Barcelona Sah Didakwa Rasuah Pengadil Sejak 18 Tahun Lalu

Barcelona kini dilaporkan terpalit dengan amalan rasuah selepas pihak polis Sepanyol menemui bukti dalam serbuan di ibu pejabat Persatuan Bolasepak Sepanyol (RFEF) pada Khamis lalu.

Sebuan tersebut adalah sebahagian daripada proses siasatan pihak pendakwaraya berkaitan dakwaan jutaan euro telah dibayar oleh kelab itu sejak 18 tahun lalu kepada naib presiden badan pengadilan Sepanyol.

Pihak pendakwa dalam kenyataan kepada media mengesahkan polis telah melakukan serbuan ke pejabat badan pengadilan di ibu pejabat RFEF yang berpengkalan di Madrid.

Pihak polis turut mengesahkan tiada tangkapan dibuat setakat ini dan serbuan dilakukan susulan arahan daripada pihak pendakwaraya susulan siasatan yang dilakukan.

Pada Mac lalu pihak pendakwaraya negeri secara rasmi mendakwa Barcelona mengamalkan rasuah, melakukan penipuan di dalam urusan pengurusan pasukan, selain memalsukan dokumen urusniaga.

Pihak pendakwa mendapati kelan itu telah membayar Jose Maria Enrique Negreira, bekas pengadil yang memegang jawatan naib presiden di badan pengadilan RFEF di antara 1993 sehingga 2018 sebanyak €7.3 juta. Kesalahan tersebut dipercayai dilakukan Barcelona dari 2001 sehingga 2018.

Semua transaksi pembayaran kepada Negreira dipindahkan melalu sebuah syarikat yang dimilikinya oleh Barcelona.

Media Sepanyol El Debate kini melaporkan kelan itu secara rasmi telah didakwa mengamalkan rasuah oleh pihak pendakwaraya.

Pada masa yang sama bekas presiden Barcelona Josep Maria Bartomeu dan Sandro Rosell, selain Negreira dan Javier Enriquez Romero (anak Negreira) turut telah didakwa.

Spanish outlet El Debate is now reporting the club have been formally accused of bribery by the public prosecutor.

Hakim kes tersebut Joaquin Aguirre Lopez pada awal September lalu berkata Barcelona meraih kelebihan melalui pembayaran rasuah secara sistematik yang diamalkan oleh kelab Catalan itu.

Barcelona bagaimanapun menafikan setiap dakwaan dan berkata bayaran tersebut adalah untuk mendapatkan laporan teknikal mengenai pengadil, dan tidak pernah berniat untuk mempengaruhi pengadil memberikan kelebihan kepada mereka ketika perlawanan.

BACA:  Arteta Bidas Xavi Kerana Kritik Corak Pemainan 'Melampau' Arsenal Lawan Barcelona