Wales Dan Scotland Perlu Tarik Diri Agar Ukraine Boleh Layak Ke Piala Dunia

Jika dulu sukan dan politik tak dibenarkan untuk bercampur aduk, namun kini sepertinya FIFA dan UEFA sudah melanggar peraturan yang mereka sendiri tetapkan.

Peminat tentunya masih ingat bagaimana penyokong Celtic dikenakan hukuman denda hanya kerana mereka menunjukkan solidariti kepada Palestin.

FIFA dan UEFA kononnya tidak mahu unsur politik di bawa ke dunia bola sepak dan kerana itulah mereka mengenakan hukuman denda kepada penyokong Celtic.

Namun apa yang berlaku sekarang?

Pada ketika ini, FIFA dan UEFA merupakan penyokong tegar yang menyokong kempen solidariti kepada Ukraine dengan pelbagai usaha dilakukan oleh mereka untuk menjayakan usaha tersebut.

Bendera Ukraine dikibarkan hampir di setiap stadium dan Rusia pula berdepan dengan pelbagai hukuman atas insiden yang melibatkan kedua-dua mereka.

Kelab dari Rusia tak dibenarkan untuk beraksi di mana-mana kejohanan Eropah dan negara Rusia sendiri juga tak dibenarkan untuk bertanding di mana-mana kejohanan di bawah UEFA dan FIFA.

Tak cukup dengan segala bentuk solidariti itu, media The Telegraph tampil mencadangkan supaya Wales dan Scotland menarik diri dan memberi ruang kepada Ukraine untuk beraksi di pentas Piala Dunia.

Wales baru sahaja menewaskan Austria awal pagi semalam dengan mereka bermain bermati-matian untuk melayakan diri ke perlawanan akhir di pusingan play-off.

Scotland sementara itu jelas sekali sudah bersedia untuk berdepan Ukraine dan mahu mara ke perlawanan akhir bertemu Wales.

Aksi Scotland bertemu Ukraine terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu memandangkan isu di negara itu masih belum reda.

The Telegraph mencadangkan agar kedua-dua Scotland dan Wales menunjukkan semangat kesukanan dan keindahan sebenar dalam dunia bola sepak dengan mengundur diri dan membenarkan Ukraine untuk mara.

Ya, mereka benar-benar menggesa Scotland dan Wales agar menarik diri demi untuk menggembirakan penyokong Ukraine dapat melihat skuad mereka beraksi di pentas Piala Dunia.

Gila bukan? Mana maruah Wales dan Scotland andai mereka bersetuju dengan cadangan tersebut? Kenapa tak batalkan je Piala Dunia dan beri sahaja kepada Ukraine Piala itu?

Sebelum ini, Hector Bellerin turut tampil mempersoalkan tentang solidariti berlebih-lebihan yang ditunjukkan untuk Ukraine dan mempersoalkan mengapa negara lain tak dapat layanan yang sama.

Bellerin persoal mengapa krisis di Ukraine dapat lebih perhatian berbanding Palestin

Hector Bellerin tampil berkongsi pandangan beliau tentang situasi yang berlaku di Ukraine pada ketika ini dengan beliau mempersoalkan mengapa ia mendapat perhatian yang lebih berbanding konflik di negara lain.

Beliau merasakan yang isu peperangan di Ukraine mendapat perhatian melampau dari pelbagai pihak namun negara lain yang ditindas seolah tak dipandang.

Dunia bola sepak hari ini menunjukkan sokongan penuh kepada Ukraine selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin melancarkan serangan ke negara jiran mereka itu.

Hal itu mendapat perhatian dari ramai pihak dan Rusia berdepan hukuman yang sangat teruk seperti penggantungan dari menyertai pertandingan Eropah dan Piala Dunia.

Melihat hal itu, Bellerin merasakan yang ia sangat tidak adil untuk negara lain kerana mereka tak dapat perhatian yang sama dan mereka seolah-olah sekadar diabaikan.

Beliau percaya yang bangsa lain dan konflik lain jelas sekali diabaikan dan tak mendapat perhatian seperti mana Ukraine dapat.

Bercakap kepada La Media Inglesa menurut Marca, beliau menjelaskan bahawa:

“Ia agak sukar untuk melihat apa yang buat kita lebih tertarik dengan peperangan ini berbanding yang lain.”

“Saya tak tahu adakah ia kerana mereka lebih macam kita atau kerana konflik lain boleh memberi kesan kepada kita dari sudut pandangan ekonomi atau pelarian.”

Bekas bintang Arsenal itu kemudiannya meneruskan perbicaraannya dengan membangkitkan isu Palestin, Yemen dan Iraq untuk memperkukuh kenyataan beliau.

“Peperangan di Palestin jelas sekali diam, tak ada sesiapa bercakap tentang itu.”

Tambah Bellerin lagi.

“Yemen, Iraq… Sekarang Rusia tak dibenarkan untuk beraksi di pentas Piala Dunia merupakan satu hal yang negara lain dah lama hadap.

Bellerin turut menegaskan yang cara bagaimana media tidak membuat liputan tentang peperangan dan konflik di tempat lain nampak ada unsur perkauman.

“Sikap perkauman telah membuatkan ramai yang menutup mata tentang konflik lain dan memberi perhatian kepada isu ini.”

“Ia juga menunjukkan yang mereka tak ada rasa simpati kepada nyawa lain yang terkorban di pelbagai konflik lain dan kita mengutamakan hal-hal yang berlaku di sekitar kita sahaja.”

Hal ini sememangnya bukan hanya Bellerin seorang sahaja yang utarakan namun pujian harus diberikan kepada bekas bintang Arsenal itu kerana berani untuk bersuara secara terbuka.

Silap UEFA dan FIFA menunjukkan seolah-olah mereka adalah puak paling suka penindasan dan kempen anti perkauman yang mereka canang selama ini hanya sampah semata-mata.

Pelbagai sekatan telah dikenakan ke atas Rusia, namun hal sama tidak dilakukan kepada negara lain yang juga sebenarnya turut sama penindas.

Bukan hanya skuad kebangsaan Rusia, bahkan kelab-kelab dari negara mereka juga turut sama terkesan dengan UEFA menghalang mereka dari menyertai apa-apa pertandingan bawah badan induk bola sepak Eropah itu.

Lihat saja situasi yang berlaku di Chelsea pada ketika ini, mereka kini sedang berdepan krisis terbesar dalam sejarah kelab, yang berpotensi menyebabkan kelab bankrupt.

Tak ramai pemain atau individu berprofil tinggi yang tampil bersuara dan kerana itu pujian harus diberikan kepada Bellerin kerana berani tampil untuk menyuarakan pendapat beliau.

Semoga saja UEFA dan FIFA sedar tentang hal ini dan bersikap lebih adil terhadap semua negara bukan hanya kepada negara yang mereka suka sahaja.

Seandainya mereka mahu lakukan sekatan, maka mereka perlu sekat semua yang terlibat sebagai negara yang menindas negara lain bukan hanya beri tumpuan kepada Rusia sahaja.

BACA:  EURO 2020: Wales 0-4 Denmark