4 Individu Termasuk CEO Persatuan Bola Sepak Ditahan SPRM Di Kedah Babitkan Rasuah RM6 Juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan empat individu termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif persatuan bola sepak di utara tanah air pada hari ini berkaitan siasatan pecah amanah menjangkau RM6 juta.

Majistret Siti Norhidayah membenarkan reman selama tiga hari sehingga 7 Januari selepas permohanan untuk mereman keempat-empat individu dimohon oleh SPRM.

Menurut sumber kepada agensi tersebut, keempat-empat suspek lelaki berusia di antara 40 sehingga 60 tahun, dan ditahan diantara jam 5pm sehingga 6 pm semalam untuk kenyataan mereka direkod bertujuan membantu siasatan.

“Berdasarkan siasatan, lebih daripada RM6 juta telah disalurkan daripada akaun milik sebuah persatuan bola sepak,” kata sumber tersebut.

“Ia adalah untuk bayaran sebagai ganti mendapatkan bantuan untuk tender sebuah pembinaan litar lumba, selain mengurus, melakukan operasi, dan menyelenggara lima kolam tadahan di negeri itu.

Kesalahan dilakukan individu terbabit dipercayai dilakukan pada 2020.

Siasatan oleh pegawai penyiasat SPRM Hishamudin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan kes itu kini disiasat di bawah Skesyen 16a(B) Akta SPRM.

BACA:  Skuad Double Treble Kedah Akhirnya Terima Habuan