Pemain Ukraine Dituduh Atur Perlawanan Selepas Dilihat Raikan Gol Lawan

Seoran pemain bola sepak yang beraksi di divisyen kedua liga Ukraine telah dituduh mengatur perlawanan selepas beliau kelihatan seperti meraikan jaringan gol oleh pihak lawan.

Lantaran dakwaan tersebut satu siasatan telah dijalankan berhubung kait dengan aktiviti mengatur perlawanan.

Kejadian berlaku pada awal Oktober di mana pasukan Kremin Kremenchuk telah berkunjung ke laman lawan, Uzhgorod untuk perlawanan Ukrainian Persha Liga.

Kremin Kremenchuk telah melalui perjalanan yang panjang untuk perlawanan ini dari tengah negara Ukraine menuju ke barat.

Perjalan itu menyaksikan Kremin Kremenchuk ketinggalan 1-0 pada minit ke-65.

Tiada kontroversi yang tercetus ketika jaringan itu terhasil keranaia merupakan satu jaringan yang normal di mana hantara silang dari kanan telah disudahkan oleh pemain Uzhgorod, Mykola Gayduchyk.

Kontroversi mula tercetus apabila terdapat penonton yang telah menuduh pemain pasukan pelawat berjersi 18, Vitaliy Boyko mengangkat tangan seperti meraikan gol oleh pasukan tuan rumah.

Bermula dari satu pandang seorang individu yang disampaikan kepada individu lain yang turut mempercayai pandangan individu pertama maka perkara ini menjadi buah mulut ramai.

Dengan rakaman video yang agak jelas untuk dijadikan sandaran serta bukti maka perkara ini menjadi tular di media sosial lalu menjadi bualan dunia sehingga ke Malaysia.

Dari kelihatan seperti meraikan gol lawan maka tercetuslah tuduhan mengatur atau menjual perlawanan ke atas pemain Kremin Kremenchuk, Vitaliy Boyko.

Menurut akhbar dari Ukraine yang bernama Tribuna, rakaman tersebut telah disiasat oleh Jawatankuasa Etika dan Keadilan Persatuan Bola Sepak Ukraine (UAF) kerana mengatur perlawanan.

Vitaliy Boyko telah mengesahkan bahawa beliau telah menerima panggilan telefon daripada jawatankuasa sebagai sebahagian daripada siasatan.

Punca tuduhan

Jawatankuasa Etika dan Keadilan Persatuan Bola Sepak Ukraine (UAF) kemudian memutuskan bahawa tiada apa yang pelik atau tidak kena dengan jaringan tersebut.

Bercakap kepada media tempatan, Vitaliy Boyko telah menafikan tuduhan itu dan menyatakan bahawa beliau tidak perlu melalui 20 jam perjalanan hanya untuk meraikan gol lawan.

“Kau yang memutuskan bahawa aku gembira dengan gol tersebut.” Ujar kepada Tribuna.

“Kalau kau tengok perlawanan penuh, kau boleh lihat aku meletakkan tangan ke atas dan meluahkan kemarahan.”

“Aku tidak gembira dengan jaringan tersebut, tidak sama sekali. Aku sama sekali tidak gembira dengan gol Uzhgorod. Bagaimana seorang individu yang menempuh 20 jam perjalanan di dalam bas boleh gembira dengan gol pasukan lawan?”

Vitaliy Boyko berkata lumrah dalam bola sepak ada naik dan turun. Tiada seorang rakan dalam pasukannya bertanya tentang reaksi gol tersebut dan tanpa diketahui punca beliau dituduh mengatur perlawanan.

“Aku melihat kembali ulangan perlawanan, semua orang mempunyai kesilapan. Mungkin kerana keletihan. Kami bertandang ke Uzhgorod untuk mencari kemenangan dan kami perlu mendapatkan tiga mata.”

“Tapi bola sepak ini permainan yang tak terjangka, kami bermain satu perlawanan dengan bagus namun perlawanan kedua kami boleh gagal.”

“Aku pun tak tahu mana puncanya, tiada sorang pun dalam pasukan bertanya mengenai reaksi aku tentang gol dari Uzhgorod.”

Vitaliy Boyko turut mendedahkan bahawa Jawatankuasa UAF membuat panggilan sebagai sebagian siasatan dan untuk memaklumkan tiada keraguan dalam siasatan tersebut.

“Mereka menelefon dari FTC UAF. Mereka berkata tiada persoalan selepas mereka melihat dan menilai semula perlawanan tersebut.”

“Kalau kau tengok perlawanan penuh, kau dapat lihat dari kamera lain bahawa aku mengangkat tangan ke atas dan kemudian mula memusingkan kepala ke sisi – aku meratapi bagaimana mungkin kami boleh terlepas gol ini. Dan itu saja, tidak lebih dari itu untuk diperkatakan.”

Kerana tuduhan dari media sosial yang menyangka beliau meraikan gol lawan, Vitaliy Boyko telah disiasat oleh Persatuan Bola Sepak Ukraine (UAF) atas tuduhan mengatur perlawanan.

Selepas penilaian video dilakukan Persatuan Bola Sepak Ukraine (UAF) memutuskan tiada kecurangan yang dilakukan oleh Vitaliy Boyko.

BACA:  Tindakan Penjaga Gol Mengambil Botol Minuman Mengundang Petaka