Aksi Pelik Macedonia Menggunakan Kon Ketika Latihan Sebelum Bertemu Ukraine

Para penyokong bola sepak bagaikan terpukau dengan aksi yang unik pemain pasukan Macedonia Utara ketika sesi latihan pasukan tersebut sebelum sepak mula perlawanan menentang Ukraine.

Pasukan kerdil ini telah tewas 1-3 kepada Austria, dalam perlawnan pertama mereka, di mana gol ketiga Austria mencetuskan kontroversi selepas Marko Arnautovic dilihat mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap pemain Macedonia.

Akibat daripada kebodohannya tersebut, Arnautovic digantung satu perlawanan.

Menentang Ukraine, pastinya Goran Pandev dan rakan-rakan mahu membuktikan bahawa mereka bukanlah pasukan belasahan di kempen Euro kali ini dan tiada cara yang lebih baik untuk mempersiapkan diri dalam perlawanan kedua ini melainkan dengan ‘perlumbaan kon’.

Itulah yang dilakukan oleh pasukan Macedonia dalam latihan terkahir mereka menjelang perlawanan penting tersebut. Apa yang menaikkan kening orang ramai ialah aksi pemain memegang kon yang diletakkan bola di dalamnya dan berlari ke arah tiang, sebelum menukar bola.

Selepas berjaya menukar bola, pemain akan berlari semula ke titik mula, dan menanduk bola masuk ke kon pemain lain.

Pemain yang menerima bola tersebut, akan melakukan perkara yang sama – berlari ke tiang dan patah balik.

Menarik, kan?

Bila dah ada aksi yang jarang dilihat, internet mesti la meletup, kan?

Chris Sutton, bekas bintang Liga Perdana Inggeris yang pernah bermain untk Blackburn Rovers dan Southampton memuji aksi pemain Macedonia dalam video yang dikongsi oleh unit media UEFA tersebut.

Katanya,”Ini adalah satu cara memanaskan badan dengan bagus. Macedonia Utara wajar pergi jauh..”

Perkara ini juga disambut baik oleh pemain bola sepak wanita merangkap pemain bola jaring pasukan kebangsaan Wales, Nia Jones.

Nia berkata;

“Orang mungkin gelak tapi warm up yang seronok macam ni sangat membantu dalam memberikan motivasi dan keingingan yang tinggi pada awal sesi.. tak kira lah berapa pun usia atlet tu (aiskrim).”

Seorang pengguna Twitter dengan katanama @daggasays memuji sesi latihan tersebut.

“Ini bagus. Membuatkan pemain memanaskan badan tanpa membuatkan mereka rasa sedang memanaskan badan dan buat sesi jadi seronok dan pemain bawa senyuman itu ke dalam permainan. Dah berapa kerap kita tengok pemain pro yang muka takde perasaan dan nampak bosan tiada tahi sebelum perlawanan.

Dalam perlawanan kedua mereka, Macedonia gagal mendapatkan kemenangan yang diharapkan walaupun bermain dengan cukup bagus terutamanya pada separuh masa kedua.

Andriy Yarmolenko menjaringkan gol keduanya di kejohanan untuk memberika Ukraine gol pendahuluan ketika perlawanan baru nak masuk minit ke-30. Tendangan sudut daripada Oleksandr Karavaev mudah ditolak masuk pemain ini tanpa dicabar.

Ukraine terus mendominasi perlawanan dan menunjukkan bagaimana mudahnya mereka membelah pertahanan lawan. Lebih kurang lima minit selepas gol pertama, Yarmolenko menghantar satu bola leret yang cukup sempurna untuk Roman Yaremchuk, dan akhirnya menghasilkan gol kedua Ukraine.

Yaremchuk ternyata bijak memperdaya penjaga gol Macedonia apabila meleretkan bola ke sudut tirus lantas menggegar jaring.

Beberapa minit kemudian, Macedonia mengatur gerakan dari sebelah kanan mereka dan bola dihantar kepada penyerang sensasi, Goran Pandev. Selepas menggelecek seorang pertahanan Ukraine, Pandev dengan tenang melambung bola melepasi penjaga gol, Georgi Bushchan dan menerjah jaring.

Tapi sayang, gol tersebut tidak dikira kerana Pandev terlebih dahulu berada di posisi ofsaid.

Pada separuh masa kedua, Ukraine dilihat agak tidak berminat untuk bermain bola di mana Macedonia berjaya mendominasi perlawanan. Ketika perlawanan baru sahaja masuk beberapa minit, Macedonia hampir mendapat gol pertama mereka namun percubaan Ademi berjaya ditepis keluar penjaga gol Ukraine, lalu memberikan tendangan sudut kepada Macedonia.

Satu rencana tendangan sudut yang bijak dilakukan Macedonia di mana bola dihantar kepada Ademi yang berada di luar kotak penalti. Tanpa dicabar, Ademi melepaskan rembatan lencong ke arah pintu gol, namun diepis Bushchan dan bola terkena palang dan melantun ke bawah.

Melihat peluang, Pandev mengejar bola dan berjaya menguis sedikit, tetapi tiba-tiba dia disepak pertahanan Ukraine dan preeeeeeet!

Macedonia dihadiahkan sepakan penalti!

Pemain Leeds Untied, Ezgjan Alioski dengan yakinnya mengambil bola dan meletakkan bola di titik kotak penalti. Selepas pengadil meniup wisel, Alioski menyepak bola ke kiri Bushchan, tapi sempat ditepis penjaga gol Ukraine yang tinggi lampai itu.

Bola lantunan tepisan tersebut bagaimanapun melantun ke tengah, lalu tanpa membuang masa Alioski melakukan aksi separa akrobatik dan menendang bola ke dalam gol Ukraine, lalu menjadikan kedudukan 2-1.

Selepas gol tersebut Macedonia terus mengasak kubu lawan untuk mencari gol penyamaan, tapi sayang mereka dikecewakan ketumpulan barisan serangan mereka sendiri.

Pada minit ke-82, Ukraine berpeluang untuk menambah gol apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain Macedonia yang membuat benteng ketika berhadapan tendangan percuma.

Ruslan Malinovskiy tampil berani untuk mengambil sepakan ini. Sebaik wisel ditiup, Ruslan berlari laju ke arah bola dan menendang padu ke sebelah kanan penjaga gol, Dimitrievski, tetapi, tanpa diduga, sepakan tersebut dapat diselamatkan!

Cerita dipetik dari : KitabSukan

BACA:  EURO 2020 : Ukraine 2-1 Macedonia Utara