UEL: Liverpool Tewas Dengan Tulus Ikhlas

Perlawanan di antara Liverpool dan Toulouse berakhir dengan penuh dramatik dan hakikatnya ia adalah kekalahan yang pahit untuk ditelan oleh Jurgen Klopp dan anak buahnya yang merupakan pilihan juara pertandingan Europa League pada musim ini.

Toulouse adalah pasukan yang kini berada di kedudukan ke-14 Ligue 1 dan menentang juara Eropah sebanyak enam kali yang gah dengan ‘golden badge’ – dimiliki oleh kelab-kelab elit yang berada di kasta tersendiri di dalam bola sepak Eropah.

Namun demikianlah bola sepak. Ia tidak mengenal darjat mahupun reputasi. Walaupun Toulouse menyaksikan dua jaringan mereka dibatalkan, selain satu gol sendiri, Liverpool tetap dengan tulus iklhas tewas perlawanan ini.

Kekalahan bukan perkara yang biasa dilalui oleh Liverpool pada musim ini. Walaupun demikian skuad kendalian Klopp jelas bergelut dengan prestasi di Stadium de Toulouse pada malam Jumaat apabila ketinggalan tiga gol kepada Toulouse yang bermain dengan penuh semangat diinspirasikan oleh penyokong mereka sendiri.

Toulouse adalah kelab divisyen dua di mana pemain Vietnam beraksi dua musim lalu. Minggu lalu mereka tewas 5-1 di Anfield.

Namun mereka memulakan perlawanan ini dengan penuh semangat dan momentum tersebut turut tidak terganggu oleh gol sendiri yang agak malang.

Kesilapan pemain bek kiri genius yang kurang genius kali ini membenarkan Aron Donnum menjaringkan gol pertama perlawanan.

Thijs Dallinga kemudiannya menggandakan kedudukan untuk membenarkan Toulouse memulakan babak kedua dengan kedudukan selesa.

Keraian Toulouse tampak hanya sementara apabila kedudukan menjadi 2-1 akibat gol sendiri Cristian Casseres.

Namun demikian jaringan pemain gantian Frank Magri dua minit kemudian pantas menjadikan kedudukan menjadi 3-1.

Diogo Jota berjaya mengurangkan defisit menjadi 3-2 untuk Liverpool pada minit ke-89 perlawanan. Dan Liverpool menyangkakan mereka berjaya membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata daripada perlawanan ini apabila Jarell Quansah berjaya menolak masuk bola pada minit ke-97 perlawanan.

Namun demikian VAR mungkin berdendam dengan Liverpool. Semakan video kemudiannya mendapati bola terlebih dahulu terkena tangan Alexis Mac Allister sebelum jaringan tersebut terhasil.

Liverpool masin berada di kedudukan teratas Kumpulan E dengan 9 mata. Tetapi Toulouse hanya dua mata di belakang di kedudukan kedua kumpulan.

Tetapi siapa yang dapat menjangkakan persembahan bersemangat Toulouse di arena mereka sendiri telah membuatkan Liverpool lemah lutut di malam Jumaat.

BACA:  Klopp Meminta Maaf Kerana Berlari Ke Dalam Padang Ketika Jaringan Kemenangan Liverpool