EURO 2020 : Ukraine 2-1 Macedonia Utara

Ukraine semakin hampir untuk mendapatkan tempat di pusingan 16-pasukan selepas menang tipis 2-1 ke atas Macedonia Utara.

Dalam perlawanan pertama masing-masing, Ukraine tewas kepada Belanda 3-2, selepas Dumfries menjaringkan gol kemenangan pasukan oren itu pada hujung perlawanan, manakala Macedonia pula tewas kepada Austria 1-3, di mana gol ketiga Austria mencetuskan kontroversi selepas Marko Arnautovic dilihat mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadap pemain Macedonia.

Andriy Yarmolenko menjaringkan gol keduanya di kejohanan untuk memberika Ukraine gol pendahuluan ketika perlawanan baru nak masuk minit ke-30. Tendangan sudut daripada Oleksandr Karavaev mudah ditolak masuk pemain ini tanpa dicabar.

Ukraine terus mendominasi perlawanan dan menunjukkan bagaimana mudahnya mereka membelah pertahanan lawan. Lebih kurang lima minit selepas gol pertama, Yarmolenko menghantar satu bola leret yang cukup sempurna untuk Roman Yaremchuk, dan akhirnya menghasilkan gol kedua Ukraine.

Yaremchuk ternyata bijak memperdaya penjaga gol Macedonia apabila meleretkan bola ke sudut tirus lantas menggegar jaring.

Beberapa minit kemudian, Macedonia mengatur gerakan dari sebelah kanan mereka dan bola dihantar kepada penyerang sensasi, Goran Pandev. Selepas menggelecek seorang pertahanan Ukraine, Pandev dengan tenang melambung bola melepasi penjaga gol, Georgi Bushchan dan menerjah jaring.

Tapi sayang, gol tersebut tidak dikira keran Pandev terlebih dahulu berada di posisi ofsaid.

Pada separuh masa kedua, Ukraine dilihat agak tidak berminat untuk bermain bola di mana Macedonia berjaya mendominasi perlawanan. Ketika perlawanan baru sahaja masuk beberapa minit, Macedonia hampir mendapat gol pertama mereka namun percubaan Ademi berjaya ditepis keluar penjaga gol Ukraine, lalu memberikan tendangan sudut kepada Macedonia.

Satu rencana tendangan sudut yang bijak dilakukan Macedonia di mana bola dihantar kepada Ademi yang berada di luar kotak penalti. Tanpa dicabar, Ademi melepaskan rembatan lencong ke arah pintu gol, namun diepis Bushchan dan bola terkena palang dan melantun ke bawah.

Melihat peluang, Pandev mengejar bola dan berjaya menguis sedikit, tetapi tiba-tiba dia disepak pertahanan Ukraine dan preeeeeeet!

Macedonia dihadiahkan sepakan penalti!

Pemain Leeds Untied, Ezgjan Alioski dengan yakinnya mengambil bola dan meletakkan bola di titik kotak penalti. Selepas pengadil meniup wisel, Alioski menyepak bola ke kiri Bushchan, tapi sempat ditepis penjaga gol Ukraine yang tinggi lampai itu.

Bola lantunan tepisan tersebut bagaimanapun melantun ke tengah, lalu tanpa membuang masa Alioski melakukan aksi separa akrobatik dan menendang bola ke dalam gol Ukraine, lalu menjadikan kedudukan 2-1.

Selepas gol tersebut Macedonia terus mengasak kubu lawan untuk mencari gol penyamaan, tapi sayang mereka dikecewakan ketumpulan barisan serangan mereka sendiri.

Pada minit ke-82, Ukraine berpeluang untuk menambah gol apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain Macedonia yang membuat benteng ketika berhadapan tendangan percuma.

Ruslan Malinovskiy tampil berani untuk mengambil sepakan ini. Sebaik wisel ditiup, Ruslan berlari laju ke arah bola dan menendang padu ke sebelah kanan penjaga gol, Dimitrievski, tetapi, tanpa diduga, sepakan tersebut dapat diselamatkan!

Agak menghairankan dalam kempen Euro pada kali ini. Sebanyak lima sepakan penalti telah diberikan oleh pengadil dalam kesemua perlawanan setakat ini, namun hanya Cristiano Ronaldo sahaja yang berjaya menyudahkannya dengan baik.

Mungkin sebab itu kot orang panggil dia Penaldo – seorang pakar tendangan penalti.

Kedudukan kekal sehingga wisel penamat.

Secara keseluruhannya, perlawanan sangat seimbang dari segi penguasaan bola di mana Ukraine menguasai 53.5 peratus,berbanding Macedonia 47.5 peratus.

Dari segi  jumlah percubaan ke arah gol, 17 percubaan direkodkan Ukraine, dengan lapan daripadanya adalah percubaan tepat. Macedonia juga tidak kurang hebatnya apabila melakuka 13 percubaan dan lima daripadanya cubaan tepat.

Rangkuman Perlawanan

Kesebelasan utama

Ukraine : Bushchan, Zabarnyi, Mykolenko, Karavaev, Matviyenko, Stepanenko, Shaparenko, Zinchenko, Yarmolenko, Malinovskyi, Yaremchuk.

Madeconia : Dimitrievski, Musliu, S. Ristovski, D. Velkovski, Ademi, Alioski, Nikolov, Spirovski, Bardi, Pandev, Elmas.

BACA:  Pemain Sweden Pamerkan Aksi Kad Merah Yang Paling Menakutkan Dalam Euro 2020