Kelayakan Piala Dunia: North Macedonia 0-4 Jerman

Jerman menjadi pasukan Eropah pertama yang layak ke Piala Dunia Qatar 2022 dengan mengalahkan Macedonia Utara 4-0 dan mengesahkan tempat teratas dalam Kumpulan J dengan dua perlawanan lagi berbaki.

Dua gol di babak kedua oleh Timo Werner dan masing-masing satu gol dari Kai Havertz dan Jamal Musiala memastikan kemenangan kelima Jerman dalam lima perlawanan di bawah jurulatih baru Hansi Flick yang menggantikan Joachim Low.

Selepas lapan perlawanan Jerman mengumpul 21 mata jauh meninggalkan Romania di tempat kedua dengan 13 mata dan mendapat slot ke Piala Dunia.

Semua juara kumpulan dalam kempen kelayakan Eropah secara automatik mendapat tempat ke Piala Dunia Qatar 2022.

“Dari hasilnya, ia sangat sempurna. Kami dapat apa yang kami mahukan, memenuhi syarat secepat mungkin dan sekarang kami mempunyai lima kemenangan berturut-turut.”

“Sekali lagi kami menunjukkan sikap yang betul. Pujian kepada pasukan. Mereka tidak tenang. Separuh masa pertama agak liar dan kami tidak mempunyai penyudah. Tetapi kami terus melakukannya. Kami boleh berpuas hati.” Ujar Hansi Flick.

Jerman, yang tersingkir pada pusingan pertama Piala Dunia 2018 dan 16 terakhir pada Euro 2020 tahun ini, mempunyai peluang awal dengan tandukan Thomas Mueller.

Tetapi, seperti dalam kemenangan 2-1 di perlawanan menentang Romania pada hari Jumaat, Jerman tidak mempunyai ketepatan dengan hantaran akhir dan juga penyudah.

Jerman hanya mampu mencipta sedikit peluang pada babak pertama di mana Timo Werner telah meledak bola ke tiang gol dengan dengan satu rembatan leret.

Jerman telah dimalukan apabila tewas 2-1 kepada Macedonia Utara pada bulan Mac lalu, memecahkan kebuntuan pada minit ke-50 ketika Serge Gnabry membelah pertahanan dengan bola padu untuk Thomas Muller yang terus melorongkan kepada Kai Havertz untuk disudahkan.

Penyerang tidak berapa berbisa, Timo Werner kemudian menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit, satu dari umpanan Thomas Muller pada minit ke-70 dan kemudian Timo Werner melakukan rembatan dari jarak 15 meter tiga minit kemudian.

Timo Werner kini semakin insaf dan kembali menemui sentuhannya apabila telah menjaringkan empat gol dari lima perlawanan di bawah bimbingan Hansi Flick.

Dua gol dari Timo Werner ini telah menebus kembali kegagalan beliau menjaringkan gol ketika tewas 2-1 kepada North Macedonia sehingga menjadi bahan troll.

Pemain gantian Jamal Musiala yang masuk menggantikan Timo Werner melengkapkan kemenangan Jerman tujuh minit sebelum tamat dengan gol antarabangsa pertamanya.

Kelayakan Piala Dunia: Jerman 1-2 North Macedonia

Kejutan terbesar terjadi dalam kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 di saingan kumpulan J apabila juara dunia empat kali, Jerman tewas 2-1 kepada North Macedonia, harap kau pernah dengan nama negara ni tidak lagi malu Jerman.

Ini merupakan kekalahan kali pertama Jerman dipusingan kelayakan Piala Dnia sejak mereka ditukul England 5-1 di Munich pada tahun 2001. Kira-kira 20 tahun lalu.

Ini merupakan perlawanan terakhir Joachim Low mengendalikan Jerman untuk kelayakan Piala Dunia yang akan kembali bersambung pada bulan September.

Kejohanan European Championship (EURO 2020) merupakan kejohanan terakhir Joachim Low bersama Jerman dan selepas itu mereka akan berpisah mengikut haluan masing-masing.

Jerman menguasai 70 peratus perlawanan pada separuh masa pertama dan hampir didepan namun rembatan Leon Goretzka sekadar menggegar palang.

Lebih sedap buat North Macedonia apabila pemain veteran mereka berusia 37 tahun, Goran Pandev menjaringkan gol pembukaan perlawanan.

Mudah buat Goran Pandev yang tidak dikawal di dalam kotak melakukan satu tapping ringkas pada penghujung separuh masa pertama.

Ilkay Gundogan terus mengasah ketajaman beliau dengan gol penyamaan pada minit ke-63 melalui sepakan penalti.

Ini merupakan gol ke-14 Ilkay Gundogan bersama kelab, Manchester City dan negara, Jerman bagi tahun 2021.

Berbaki 10 minit permainan Timo Werner yang masuk pada awal separuh masa kedua menjalankan tugas rutin apabila mensia-siakan peluang terbaik untuk mendahului.

Cantik hantaran Ilkay Gundogan yang hanya perlu ditolak masuk oleh Timo Werner untuk gol kemenangan namun miskick telah terjadi.

Pemain North Macedonia dilihat memegang kepala selepas menyaksikan kegagalan Timo Werner menyempurnakan peluang cantik. Lawan pun tak percaya.

Melihat Jerman yang seperti tidak mahu menang, Eljif Elmas menjaringkan gol kemenangan North Macedonia pada minit ke-85.

North Macedonia yang berada ditangga ke-65 dunia kini mengumpul 6 mata sama dengan Jerman untuk berada di tangga kedua kumpulan J dibelakang Armenia.

Jerman: Marc-Andre ter Stegen, Emre Can, Antonio Ruediger, Matthias Ginter, Robin Gosens, Ilkay Gundoga, Leon Goretzka, Joshua Kimmich, Leroy Sane, Kai Havertz, Serge Gnabry.

Subs: Kevin Trapp, Bernd Leno, Philipp Max, Jonathan Tah, Jamal Musiala, Timo Werner, Amin Younes, Lukas Klostermann, Florian Neuhaus, Florian Wirtz

North Macedonia: Stole Dimitrievski, Stefan Ristovski, Darko Velkovski, Visar Musliu, Boban Nikolov, Enis Bardh, Arijan Ademi, Eljif Elmas, Ezgjan Alioski, Goran Pandev, Aleksandar Trajkovski

Subs: Martin Bogatinov, Damjan Siskovski, Egzon Bejtulai, Stefan Askovski, Kire Ristevski, Marjan Radeski, Ferhan Hasani, Vlatko Stojanovski, Krste Velkoski, Stefan Spirovski, Agim Ibraimi.

BACA:  Sane Luah Perasaan Kecewa Diketepikan Low, Berjanji Akan Kembali Lebih Bersemangat