Piala Malaysia 2021 Suku Akhir Kedua: Kedah 0-1 JDT (Agg. 0-1)

Perlawanan suku akhir kedua saingan Piala Malaysia antara JDT dan Kedah yang menjadi tumpan akhirnya tiba untuk ditentukan siapa yang akan mara ke separuh akhir.

Diatas kertas, JDT yang turun beraksi diStadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor masih lagi menjadi pasukan pilihan.

Perang mulut antara Presiden Persatuan bola sepak Kedah dan pemilik JDT berterusan dan terus menghangatkan suasana.

Jurulatih Kedah, Aidil Sharin tidak menurunkan pemain perancang dan legenda pasukan Kedah Baddrol Bakhthiar dalam perlawanan ini dan Tchetche Kipre kembali.

JDT pula menurunkan Guilherme De Paula dikesebelasan utama menggantikan Bergson Da Silva yang tiada dalam senarai pemain.

Nazmi Faiz Mansor dan Gonzalo Cabrera juga kembali beraksi memperkuatkan jentera serangan JDT.

JDT terlebih dahulu mencuba dan hampir menjaringkan gol pada minit ketiga melalui sepakan percuma Leandro namun berjaya ditepis keluar penjaga gol Kedah.

Pemain pilihan netizen dan penyerang terhebat di Malaysia, Guilherme De Paula terlepas peluang terbaik apabila percubaannya jauh melewati palang.

Kedah bermain seperti perlawanan suku akhir pertama dengan mengamalkan corak permainan bertahan penuh berdisiplin dengan menanti dan menunggu JDT menyerang.

Pada minit ke-23, Kedah sudah melakukan pertukaran apabila mengeluarkan Syazwan Zainon yang tercedera digantikan dengan Aiman Afif.

Akhirnya pada minit ke-40, Arif Aiman yang tidak dipanggil Tan Cheng Hoe kerana keletihana telah membuka tirai jaringan dengan satu rembatan padu.

Gol dari Arif Aiman ini kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Seawal babak kedua bersambung Kedah terpaksa juga melakukan asakan kerana mahu mencari gol penyamaan bagi memastikan peluang untuk mara ke separuh akhir masih ada.

Dua rembatan deras Arif Aiman berjaya ditepis keluar penjaga gol Kedah, Shahril Saari. Lain main hebat Arif Aiman.

Shari Saari sekali lagi cemerlang apabila menerbangkan badan untuk menepis keluar sepakan percuma Leandro. Selepas 60 minit sudah lima percubaan tepat JDT dinafikan Shahril Saari.

Kedah terus mencuba untuk menyerang namun gagal menghadirkan sebarang percubaan bahaya kerana hanya bergantung kepada Kpah Sherman dan Kipre Tchetche.

Tiada sokongan dari pemain Kedah yang lain yang lebih fokus untuk bertahan.

Memasuki masa kecederaan, JDT masih lagi mendahului Kedah secara agregat dengan kelebihan satu gol. Kedah hanya perlukan gol penyamaan untuk mara ke separuh akhir.

Ini kerana peraturan gol ditempat lawan akan diguna pakai jika kedudukan agregat seri dicatatkan.

Namun tiada gol tambahan sehingga ke wisel penamat dan JDT berjaya mara ke separuh akhir untuk bertemu pasukan Terengganu FC yang menacatatkan kemenangan selesa.

Suku Akhir Pertama: Kedah 0-0 JDT

Saingan Piala Malaysia 2021 peringkat suku akhir menjadi tumpuan dan bualan ramai terutamanya untuk perlawanan diantara pasukan Kedah Darul Aman FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Suasana panas menjelang pertemuan ini tercetus apabila terjadi perang mulut dan perang Siber antara pemilik JDT, Tunku Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau TMJ dan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md.

Perang mulut ini bermula apabila Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah memerli pasukan Kedah Darul Aman FC tentang isu tunggakan gaji yang membelenggu pasukan dari utara itu.

TMJ telah menulis:

“Bila nak lawan JDT sahaja ke baru nak bayar gaji? Sampai bila nak perangai macam ni? Kepala pistol.”

