengan pemain berbakat di posisi serangan, namun Alan Shearer menegaskan bahawa Greenwood merupakan pemain penting yang perlu Southgate kekalkan.

Bercakap ketika sebelum bermulanya kejohanan Euro 2020, beliau mendedahkan kepada Goal bahawa:

โ€œSaya secara peribadinya mementingkan Greenwood dan akan memilih dia, mungkin jika kita terdesak untuk mencari jaringan pemain seperti dia akan sangat berguna.โ€

โ€œSaya akan pilih dia, dia mungkin tak boleh diturunkan dalam satu dua perlawanan awal, tapi jika kamu perlukan gol di minit-minit akhir dia jelas merupakan pilihan terbaik untuk kamu gunakan.โ€

โ€œKelebihan tiga slot tambahan itu sebagusnya kalau digunakan untuk membawa pemain seperti Greenwood ini.โ€

Selain Greenwood, Callum Hudson Odoi turut dikaitkan bakal menukar kerakyatannya dan mahu beraksi bersama skuad kebangsaan lain.

Pemain sayap yang ketika ini berusia 20 tahun itu menjadi pemain termuda yang melakukan debut bersama skuad kebangsaan England, dalam perlawanan kompetetif ketika bertemu Czech Republic pada tahun 2019 lalu.

Beliau secara keseluruhannya telah turun beraksi sebanyak tiga kali untuk skuad senior The Three Lions.

Kali terakhir beliau bermain untuk negaranya di peringkat senior adalah ketika kelayakan Euro 2020 bertemu Kosovo.

Walau bagaimanapun, sejak dari itu, nama beliau sudah tidak mendapat tempat dalam senarai pilihan pengurus England, Gareth Southgate.

Dan selepas beliau tidak disenaraikan dalam senarai 26 pemain yang akan beraksi dalam saingan Euro kali ini, Hudson-Odoi telah memberi gambaran yang beliau mungkin akan menukar status kewarganegaraannya.

Bintang Chelsea itu sama sekali tidak menolak kebarang kalian untuk beliau menukar status kewarganegaraannya dari England kepada Ghana ketika ditanya tentang perancangan masa depannya.

Dalam satu sesi temu bual terbaru bersama Joy Sports, ketika beliau sedang menikmati percutiannya di Ghana, beliau telah menyatakan:

โ€œSaya rasa jelas ketika kamu masih muda, kamu ada kesempatan untuk bermain bersama England dalam tempoh bertahun-tahun, dari bawah 15 ke bawah 16 dan seterusnya.โ€

โ€œKetika mereka secara terang-terangan memberi saya kesempatan untuk bermain di negara yang saya sudah duduki, ia sesuatu yang memang sudah ada dalam fikiran saya, saya sudah tetapkan untuk bermain bersama England.โ€

โ€œJadi ia memang sudah ada gambaran jelas kalau nak pilih England atau Ghana, dan pada akhirnya, saya pernah kata yang saya ada orang yang betul sekitar saya yang selalu menasihati saya. Apa yang betul apa yang salah. England datang dan saya jawab ya, biarkan saya bermain untuk negara saya.โ€

โ€œTapi masa sama saya tahu Ghana juga negara saya, jadi kita akan lihat, kita tunggu saja. Kamu tidak akan tahu.โ€

Ketika ini, Hudson-Odoi masih dibenarkan untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan Ghana jika beliau mahu, mengikut peraturan rasmi FIFA.

Pemain sayap Chelsea itu sudah membuat tiga penampilan bersama skuad senior England iaitu ketika bertemu Czech Republic, Montenegro dan Kosovo pada 2019.

Jadi jika mengikut peraturan rasmi FIFA, tiada masalah untuk beliau menukar kerakyatannya kepada Jamaica dan beraksi untuk skuad kebangsaan negara tersebut selepas ini.

Terdapat beberapa pemain lain yang pernah membuat penampilan bersama skuad kebangsaan England tidak kira bersama skuad remaja mahupun senior telah dikaitkan bakal menukar kewarganegaraan mereka.

Bahkan, pada awal tahun lalu, pemain muda Bayern Munich, Jamal Musiala telah memutuskan untuk mewakili Jerman berbanding England, dan telah dipanggil menyertai skuad senior buat pertama kalinya pada Mac lalu.

Pada Oktober tahun lalu, Aaron Wan Bissaka juga telah memberi bayangan yang beliau mungkin akan menukar status kewarganegaraannya dari England kepada DR Congo dengan menukar pengenalan diri di media sosial miliknya.

Gareth Southgate masih belum berkesempatan untuk memberikan debut rasmi kepada Wan Bissaka untuk bersama skuad kebangsaan England.

Beliau lebih memilih untuk memanggil pemain yang lebih berperanan ketika menyerang seperti Trent Alexander Arnold, Reece James dan Kieran Trippier.

Dek kerana sering diketepikan, maka kerana itulah Wan Bissaka membuang bendera England yang ada di pengenalan beliau dan menukarkannya kepada bendera DR Congo.

Persatuan bola sepak Jamaica turut menawarkan kerakyatan kepada beberapa pemain berprofil tinggi seperti Demarai Gray, Isaac Hayden dan Nathan Redmond.

Bahkan, pada awal tahun ini, terdapat laporan yang menyatakan bahawa Andre Gray, Liam Moore dan Mason Holgate turut disebut oleh Jamaica untuk dipanggil sertai skuad kebangsaan mereka.

Kemar Roofe, Ivan Toney dan pertahanan Norwich City, Max Aarons turut ditawarkan untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Jamaica.

Penyerang West Ham United, Michail Antonio telah memutuskan masa depan beliau di peringkat antarabangsa dengan memilih untuk beraksi bersama Jamaica.

Masa depan Greenwood sememangnya agak samar-samar memandangkan beliau mempunyai rekod masalah disiplin sebelum ini.

Tambahan pula England ketika ini jelas mempunyai deretan pemain berbakat di posisi serangan, maka peluang untuk beliau mendapat tempat juga dilihat agak sukar.

Selepas Southgate disahkan akan diberikan tawaran lanjutan kontrak, ia sepertinya menyukarkan lagi Greenwood untuk mendapat tempat memandangkan pengurus England itu mempunyai sikap pilih kasih yang agak tinggi.

Southgate sememangnya tidak begitu percaya dengan pemain baru dengan beliau akan lebih yakin dengan barisan pemain yang telah lama bersama dengannya.

Sumber: SB

BACA:ย  Cavani Tampil Mempertahankan Greenwood Yang Cuba Dibuli Pemain Roma