Edison Cavani Tumbuk Monitor VAR Sehingga K.O Ke Lantai

cavani var

Pemain penyerang veteran Uruguay, Edison Cavani telah menumbuk monitor Video Assistant Referee (VAR) dengan satu tumbukan K.O lalu tumbang terkulai mencium lantai ketika menuju ke bilik persalinan.

Kekecewaan jelas melanda pasukan Uruguay yang tersingkir dari Piala Dunia walaupun berjaya menewaskan Ghana yang mencanang mahu membalas dendam Piala Dunia 2010 ke atas pasukan Amerika Selatan itu.

Penyingkiran Uruguay ini tidak terjadi secara terus lantaran kemenangan mereka ini tetapi terjadi jua disebabkan oleh kemenangan mengejut 2-1 Korea Selatan dalam perlawanan menentang Portugal.

Sangat pedih buat Uruguay lantaran gol kemenangan Korea Selatan itu hadir di penghujung perlawanan di minit ke-91 melalui Hwang Hee-chan yang menyempurnakan hantaran Son Heung Min dari celahan pemain Portugal.

Maka Negara Amerika Selatan itu disingkirkan daripada Piala Dunia walaupun menewaskan Ghana 2-0 hasil jaringan separuh masa pertama Giorgian de Arrascaeta.

Korea Selatan layak ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia mendahului Uruguay dengan jaringan gol yang dihasilkan, setelah menjaringkan dua lagi gol terakhir dalam pusingan peringkat kumpulan.

Tetapi Uruguay berpendapat mereka sepatutnya mempunyai peluang untuk menjaringkan gol dari sepakan penalti apabila Edison Cavani dijatuhkan pada masa kecederaan.

Jika mendapat penalti dan menjaringkan gol ketiga, Uruguay akan menyaksikan mereka mara ke pusingan seterusnya dengan perbezaan gol. Namun itu tidak terjadi.

Tetapi pengadil perlawanan Daniel Siebert menolak permintaan mereka untuk mendapatkan penalti yang menyebabkan kemarahan pasukan Uruguay.

Cavani vs VAR

Disebabkan berasa tidak mendapat keadilan, beberapa pemain kehilangan Uruguay nyata hilang sabar apabila terus mengerumuni Daniel Siebert dan pegawai perlawanan selepas wisel penamat dalam adegan mengejutkan.

Mereka marah seperti mahu menelan dan menghentam pengadil tetapi tiada sentuhan ke atas pengadil tapi cukup untuk mewujudkan satu kekecohan.

Suasana dapat dikawal dengan baik dan ditenteramkan tanpa sebarang aksi fizikal terjadai kecuali ketika pemain Uruguay masuk beredar.

Tidak dapat kepala pengadil monitor pun jadi la. Dan rakaman baharu menunjukkan Cavani menumbuk monitor VAR ketika pemain melalui terowong menuju ke bilik persalinan.

Dalam video itu, bekas penyerang Manchester United itu boleh dilihat melepaskan satu tumbukan pantas penuh bersahaja tetapi ke arah monitor VAR, menyebabkan ia jatuh terkena tumbukan maut Pendekar Laut berkekuatan 1 Juta Hp itu.

Mungkin juga Cavani telah melepaskan Tinju Supersonik, tumbuk laju-laju tapi tak nampak di mata kasar.

Cavani kemudian terus berjalan melewati terowong, meninggalkan monitor VAR di atas lantai dan seorang pegawai petugas hanya berdiri di sisinya tidak berbuat apa-apa mungkin masih terkejut.

Penyingkiran Uruguay mengecewakan Luis Suarez, yang menunjukkan raut wajah penuh emosi di bangku simpanan.

Dia menitiskan air mata berikutan gol kemenangan Korea Selatan. Dia menarik bajunya ke atas kepalanya dalam apa yang boleh menjadi penampilan terakhirnya di Piala Dunia.

Portugal dan Korea Selatan mara ke pusingan 16 terakhir dari Kumpulan H, dengan pasukan Cristiano Ronaldo menamatkan saingan sebagai juara kumpulan.

Bagaimana Korea Selatan atasi Uruguay

Sebenarnya bukan persoalan lagi bagaimana Korea Selatan berjaya atasi Uruguay selepas mereka terikat mata dan juga mempunyai perbezaan gol yang sama dan ini sudah termaktub dalam peraturan tie breaker.

Jika ada pasukan yang terikat dari segi mata, jaringan dan bolos yang sama maka FIFA Tie-Breaker Rules akan dicetuskan secara automatik dan terus diguna pakai.

Jadi, bagaimana sebenarnya kemaraan pasukan diputuskan dalam senario ini – dengan perbezaan gol atau keputusan head-to-head?

Dalam kes Korea Selatan ini tidaklah rumit dan jelas sahaja di mana mereka terikat mata dan perbezaan gol tetapi di pemutus yang ketiga berpihak kepada Korea Selatan yang menjaringkan 4 gol di peringkat kumpulan berbanding Uruguay 2 sahaja.

FIFA Tie-Breaker Rules di Piala Dunia 2022

Dalam FIFA Tie-Breaker Rules di Piala Dunia 2022 empat perkara asas telah menjadi kata pemutus kepada pasukan bertanding iaitu:

1. Jumlah mata yang lebih besar

2. Perbezaan gol dalam semua perlawanan peringkat kumpulan

3. Gol dijaringkan dalam semua perlawanan peringkat kumpulan.

4. Keputusan head-to-head – Mata, perbezaan gol, jumlah gol dijaringkan.

5. Akhlak yang baik atau fair play conduct

BACA:  6 Pengadil VAR Dipecat Selepas Insiden Perkauman Babitkan Vinicius Jr