Voli Luar Biasa Padu YB Sanusi Memukau Peminat Bola Sepak Tempatan

Peminat bola sepak tempatan terpukau dan terpegun melihat kehebatan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor bermain bola sepak.

Tular satu rakaman video yang memperlihatkan bagaimana kehebatan YB Sanusi melepaskan satu voli padu yang hampir menghasilkan gol untuk pasukannya.

YB Sanusi bersama skuad veteran MB turun bertemu skuad veteran Polis bersempena perlawanan akhir dan Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka Piala Ketua Polis Kedah di Stadium Darul Aman malam semalam.

Perlawanan itu juga dikatakan bersempena keraian menyambut hari Polis ke-215 yang diraikan di seluruh negara baru-baru ini.

Lagu polis

“Polis sedia berkhidmat Kerna negeri dan rakyat Hidup berbahagia, aman sentosa Polis sedia berkhidmat

Polis sedia berkhidmat Pada negeri dan rakyat Hidup berbahagia, aman sentosa Polis sedia berkhidmat

Tanda lekat di lengan Polis dengan pereman Tangan bersalaman Alamat persahabatan

Polis sedia berkhidmat Pada negeri dan rakyat Hidup berbahagia, aman sentosa Polis sedia berkhidmat”

Selamat hari Polis

Ok berbalik kepada isu kehebatan YB Sanusi, dalam perlawanan tersebut telah berlaku satu insiden yang memperlihatkan bagaimana hebatnya beliau menunjukkan skill voli yang sungguh dasyat.

Beliau ketika itu beraksi persis seperti Xabi Alonso yang mana beliau berada di luar kotak memerhati pemain di bahagian serangan dan menunggu peluang tiba.

Tidak perlu mencari bola, bola sendiri datang menyerah diri dengan YB Sanusi ketika berada di tengah padang, dengan tiba-tiba disajikan dengan bola melantun cantik di hadapannya.

Melihat bola melantun-lantun, YB Sanusi terus melepaskan voli yang cukup padu ke arah gawang gol pasukan veteran PDRM.

Bola rembatan padu beliau itu berjaya menewaskan pemain pertahanan, dan turut berjaya melepasi jangkauan penjaga gol lawan.

Malang sekali bola itu sekadar terkena tiang sahaja namun ia sudah cukup untuk membuktikan yang YB Sanusi sebenarnya berbakat besar dalam dunia bola sepak.

Jika dilihat dari cara beliau melepaskan rembatan itu, sudah cukup jelas yang beliau sangat faham dengan basic gerakan tersebut.

Cara beliau melihat gawang lawan, bergerak perlahan menuju ke arah bola, menghayunkan kaki dan memastikan bola dirembat sebelum lantunan keempat ia sudah cukup untuk membuktikan beliau sudah pakar dengan teknik tersebut.

Tidak pasti keputusan penuh perlawanan itu, namun sudah tentu para penyokong yang datang sangat terhibur dengan aksi dan kehebatan YB Sanusi dalam perlawanan tersebut.

Melihat video yang tular itu, para peminat turut memberikan pujian menggunung kepada YB Sanusi atas kehebatannya itu.

“Gila ahh, YB tak cari bola, bola yang cari YB woi, cantik pula tu dia rembat. Kalau gol tu boleh calon ke puskas dah tu.”

“MB Kedah boss, bukan sekadar sembang, ingat dia borak bola dia tak pandai main bola ke? Ini bukti dia.”

“Betul steady lah YB, releks je lepaskan volley padu gitu, bangga jadi anak Kedah.”

“Ini kalau Kedah tak ada pemain, boleh dah panggil YB main sekali ni, boleh tahan juga cara YB main.”

“Penjaga gol dah kalah tu, sayang betul kena tiang, kalau tidak lagi padu dapat tengok YB score gol cantik.”

Perlawanan tu tak ada siaran langsung, jadi kalau ada yang tanya nak tengok dekat mana, Min pun tak tahu nak cadangkan.

Min hanya jumpa video di TikTok dan tulis artikel berdasarkan sumber yang ada je. Apa-apa pun, MB Kedah power woi!

@hazrinyenn Nasib kena tiang🤣 @sanusimdnor ♬ original sound – hazrinyenn

BACA:  Kedah Juara Liga Perdana 2015, Kedah Dan Pulau Pinang Layak Ke Liga Super