FIFA Haramkan 4 Pemain Uruguay Yang Mengamuk Di Piala Dunia Termasuk Cavani

FIFA telah membuat keputusan untuk mengharamkan 4 pemain Uruguay dari sebarang aksi bola sepak apabila dikenakan penggantungan perlawanan selepas mengamuk di Piala Dunia 2022.

Hukuman ini hadir selepas empat pemain tersebut telah bersemuka dengan pengadil secara agresif dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Ghana kerana tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat pegawai perlawanan itu.

Fernando Muslera dan Jose Maria Gimenez telah dikenakan hukuman penggantungan 4 perlawanan manakala Diego Godin dan Edison Cavani masing-masing hanya satu perlawanan.

Hukuman ini adalah jauh lebih ringan dari jangkaan apabila mereka boleh berdepan dengan penggantung antara 10 sehingga 15 perlawanan..

Menurut media Sepanyol AS, empat pemain itu telah didakwa kerana melanggar artikel 11 dan 12 kod tatatertib FIFA dan kini menunggu keputusan daripada badan induk, dengan buku peraturan tatatertib FIFA menyatakan:

“Larangan menjalankan aktiviti berkaitan bola sepak selama sekurang-kurangnya enam bulan.”.

Uruguay tersingkir daripada Piala Dunia pada peringkat kumpulan, menduduki tempat ketiga, mengumpul mata yang setara dengan Korea Selatan selepas memenangi perlawanan terakhir 2-0 menentang Ghana dan mereka bertindak ganas kerana dinafikan sepakan penalti.

Pasukan kebangsaan Korea Selatan layak hasil daripada kelebihan dua gol lebih banyak daripada Uruguay dalam kumpulan yang menjadi pilihan mereka untuk layak.

Selain pengharaman perlawanan 4 pemain Uruguay ini juga akan menjalankan khidmat komuniti berkaitan bola sepak dan didenda sehingga £17,500 (RM92,000).

Persatuan bola sepak Uruguay jugak tidak dapat mengelak dari hukuman apabila dikenakan hukuman denda £44,000 (RM231543.30) kerana bertanggungjawab atas kelakuan penyokong dan ahli pasukan.

FIFA juga mengarahkan Uruguay bermain di laman sendiri dalam perlawanan antarabangsa seterusnya dengan kapasiti penyokong yang dibenarkan hanya separuh dengan kehadiran penyokong.

Jawatankuasa FIFA boleh melayakkan perbuatan yang dikaitkan dengan pemain sebagai hasutan awam iaitu ‘kebencian atau keganasan’ namun tidak cukup ganas untuk mereka dihukum 6 bulan.

Jose Maria Gimenez yang dijangka menerima hukuman paling berat boleh dikatakan terselamat dengan hanya 4 penggantungan selepas berkelakuan paling ganas dan mencarut dengan bukti yang jelas.

Ketika pemain dan pegawai Uruguay yang marah mengepung pengadil, rakaman video telah didedahkan menunjukkan Gimenez dari Atletico Madrid menyiku pengarah pertandingan FIFA di bahagian belakang kepala.

Dan pastinya insiden itu nyata terjadi secara tidak sengaja dalam situas kelam kabut, jika tidak pasti lebih berat hukuman diterima Jose Maria Gimenez.

Jose Maria Gimenez telah memanggil pengadil anak haram dan perompak dan meminta perakam memuat naik video itu ke media sosial. Satu tindakan provokasi dan dari video itu saja Gimenez boleh digantung tiga perlawanan dan nasibnya baik.

Edison Cavani telah dirakam menumbuk monitor Video Assistant Referee (VAR) dengan satu tumbukan K.O lalu tumbang terkulai mencium lantai ketika menuju ke bilik persalinan.

Tidak dapat kepala pengadil monitor pun jadi la. Dan rakaman baharu menunjukkan Cavani menumbuk monitor VAR ketika pemain melalui terowong menuju ke bilik persalinan.

Dalam video itu, bekas penyerang Manchester United itu boleh dilihat melepaskan satu tumbukan pantas penuh bersahaja tetapi ke arah monitor VAR.

Cavani kemudian terus berjalan melewati terowong, meninggalkan monitor VAR di atas lantai dan seorang pegawai petugas hanya berdiri di sisinya tidak berbuat apa-apa mungkin masih terkejut.

BACA:  Edison Cavani Jaringkan Gol Yang Sangat Genius Dari Tengah Padang