Selepas 64 Tahun Wales Akhirnya Berjaya Layak Beraksi Di Pentas Piala Dunia

Wales berjaya mengesahkan tempat untuk mereka beraksi di pentas Piala Dunia Qatar nanti selepas kejayaan mereka menewaskan Ukraine 1-0 malam semalam.

Kejayaan Wales menewaskan Ukraine dalam aksi perlawanan akhir play-off itu berjaya membantu skuad kendalian Robert Page itu untuk layak ke Piala Dunia buat pertama kali selepas 64 tahun.

Wales berjaya menewaskan Austria ketika aksi di peringkat separuh akhir dengan ketua pasukan mereka, Gareth Bale berjaya meledak dua gol untuk membawa skuadnya ke aksi perlawanan akhir bertemu Ukraine.

Ukraine sementara itu berjaya menewaskan Scotland 3-1 ketika aksi di peringkat separuh akhir sebelum ini untuk melayakkan mereka beraksi bertemu Wales untuk aksi penentuan.

Gol kemenangan Wales berjaya dijaringkan oleh Andriy Yarmolenko yang menjaringkan gol sendiri selepas bola sepakan percuma dari Gareth Bale terbias terkena beliau sebelum masuk ke gawang golnya sendiri.

Ukraine sebenarnya memiliki banyak kesempatan untuk menjaringkan gol penyamaan dalam perlawanan ini namun mereka gagal untuk atasi kecemerlangan Wayne Hennessey.

Penjaga gol Wales itu telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam perlawanan ini dan beliau layak untuk dianggap wira negaranya.

Ukraine turut merasa seolah-olah mereka dizalimi dalam perlawanan ini selepas hak mereka untuk memenangi sepakan penalti dinafikan oleh pengadil perlawanan.

Yarmolenko mendakwa beliau telah dikasari oleh Joe Allen di dalam kotak penalti Wales, namun hal itu tidak diendahkan oleh pengadil perlawanan.

Walaupun ada campur tangan dari VAR, keputusan pengadil tetap tidak berubah dan hal itu jelas sekali telah membangkitkan kemarahan para penyokong Ukraine.

Wales kini sah akan beraksi di pentas Piala Dunia dengan mereka bakal diletakkan dalam kumpulan yang sama dengan England, United States dan Iran.

Kali terakhir Wales membuat penampilan di pentas Piala Dunia adalah pada 1958 yang lalu di Sweden yang mereka ketika itu disingkirkan oleh juara pertandingan, Brazil di peringkat suku akhir.

Kegagalan Ukraine untuk layak ke Piala Dunia jelas sekali akan membuatkan ramai yang berduka terutama sekali Graeme Souness yang bersungguh-sungguh mahu melihat skuad kendalian Oleksandr Petrakov itu bergelar Juara musim ini.

Tidak Kira Apa Berlaku, Souness Mahu FIFA Sediakan Tempat Untuk Ukraine Beraksi Di Pentas Piala Dunia

Graeme Souness percaya FIFA sepatutnya membenarkan Ukraine untuk beraksi di pentas Piala Dunia 2022 walaupun mereka kalah di pusingan play-off.

Beliau bercakap tentang hal tersebut sebelum sepak mula perlawanan yang menemukan antara Ukraine bertemu Scotland awal pagi tadi.

Scotland sebenarnya sangat berharap mahu melayakkan diri ke pentas Piala Dunia pertama mereka sejak 1998, sementara Ukraine pula mahu melayakkan diri buat kali kedua selepas mereka berjaya layak pada tahun 2006.

Ukraine pada ketika ini sedang berdepan masalah dalaman dengan negara jira mereka, Russia sejak Februari lalu dan masih berlanjutan sehingga hari ini.

Bekas pemain kebangsaan Scotland itu menegaskan yang beliau mahu melihat skuad kendalian Oleksandr Petrakov itu beraksi di pentas Piala Dunia Qatar nanti tidak kira apa pun keputusan di pusingan play-off.

“Ini adalah emosi paling pelik yang pernah saya rasakan dalam dunia bola sepak. Saya Scottish, saya ketua pasukan bola sepak mereka, setiap perlawanan saya mainkan saya sangat terdesak mahu mencatatkan kemenangan. Tapi untuk malam ini, saya ada rasa macam-macam perasaan.”

Jelas Souness kepada Sky Sports.

“Dalam detik-detik saya termenung, saya selalu berfikir bagaimana pentingnya bola sepak untuk kita semua. Tapi apa yang berlaku di Ukraine sekarang malampaui semua itu. Ini soal hidup dan mati.”

Legenda Liverpool itu kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan:

“Kita sedang melalui satu hal yang tak pernah kita lihat sebelum ini. Ia hanya mengambil masa empat jam sahaja untuk tiba dari tempat di mana kita berdiri sekarang. Ia tak berlaku terlalu jauh. Ia mungkin akan melawat kita satu hari nanti.”

“Kita perlu sokong Ukraine, sentiasa berada di belakang mereka, bola sepak memainkan peranan besar dalam kehidupan ramai orang.”

“Bagi saya, apa yang perlu FIFA lakukan, FIFA perlu kata tak kira apa pun berlaku malam ini, pasukan ini tetap akan ke Piala Dunia.”

“Jadikan salah satu kumpulan itu ada lima pasukan, Ukraine perlu layak ke Piala Dunia, hal itu bertujuan untuk memastikan nama Ukraine akan terus ada di fikiran semua orang.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Yarmolenko Menganjing Ronaldo Mengalihkan Botol Coca Cola