Kepulauan Marshall adalah satu-satunya negara di planet bumi yang tidak pernah mempunyai skuad kebangsaan mereka sendiri. Walaupun demikian negara kepulauan itu kini berhasrat mengubah perkara itu.
Terdiri daripada beberapa kepulauan gunung berapi, Kepulauan Marshall pernah diduduki oleh Amerika Syarikat ketika Perang Dunia Ke-II.
Terletak di Lautan Pasifik negara itu memupunyai hanya seramai 60,000 penduduk.
Ia adalah lokasi di mana tentera Uncle SAM melakukan ujian nuklear sebelum Kepulauan Marshall mencapai kemerdekaan pada 1986.
LAST COUNTRY ON EARTH WITHOUT A NATIONAL TEAM 🌴🇲🇭
A nation on permanent international break, The Marshall Islands—a cluster of islands in the Pacific Ocean—released their first-ever shirt earlier this year with profits being reinvested into grassroots football.
Led by 33yo… pic.twitter.com/11lebKoZUH
— Men in Blazers (@MenInBlazers) October 10, 2023
Dan selepas beberapa dekad, Kepulauan Marshall kini berhasrat untuk menyertai dunia bola sepak. Mereka bukan sahaja mengimpikan sebuah pasukan kebangsaan malah turut memasang impian beraksi di pentas antarabangsa.
Demi mencapai impian tersebut, Kepulauan Marshall telah melantik Llyod Owers dari U.K sebagai Pengarah Teknikal bola sepak negara itu.
Owers adalah bekas pemain bola sepak separa profesional dan memiliki lesen kejurulatihan UEFA B.
Bercakap kepada BBC baru-baru ini Owers berkongsi bagaimana idea itu timbul dan perkara yang memberi motivasi kepada dirinya untuk membantu bola sepak di Kepulauan Marshall.
“Ia bermula menerusi beberapa kiriman email dan kemudian kami berbual menggunakan WhatsApp sahaja kerana zon masa yang berbeza,” kata Owers.
“Secara peribadi ia adalah peluang untuk saya melakukan sesuatu yang besar. Ia adalah satu-satunya negara di dunia yang belum memiliki pasukan kebangsaan mereka sendiri.
🇲🇭 Love this article from @_Harry_Poole on the new Marshall Islands Football Association.
English coach @LloydOwers is heavily involved in creating a side in the last country on Earth without a national football team.
Fascinating read – https://t.co/1z3AvYBCax pic.twitter.com/Gjo80SXJED
— English Players Abroad (@EnglishAbroad1) October 10, 2023
“Ia juga mengenai cita-cita. Pihak Persekutuan Bola Sepak Kepulauan Marshall mahu menjadi anggota OFC. Mereka juga mahu mendaftar menjadi anggota FIFA.
“Mereka tidak mahu bermain menentang sesama mereka. Mereka mahukan program dan perancangan yang lebih besar.
“Sekarang kami mahu menjadi sebahagian daripada pasukan yang beraksi di pusingan kelayakan Piala Dunia. Kami mahu beraksi di Kejohanan OFC. Kami mahu bermain bola sepak mainstream.
“Saya berpendapat 10 tahun akan datang jika kami meneruskan usaha sebagaimana yang dilakukan sekarang, maka tidak mustahil impian itu boleh dicapai.”
Selain daripada bermain bola sepak di peringkat tertinggi, Kepulauan Marshall turut berniat menggunakan pasukan bola sepak mereka untuk menyebarkan kesedaran mengenai perubahan iklim dan peningkatan paras air laut.
Sebagai langkah awal Persekutuan Bola Sepak Kepulauan Marshall sudah pun melancarkan jersi pertama mereka, dengan harapan pemain-pemainnya boleh menyarung jersi tersebut bermula musim panas 2024.