EURO 2020: Wales 0-4 Denmark

Pertemuan Wales dan Denmark merupakan perlawanan pembukaan peringkat kalah mati iaitu pusingan 16 terbaik bagi EURO 2020 yang akan menyajikan aksi penuh debaran.

The Red Dragons menamatkan saingan peringkat kumpulan di belakang Itali dan Denmark pula membuat kebangkitan sensasi pada perlawanan terakhir selaku naib juara kumpulan B.

Wales sudah pasti menyasarkan untuk mengulangi pencapaian mereka pada Euro 2016 apabila mara ke separuh sebelum tumpas kepada Portugal.

Kejadian yang menimpa Christian Eriksen pada perlawanan pertama nyata memberi impak kepada prestasi Denmark namun kembali bangkit untuk mara.

Perlawanan antara Wales dan Denmark ini akan berlangsung Johan Cruyff Arena tanpa kehadiran penyokong Wales kerana pelancong dari UK dilarang masuk ke Belanda.

Walaubagaimanapun tiada sebarang halangan ke atas penyokong Denmark yang boleh hadir ke stadium dengan kapasiti yang dikurangkan kepada 16,000 orang.

Rekod pertemuan sebanyak 10 kali menyaksikan Denmark menang 6 perlawanan manakala Wales pula menang 4 perlawanan tanpa keputusan seri.

Pertemuan terakhir Denmark dan Wales adalah pada kejohanan UEFA Nations League yang pertama pada 2018 di mana Wales tewas perlawanan tempat sendiri dan juga lawan.

Kasper Dolberg membuka tirai jaringan buat Denmark pada minit ke-26 dengan satu rembatan yang sungguh spektakular, bola melencong melalui celahan pemain.

Penjaga gol Wales, Danny Ward tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan gawang.

Denmark kelihatan lebih dominan pada separuh masa pertama walaupun percubaan kedua-dua pasukan sama dengan 8 percubaan namun Denmark melakukan 5 percubaan tepat berbanding Wales yang hanya satu.

Bersambung separuh masa kedua Kasper Dolberg menggandakan kedudukan hanya selepas tiga minit bersambung memberi keselesaan yang lebih kepada Denmark.

Gol berpunca daripada kesilapan yang dilakukan oleh pemain pertahanan Wales, Neco William yang masuk menggantikan Connor Roberts pada minit yang ke-40.

Ketua pasukan Wales, Gareth Bale tampak bahaya disebelah kanan namun bahaya tapi tidan berbisa masih tidak cukup dan gol kedua Dolberg mengubah segalanya.

Jaringan kedua Dolberg telah membunuh semangat perjuangan Wales, yang jelas kelihatan seperti sudah koyak teruk dan gagal kembali ke permainan.

Gol ketiga Denmark dari Joakim Maehle dengan rembatan deras jarak dekat menambah kesengsaraan Wales dan terus membunuh perlawanan.

Pemain gantian Harry Wilson kemudian dilayangkan kad merah kerana mengasari Joakim Maehle sebelum Martin Braithwaite meledak gol keempat di masa kecederaan.

Pasukan bimbingan Robert Page telah menunjukkan prestasi yang baik untuk mara dari Kumpulan A yang sukar yang dihuni oleh Itali, Switzerland dan Turki, tetapi

Namun pasukan Denmark mempamerkan semangat dan permainan yang mengagumkan penuh dengan kesungguhan mampu membawa mereka pergi lebih jauh.

Kemenangan Denmark ini telah menobatkan mereka sebagai pasukan pertama mara ke suku akhir Euro 2020 membawa mereka ke Baku untuk bertemu Belanda atau Republik Czech Sabtu depan.

Bagi Wales, mereka akan pulang dengan kesedihan tetapi masih boleh berbangga dengan usaha mereka untuk mencapai peringkat kalah mati sekali lagi hanya dalam penampilan ketiga mereka di kejohanan utama.

Selepas perlawanan Gareth Bale hanya berlalu meninggalkan temuramah pergi ketika ditanya adakah ini perlawanan terakhir beliau bersama Wales?

Wales (4-2-3-1): Danny Ward; Connor Roberts, Chris Mepham, Joe Rodon, Ben Davies; Joe Morrell, Joe Allen; Gareth Bale, Aaron Ramsey, Daniel James; Kieffer Moore.

Denmark (3-4-3): Kasper Schmeichel; Christensen, Kjaer, Vestergaard; Larsen, Hoejbjerg, Delaney, Maehle; Braithwaite, Dolberg, Damsgaard.

BACA:  Punggung Hazard Paling Power, Yaya Toure Kongsi Pengalaman Pentingnya Punggung Padu Dalam Bola Sepak