Aksi Kelakar Penjaga Gol PDRM FC Undang Padah

Aksi kelakar dan kesilapan penjaga gol PDRM FC dalam perlawanan kelima Liga Perdana menentang Kuching City FC ternyata membawa pada dan memberi kesan besar kepada keputusan perlawanan.

Kesilapan yang terjadi seawal minit ketiga itu membolehkan Kuching City FC mendahului PDRM FC hasil jaringan Adam Shreen Tambi. Hadiah dari tuan rumah.

Pada awal kejadian, penjaga gol PDRM FC, Asri Muhammad berjaya menangkap kemas percubaan pemain Kuching City FC dan penjaga gol PDRM itu berlari untuk membuat balingan.

Entah bagaimana balingan Asri Muhammad itu melambung tinggi ke udara dan jatuh ke kaki Adam Shreen Tambi yang terus menyepak masuk ke gawang terbuka.

Pemain PDRM FC yang lain kelihatan tercengan dan tidak berpuas hati dengan situasi itu dan Adam Shreen Tambi terus meraikan gol itu bersama rakan-rakan.

Penjaga gol PDRM FC, Asri Muhammad kelihatan seperti mahu membaling bola dan cuba menarik kembali namun bola terlepas dari genggaman dan terbang diudara.

Mungkin itulah yang terjadi, kau rasa?

Jaringan tunggal Adam Shreen Tambi itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama untuk pasukan pelawat mendahului.

Bersambung permainan untuk 45 minit terakhir, PDRM FC kena lagi dengan jaringan awal permainan pada minit ke-46 hasil jaringan Hudson Diasz.

Gol kedua berpunca daripada sepakan penjuru dan Asri Muhammad keluar untuk menangkap bola namun bola tersebut sedikit melencong.

Tangkapan tidak kemas terjadi dan bola jatuh betul-betul ditengah gawang dan mudah Hudson Dias menolak masuk untuk menggandakan kedudukan.

PDRM FC cuba bangkit untuk baki 20 minit permainan dan Lazarus Kaimbi berjaya merapatkan jurang melalui sepakan penalti pada minit ke-75.

Usaha PDRM FC untuk mendapatkan gol penyamaan tidak kunjung tiba dan Kuching City FC membawa pulang 3 mata berharga.

Ini merupakan kemenangan pertama Kuching City FC di Liga Perdana musim ini selepas 4 perlawanan.

Lumrah kehidupan manusia yang tidak dapat lari daripada kesilapan. Yang penting ada sesuatu yang boleh dipelajari dari peristiwa sebegini.

BACA:  Penyokong Kedah Tunggu Pengadil Kat Luar Stadium Dengan Laungan 'Ref Bodoh'