Nike menegaskan syarikat pembekal pakaian dan peralatan sukan itu sudah tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan Mason Greenwood, selepas pemain itu berkongsi beberapa hantaran foto di media sosial memperagakan pakaian dan kasut daripada jenama itu.
Kontrak Greenwood bersama Nike ditamatkan pada Februari tahun lalu, selepas pemain itu ditahan dan didakwa kerana mengasari teman wanitanya pada bulan sebelumnya.
Dakwaan tersebut bagaimana digugurkan pada Februari tahun ini, selepas Greenwood konsisten menafikan perbuatannya.
Pada Ogos lalu Greenwood menyertai Getafe secara pinjaman dari Man United, selepas kelab Premier League itu memutuskan masa depan pemain itu di Old Trafford semakin sukar susulan siasatan dalaman oleh kelab.
Selasa lalu pemain berusia 22 tahun itu berkongsi beberapa hantaran foto di media sosial, menggayakan beberapa pasang kasut Nike bernilai tidak kurang £23,000.
🚨🎙️ Nike have confirmed: “Mason Greenwood is no longer a Nike athlete."
(Source: @MirrorFootball) pic.twitter.com/JQWD2Li4fh
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) February 6, 2023
Turut diperagakan bersama adalah beg silang Chrome Hearts Cemetery Cross bernilai £4,600.
Sepasang kasut Cactus Plant Flea Market Pure Platinum Nike Dunk Lows turut antara barangan yang dikongsi Greenwood bernilai £9,000, dan sepasang Desert Moss, £2113.
Barangan paling mahal ialah Nike Air Force 1 Low 07′ bernilai £12,404.
Walaupun berbangga dengan koleksi miliknya, Nike menafikan telah memperbaharui penajaan untuk pemain penyerang itu.
“Mason Greenwood tidak lagi bergelar atlete Nike,” kata seorang jurucakap syarikat itu kepada The Sun.
Sehingga kini Greenwood tidak terikat dengan sebarang penaja selepas kontraknya ditamatkan Nike.
Sebelum ini pemain itu dilihat menggunakan sepasang kasut Nike berusia tujuh tahun Nike Mercurial Superfly 4 untuk menjaani latihan.
🚨🎙️ Nike have confirmed: “Mason Greenwood is no longer a Nike athlete."
(Source: @MirrorFootball) pic.twitter.com/JQWD2Li4fh
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) February 6, 2023
Penyerang Getafe itu turut menggunakan but yang sama ketika perlawanan.
Sehingga kini Greenwood telah menyumbat tiga gol daripada 10 penampilan untuk Getafe, dan hanya 1 gol dijaringkan di pertandingan La Liga.
Greenwood dan pasangannya Harriet Robson menyambut kelahiran cahaya mata pada Julai lalu dan merahsiakan jantina dan nama bayi itu.
Kontrak pemain itu dengan Manchester United akan tamat pada 2025, namun kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah pada Ogos lalu.
Tidak dapat dipastikan sama ada Greenwood akan dijual atau terus dipinjamkan ke kelab lain selepas ini.