Di dalam dunia bola sepak, terdapat beberapa peraturan yang dianggap aneh dan tidak biasa dilihat.
Walaupun anda makan bola, tidur bola, minum bola dan menganggap diri terpaling jiwa bola sepak senarai peraturan ini mungkin mengejutkan anda.
Jumlah maksimum sepakan penalti
Sekiranya perlawanan terpaksa ditentukan melalui penentuan sepakan penalti, kedua-dua pasukan wajib menghantar jumlah pemain yang sama.
Sekiranya salah sebuah pasukan mengakhiri perlawanan masa sebenar dengan 10 orang, ini bermakna setiap pasukan hanya memiliki 10 pemain maksima untuk mengambil sepakan.
July 9, 2006: Gennaro Gattuso and the Azzurri winning the World Cup. pic.twitter.com/3WXgcOIfqv
— AzzurriFanPhil (@AzzurriFanPhil) July 9, 2020
Contoh terhampir adalah ketika perlawanan akhir Piala Dunia 2006 apabila Zinedine Zidane dilayangkan kad merah kerana menanduk dada pemain lawan. Akibatnya Perancis bermain 10 orang.
Ketika sepakan, legenda AC Milan Gennaro Gattuso terpaksa disisihkan daripada mengambil sepakan.
Seluar track bottom hanya untuk penjaga gol
Walaupun jarang berlaku dan kurang dititikberatkan, peraturan jelas mengatakan hanya penjaga gol dibenarkan memakai track bottom sekiranya memilih untuk berbuat demikian.
Colombian Keeper Rene Higuita’s ‘Scorpion Save’ pic.twitter.com/YPEKoxsuxA
— George GRACE (@grac10466) September 25, 2023
Antara penjaga gol yang gemar memakai track bottom adalah bekas penjaga gol antarabangsa Colombia, Rene Higuita – terkenal dengan aksi menyelamat scorpion kick dalam perlawanan menentang England.
Pengambil sepakan penalti tidak boleh sentuh bola
Ini antara peraturan yang boleh mengelirukan penyokong. Tahukah anda seorang pemain yang ditugaskan mengambil sepakan penalti tidak dibenarkan menyambar bola muntah sekiranya perkara ini berlaku?
Seorang pengambil sepakan penalti tidak boleh melakukan sentuhan susulan terhadap bola sekiranya hasil sepakan terkena tiang – sehingga ia menyentuh pemain lain (rakan sepasukan atau pun lawan).
The end of Al-Ittihad’s chance to return .. Karim Benzema misses a penalty kick on the post!#الاتحاد_الهلال
pic.twitter.com/7rwiDVA00R— المدرج الاهلاوي (@ar7xiano) August 5, 2023
Ini bermakna pemain tersebut tidak boleh menyempurnakan bola terus daripada rebound sehingga ianya dimainkan semula setelah sepakan penalti.
Kad merah sebelum perlawanan
Tahukah anda kad merah turut boleh dilayangkan kepada pemain sebelum sepak mula perlawanan?
Walaupun kita pernah melihat pemain dilayangkan kad merah selepas wisel penamat, peraturan turut menjelaskan pengadil boleh berbuat demikian sebelum wisel permulaan.
Berdasarkan peraturan Seksyen 3 peraturan permainan:
“Jika pemain dilayangkan kad merah sebelum pasukan menghantar senarai nama (skuad hari perlawanan) pemain tersebut tidak dibenarkan bersama pasukan dalam perlawanan tesebut. Pasukan bagaimanapun dibenarkan membawa masuk pemain gantian daripada skuad simpanan sekiranya ada.
“Jika pemain sudah dinamakan dan dilayangkan kad merah sebelum perlawanan, maka pemain itu boleh diganti oleh mana-mana pemain yang berada di dalam senarai simpanan sebelum sepak mula.
“Jika pemain yang dilayangkan kad merah tidak dinamakan di dalam kesebelasan utama, ini bermakna pasukan itu akan memulakan perlawanan kurang seorang pemain di bangku pemain simpanan. Jumlah pemain gantian untuk perlawanan masih kekal.
Gol sendiri daripada sepakan percuma
Gol sendiri yang terhasil daripada sepakan percuma terus ke arah gawang sendiri tidak akan dikira sebagai gol.
Tetapi sepakan penjuru akan diberikan kepada pihak lawan.
Namun jika pemain lain tersentuh bola tersebut sebelum menerjah jaring, ia akan dikira sebagai gol.