Piala Dunia 2022: Iran Benam Wales Dengan Dua Gol Lewat Permainan

Iran memulakan aksi Piala Dunia dengan langkah kiri apabila telah dibelasah England 6-2 dalam perlawanan pembukaan mereka namun kembali bangkit diperlawanan kedua.

Tiada pilihan lain untuk Iran selain mencatatkan kemenangan ketika menentang Wales dan itulah mereka lakukan dengan kemenangan sensasi dua jaringan di lewat permainan.

Iran mendominasi hampir keseluruhan perlawanan dengan aksi penuh meyakinkan dan menjadi pasukan lebih baik berbanding Wales dari segala segi.

Sentuhan penyudah sahaja menjadi penghalang mereka dan pada minit ke-16 Iran sudah berjaya berada dihadapan namun dibatalkan VAR.

Ali Gholizadeh telah dikesan berada dalam kedudukan offside sebelum membuat satu tolakan mudah ke gawang Wales.

Titik tolak kemenangan Iran ini terjadi ketika permainan masa sebenar 90 minit hampir tamat.

Tindakan Wayne Hennessey yang keluar dari kotak untuk menghalang hantaran jauh Iran telah mengundang padah apabila cabarannya untuk merebut bola menjadi satu kekasaran yang membawa kepada kad merah.

Wayne Hennessey tidak perlu mengambil tindakan untuk keluar dari kawasannya kerana situasi masih lagi mampu di kawal pemain Wales yang lain.

Pada awalnya Wayne Hennessey hanya dilayangkan kad kuning namun campur tangan VAR telah mengubah keputusan pengadil, kad kuning diganti kad merah.

Kad merah pada minit ke-86 yang diterima oleh penjaga gol Wales, Wayne Hennessey nyata memberi impak besar kepada pasukan.

Penjaga gol simpanan, Danny Ward masuk menggantikan Aaron Ramsey dengan bermain 10 orang masa kecederaan 9 minit diberikan oleh pengadil.

Kelebihan ini langsung tidak disia-siakan Iran untuk menghidupkan kembali peluang mereka ke pusingan kalah mati.

Pada minit ke-98 kegagalan Joe Allen mengeluarkan bola dengan kemas mengundang petaka apabila bola sampai ke kaki Roozbeh Cheshmi.

Ruang masa dan peluang semuanya cukup untuk Roozbeh Cheshmi melepaskan satu rembatan padu menewaskan Danny Ward di sudut kanan terpaan Joe Allen tidak memberi kesan.

Gol itu terus memberi semangat tambahan kepada Iran dan memberi tekanan kepada Wales dan Ramin Rezaeian menjaringkan gol kedua pada minit ke-101.

Situasi 2 lawan 2 dengan pantas menjadi 4 lawan 2 memudahkan Ramin Rezaeian menyungkit bola melepasi Danny Ward.

Tiga mata berharga penuh sensasi berjaya di raih Iran dan impian Piala Dunia Wales yang layak buat pertama kali dalam 64 tahun bertambah sukar tetapi masih ada.

Kesebelasan Utama Wales : Hennessey; Roberts, Mepham, Rodon, Davies, N Williams; Ramsey, Ampadu, Wilson; Bale; Moore.

Pemain Simpanan : Ward, Davies, Gunter, Allen, Johnson, Morrell, Lockyer, J Williams, Harris, James, Thomas, Levitt, Cabango, Colwill, Smith.

Kesebelasan Utama Iran : H Hosseini; Rezaeian, Pouraliganji, M Hosseini, Mohammadi; Gholizadeh, Ezatolahi, Nourollahi, Hajisafi; Azmoun, Taremi.

Pemain Simpanan : Niazmand, Abedzadeh, Moharrami, Khalilzadeh, Kanaanizadegan, Cheshmi, Jalali, Amiri, Ghoddos, Torabi, Karimi, Ansarifard, Jahanbakhsh.

Pengadil Perlawanan : Mario Alberto Escobar Toca (Guatemala)

BACA:  Euro 2016 - Kebangkitan Pasukan Kerdil