Kiatisuk Senamuang Calon Pengganti Aidil Shahrin Di Kedah

kiatisuk kedah

Bekas pemain legenda Thailand, Kiatisuk Senamuang yang mendapat nama jolokan, Zico dilaporkan antara calon pengganti Aidil Shahril selaku jurulatiha pasukan Kedah Darul Aman FC (KDAFC).

Kedah Darul Aman FC melalui media sosial rasminya telah mengumumkan bahawa Aidil Shahrin tidak akan lagi menjadi jurulatih mereka berkuatkuasa serta merta.

Aidil Sharin memiliki rekod yang agak baik dengan pasukan Kedah. Di mana dia membantu Kedah memenangi Piala FA 2019. Dan layak ke separuh akhir Piala AFC zon Asean. Beliau juga membantu Kedah FC layak ke Piala AFC selama 3 musim berturut turut.

KDAFC menitipkan ucapan terima kasih atas legasi dan kejayaan yang telah dibawa oleh pengedali dari Singapura itu.

“LEGASI AIDIL SHARIN SAHAK SEBAHAGIAN SEJARAH BOLASEPAK HIJAU KUNING
.
Terima kasih Coach Aidil Sharin Sahak atas legasi dan kejayaan yang dikecapi bersama pasukan Kedah selama 4 tahun, bermula musim 2019.
Sejarah dan rekod yang akan terus dikenang oleh penyokong hijaukuning.
.
🏆Juara Unity Shield 2019, Piala FA 2019, Piala Smart-RSN 2020, Piala Sabah Maju Jaya 2022
.
🥈Naib Juara TM Piala Malaysia 2019, Naib Juara Liga Super pada musim 2020 dan 2021
.
📈Layak ke peringkat Separuh Akhir Zon Asean Piala AFC 2022
.
🎫 Kedah layak 3 tahun berturut-turut ke pentas Asia dengan layak ke perlawanan Play-Off Liga Juara-Juara AFC 2020 dan ke saingan Piala AFC pada tahun 2021 dan 2022
.
Biar Jasa Jadi Kenangan! Sekali hijaukuning selamanya hijaukuning!”

Setiap yang bermula pasti ada penamatnya, jodoh Aidlil Shahrin dan Kedah Darul Aman juga begitu yang sudah sampai titik noktahnya dan calon lain akan mengemudi Kedah musim hadapan.

Jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain antara nama paling kuat dikaitkan dengan Kedah kebelakangan ini lantaran kontraknya bersama Terengganu hampir tamat.

Namun selain Nafuzi Zain, nama besar dari Thailand, Kiatisuk Senamuang yang tidak asing lagi dikancah bola sepak Malaysia ketika bermain bersama Perlis turut menjadi sebutan sebagai calon.

Bekas jurulatih Thailand itu bukanlah kali pertama dikaitkan dengan Kedah.

Malah selepas pemergian Ramon Marcote dahulu, nama Kiatisuk sudah digembar gemburkan dengan pasukan Kedah.

Kiatisuk Senamuang Calon Ketua Jurulatih KDA Yang Baharu

Kiatisuk memiliki rekod yang baik ketika mengendalikan pasukan Thailand. Membantu membangkitkan semula bola sepak Thailand dengan gaya permainan bola rendah dan membangunkan pemain pemain muda.

Ketika Kiatisuk mula memegang jawatan ini pada 2014, bola sepak Thailand ketika itu boleh dikatakan dalam keadaan memalukan.

Jumlah penyokong ke stadium untuk menonton perlawanan pasukan kebangsaan lebih sedikit jik dibandingkan dengan jumlah penyokong Sime Darby FC.

Bila Kiatisuk dibawa masuk, Thailand kembali menyengat sebagai pasukan terhandal Asia Tenggara dan mereka dikenali sebagai pasukan yang bermain ‘tiki-taka’.

kiatisuk kedah

Di bawah Kiatisuk juga 50,000 penyokong di stadium telah menyaksikan bagaimana Thailand menjinakkan Iraq dan Vietnam dalam pusingan akhir kelayakan Piala Dunia dan ketika ini, Thailand dianggap sedang menuju ke era baru dan menjadi pasukan penanda aras di Asia Tenggara.

Dia membantu Thailand memenangi 2 kejuaraan Piala AFF serta 1 pingat emas dalam Sukan SEA.

Perlantikan Kiatisuk Senamuang dilihat sangat ideal menepati kriteria Kedah yang sudah memborong 13 pemain AMD – seperti yang dilaporkan laman Harimau Malaya.

Selepas menamatkan karier sebagai pemain bersama Hoàng Anh Gia Lai, Kiatisuk terus terjun ke bidang kejurulaithan bersama Hoàng Anh Gia Lai pada tahun 2006.

Rekod kejurulatihan Kiatisuk sejak 2006:

2006 – Hoàng Anh Gia Lai
2008 – Chula United
2008 – Chonburi
2010 – Hoàng Anh Gia Lai
2011 – Chula United
2012 – Bangkok
2013 – Thailand U23
2013 – Thailand (caretaker)
2014 – Thailand
2017 – Port
2020 – Hoàng Anh Gia Lai

Selain Kiatisuk dan Nafuzi antara nama lain yang turut disebut adalah Ramon Marcote, P. Maniam. K. Devan dan Mehmet Durakovic.

Untuk pelan jangka pendek, Victor Andrag akan menjadi jurulatih interim untuk mengharungi saingan Piala Malaysia sehingga penamat musim, sementara menunggu ketua jurulatih baharu dilantik.

Dan jika Victor Andrag mampu melakar sesuatu yang gemilang mungkin dia boleh mendapat jawatan jurulatih Kedah.

BACA:  Voli Luar Biasa Padu YB Sanusi Memukau Peminat Bola Sepak Tempatan