Penyokong Kedah Tunggu Pengadil Kat Luar Stadium Dengan Laungan ‘Ref Bodoh’

Penyokong Kedah nampaknya tidak berpuas hati dengan pengadil yang menurut mereka menjadi punca utama pasukan mereka kalah kepada pasukan PDRM.

Dalam aksi Liga Super yang berlangsung semalam, pasukan yang dikendalikan oleh Nafuzi Zain itu tewas mengejut di tangan PDRM FC.

Gol kemenangan PDRM FC adalah menerusi Bruno Suzuki. Ianya sudah cukup untuk memberikan 3 mata penuh buat The Cops yang turun sebagai pasukan underdog dalam perlawanan ini.

Ianya adalah kemenangan pertama PDRM FC musim ini dalam saingan Liga Super Malaysia selepas permulaan yang sukar.

Namun sebelum gol itu terhasil, terdapat 2 insiden di mana 2 kad merah dilayangkan pengadil kepada pasukan Kedah.

Membuatkan peminat di dalam stadium benar benar marah. Dan kemarahan itu berlarutan lagi sehinggalah selepas tamat perlawanan.

Di mana segelintir penyokong terus berkampung di luar stadium untuk beberapa ketika bagi menunjukkan protes terhadap pengadil.

Dua kad merah kepada Kedah

Ianya adalah malam yang menyaksikan Kedah mendapat 2 kad merah daripada pengadil.

Pertamanya ialah kepada Manuel Ott yang menyaksikan bintang Kedah itu dibuang padang.

Kapten pasukan Kedah itu dilihat cuba merampas bola dari tangan pemain PDRM FC.

Dan pengadil merasakan dia telah melakukan serangan fizikal ke atas lawannya.

Pemain PDRM FC tersebut terbaring di atas padang kesakitan.

Berlaku sedikit pergelutan melibatkan pemain kedua dua pasukan.

Dan pengadil memutuskan untuk membuang Manuel Ott dari padang dengan layangan kad merah.

Pemain pemain Kedah membantah keputusan pengadil itu, namun ianya disambut baik pemain PDRM FC.

Keduanya adalah kepada Nafuzi Zain. Ianya selepas pengendali Kedah itu dilihat menghampiri pengadil keempat dan berkata sesuatu.

Hakikatnya, ianya baru sahaja perlawanan ketiga Nafuzi mengendalikan pasukan Kedah dalam pentas liga super Malaysia. Dan dia sudah pun memiliki koleksi kad merah.

Nafuzi yang membantah keputusan pengadil telah bergegas ke arah pengadil keempat dan menyatakan sesuatu.

Ramai yang kehairanan, kenapa Nafuzi Zain boleh dilayangkan kad merah kerana insiden itu.

Pundit Astro Arena merasakan bahawa Nafuzi mungkin menggunakan mikrofon komunikasi pada pengadil keempat itu untuk menyatakan sesuatu yantg menyinggung ketua pengadil perlawanan tersebut.

Ianya membuatkan dia dibuang padang serta merta.

Tidak terhenti di situ, selepas tamat perlawanan, penyokong penyokong Kedah berkumpul di luar stadium dan mereka menunggu pengadil keluar.

Mereka tidak berpuas hati dengan pengadil sambil melaungkan ref bodoh ref bodoh berkali kali.

Insiden itu mendapat perhatian warga maya yang melihat video tular tersebut.

Polis dan petugas keselamatan berkawal di luar stadium untuk memastikan keselamatan pengadil.

Kelihatan sekumpulan penyokong yang terdiri daripada pelbagai generasi termasuk lelaki dan wanita berkumpul di luar perkarangan stadium meluahkan kemarahan dan kekecewaan mereka.

Ianya kekalahan pertama Kedah musim ini selepas 3 perlawanan. Kedah memulakan musim ini dengan 2 kemenangan luar biasa ke atas Perak dan Terengganu.

PDRM yang menelan 1 kekalahan dan 1 seri tanpa jaringan sebelum ini, berjaya meraih 3 mata dari Darul Aman. Ianya kememangan luar biasa dicatatkan PDRM FC ke atas Kedah yang dianggap gergasi bola sepak Malaysia.

Kedah pastinya mahu mencabar kejuaraan liga pada musim ini bersama dengan Nafuzi Zain. Pengendali yang sebelum ini bersama Terengganu FC.

Dan kini mereka harus bangkit segera daripada kekalahan mengejut ini.

PDRM FC boleh menjadikan kemenangan ini sebagai motivasi yang berharga untuk mereka mengharungi cabaran yang akan mendatang.

BACA:  Skuad Double Treble Kedah Akhirnya Terima Habuan