Tidak senang dengan kritikan tersebut Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. membuat serangan balas:

“La ni bulan sebelas dah. Bulan satu sampai bulan sepuluh kena lawan JDT tiap-tiap bulan kaaa? Apa punya peluru kapoq tala ikut suka dia.”

Dari kepala pistol membawa kepada peluru kapur terus membawa kepada isu ‘diet apa diet?’ yang nyata memberi hiburan dan memanaskan perlawanan yang bakal berlangsung.

TMJ kemudian membalas kembali:

“Salam Datuk. Gaji dah bayar? Bagus. Kebajikan pemain atau rakyat harus kita jaga. ‘Well done‘, jaga diri dan jaga kesihatan. Kalau nak diet call, saya ajar.”

Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. terus membalas:

“Hang tak pakai seluaq lagi aku main bola dah…La ni pun dok main bola lagi… Diet apa diet?”

Rekod pertemuan antara Kedah dan JDT secara kepala ke kepala bukan kepala pistol nyata dan jelas memihak kepada pasukan dari selatan Tanah Air itu yang lebih unggul.

Dengan gaji tertunggak yang telah dilunaskan dan kemenangan Janna Nick yang merupakan penyokong tegar Kedah sebagai Bintang Paling Popular di Malaysia pasti menjadi tonik buat Kedah mencipta kejutan.

Namun tiada kejutan dari Kedah dan JDT ternyata gah walaupun bermain di tempat lawan di kubu keramat Kedah, Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Statistik perlawanan pada separuh masa pertama menyaksikan Kedah gagal menghadirkan sebarang percubaan ke gawang JDT apatah lagi percubaan tepat dengan permainan bertahan penuh berdisiplin.

JDT pula telah berjaya melancarkan enam tembakan dengan hanya dua sahaja tembakan tepat berjaya dihasilkan. Tiada gol terhasil mungkin kerana menggunakan peluru kapur.

Kehangatan sebelum perlawanan gagal diterjemahkan di dalam padang untuk separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua perlawanan, JDT tampak semakin garang untuk mendapatkan gol pembukaan namun Kedah masih lagi mampu mempertahank gol dari dirobek.

Kedah sesekali cuba melancarkan serangan dengan mencari Kpah Sherman namun gagal menemui sasaran dan mudah dipatahkan pertahanan JDT.

Ketiadaan Kipre Tchetche nyata mengurangkan kegarangan Kedah.

Pada minit ke-60, Benjamin Mora memasukkan Mohamadou Sumareh dan Safiq Rahim untuk menambah sengat dibahagian tengah untuk terus menyerang.

Suasana tegang dan huru-hara tercetus di mana pemain mula tolak menolak selepas bola tidak dikeluarkan walaupun Baddrol Bakhtiar mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan.

Kpah Sherman telah mencetuskan situasi tegang sekali lagi dan para pemain sekali lagi berkerumun untuk bergaduh. Kpah Sherman telah mengangkat kaki tinggi menyentuh kepala Leandro.

Kpah Sherman yang sudah mengutip kad kuning terselamat apabila tiada layangan kad kuning kedua buat beliau dari pengadil.

Pada minit ke-70, Kedah tiba-tiba ditiup semangat Janna Nick lalu kembali kepada perlawanan dengan melakukan bererapa serangan dan satu paling mengancam namun disudahkan Aiman Afif.

Pergeseran terus tercetus apabila Fairuz telah koyak dan menolak Sumareh dengan garangnya dan tiada layangan kad dari pengadil.

Pada minit ke-80, Akhyar Rashid dimasukkan dan Ariff Aiman dikeluarkan. Sumareh dilayangkan kad kuning selepas membalas dengan satu terjahan ekoran dari provokasi awal tadi.

Sepakan percuma berbahaya Leandro pada minit ke-90 berjaya ditepis penjaga gol Kedah dan tindakan susulan Bergson Da Silva telah menggegar tepi gawang.

Tiada gol berjaya dijaringkan selepas lima minit masa kecederaan diberikan oleh pengadil.

Dengan keputusan seri ini mungkin perang mulut di alam maya akan berterusan sehingga suku akhir kedua pada 18 November nanti.

BACA:  Piala Malaysia 2020: Kedah 3-2 Pahang