Pemain Austria Dan Denmark Bingung Kemunculan Lubang Misteri Atas Padang Selepas Tamat Perlawanan

Perlawanan UEFA Nations League (UNL) yang berlangsung di Vienna di antara Austria dan Denmark menarik perhatian pemerhati bola sepak eropah dengan cara agak misteri.

Perlawanan tersebut menyaksikan Ralf Rangnick mengendalikan skuad kebangsaaan Austria buat kali pertama di halaman sendiri selepas meninggalkan Manchester United.

Perlawanan tersebut sudah pun tertangguh selama 90 minit selepas stadium tersebut putus bekalan elektrik, sehingga menyebabkan penyokong yang hadir terpaksa menggunakan lampu dari telefon pintar masing-masing untuk menerangi stadium.

Kemudian secara tiba-tiba muncul satu lubang misteri di atas permukaan padang sebaik sahaja wisel penamat ditiup dan pemain kedua-dua pasukan sedang berjalan menuju ke bilik persalinan.

Denmark menang perlawanan tersebut dengan jaringan 2-1, tetapi apa yang berlaku selepas tamat perlawanan menjadi tarikan utama perlawanan.

Video lubang misteri Austria vs Denmark

Pemain sayap Denmark, Andreas Skov Olsen dilihat memasukkan kaki ke dalam lubang misteri itu untuk mengukur kedalamannya.

Dalam perlawanan tersebut, bintang Tottenham, Hojberg memecah kebuntuan di Stadium Ernst Happel itu selepas 30 minit perlawanan berlalu.

Ia nyata perlawanan yang menjadi reality check buat Rangnick selepas sebelum itu Austria menewaskan Croatia 3-0.

Walaupun Austria berjaya mengikat kedudukan melalui Xaver Schlager pada babak kedua, Denmark kembali mendahului melalui Jens Larsrn untuk gol kemenangan Denmark.

Salah seorang daripada pengguna Reddit tampil menjelaskan kenapa lubang berkenaan boleh terhasil di tengah padang.

“Salah satu saluran saliran utama rosak. Ini bermakna semua air dari padang terkumpul mengalir ke dalam satu kawasan dan menghakis kerikil saliran.

“Atau padang yang menggunakan rangka keluli, menyebabkan tapaknya menghasilkan satu laluan dan kemudian ia menjadi berlubang,” kata individu berkenaan.

Austria akan beraksi menentang Perancis pada Jumaat akan datang, juga di Vienna dan isu lubang misteri itu pasti menjadi antara perkara yang perlu diselesaikan oleh pengurusan stadium.

BACA:  Pra Perlawanan: Unit Serangan Itali-Austria Seimbang Dan Denmark-Wales Lebih Bertaktikal