Piala Malaysia 2020: Kedah 3-2 Pahang

Kejohanan Keagungang bola sepak Piala Malaysia telah pun bermula untuk musim 2020 yang penuh selepas aktiviti bola sepak disepak digantung untuk beberapa bulan dan liga terpaksa dipendekkan.

Untuk tahun 2020 format pertandingan Piala Malaysia terpaksa di ubah dari format di mana tiada saingan peringkat kumpulan dan dilangsungkan dengan format kalah mati mati seperti Piala FA.

Undian dilakukan untuk menentukan lawan 16 pasukan bertanding yang terdiri daripada 11 pasukan Liga Super dan lima pasukan Liga Premier.

Malang buat Sabah tidak dapat meneruskan saingan kerana tidak mendapat pelepasan di sebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Kuala Lumpur mendapat bye.

Sudah pasti perlawanan tumpuan Piala Malaysia yang baru membuka tirai ini adalah antara Kedah dan Pahang.

Pada separuh masa pertama jelas kelihatan pemain kedua-dua pasukan tidak mempunyai kecergasan yang sepenuhnya terutamanya Pahang.

Dickson Nwakaeme je yang kelihatan bermain bola sepak untuk Pahang pada 45 minit pertama.

Kedah pasukan lebih baik dan menamatkan babak pertama dengan kedudukan 3-0 hasil jaringan Shakir Hamzah, Kepah Sherman dan Kipre Tchetche serta dilihat mampu untuk berkenduri gol.

Pahang bangkit untuk mengejar pada babak kedua dan bermain lebih baik dan berjaya merapatkan jurang melalui Muslim Ahmad.

Dickson Nwakaeme gagal menempurnakan sepakan penalti buat pertama kali sejak 2019.

Mohd Faizal bin Abdul Rani menjaringkan gol kedua pada minit ke-88 namun jaringan itu tidak cukup menyekat kemaraan Kedah.

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengakui para bermain beliau bermain dengan penuh kelekaan dan sambil lewa dan mula bangun dari tidur pada separuh masa kedua.

Namun segalanya sudah terlambat untuk mencipta kebangkitan dan lebih malang apabila sepakan penalti gagal disudahkan.

BACA:  Piala FA: Hanya 40,000 Penyokong Dijangka Hadir Ke Bukit Jalil Untuk Saksikan Final