Van Dijk Koyak Lalu Balas Kembali Kritikan Brutal Van Basten

Pemain pertahanan Belanda dan Liverpool, Virgil Van Dijk nyata koyak lalu membalas kembali kritikan yang sangat Brutal yang telah dilemparkan oleh Marco Van Basten selepas aksi hambarnya ketika menentang Ecuador.

Belanda sekadar seri 1-1 dengan Ecuador dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan berikutan kemenangan 2-0 menentang Senegal dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia.

Pemain yang menjadi ssaran Manchester United, Cody Gakpo memberikan pasukannya pendahuluan seawal minit keenam permainan

Tetapi bekas penyerang Liga Perdana Inggeris, Enner Valencia memadamkan jaringan Cody Gakpo dengan satu tolakan mudah dari jarak dekat.

Menganalisis permainan tersebut, legenda Belanda, Marco Van Basten yang membantu pasukan kebangsaannya memenangi Kejohanan Eropah pada 1988 telah menjadikan bintang Liverpool itu sebagai sasaran bidikannya.

Dia menyalahkan pemain pertahanan itu untuk gol dari Enner Valencia itu dan mempersoalkan sikap pertahanannya yang pada mata Van Basten tidak melakukan tugasnya sebagai pertahanan.

Bercakap di televisyen Belanda, Van Basten keras mengkritik van Dijk:

“Van Dijk hanya menunggu dan melihat Valencia merembat. Apa yang dia lihat? Dia perlu berada di depannya. Dia hanya membiarkan dia merembat.”

“Dia tidak memimpin. Dia tidak menjaga apa-apa dalam pasukan. Dia mengeluarkan bunyi, tetapi dia tidak berkata apa-apa. Inilah yang dia lakukan.”

Bekas penyerang Belanda itu kemudiannya terus menyerang pertahanan pemain Liverpool itu:

“Van Dijk sebenarnya adalah pemain terbaik, tetapi melakukan paling sedikit dari segi inisiatif,” kata Van Basten kepada Ziggo Sport.

“Sebenarnya sangat pelik bahawa pemain yang begitu bagus melakukan begitu sedikit untuk pasukan kebangsaan Belanda dalam membina serangan,” tambahnya.

“Dia seorang kapten, kan? Dia budak besar, dia perlu memimpin pemain. Siapa pemain terbaik dalam pasukan? Itu Virgil.”

“Tetapi lihat apa yang dia lakukan dalam fasa penguasaan… Dia perlu mengawal permainan dan meningkatkan rentak.”

“Ia berjalan terlalu perlahan. Dia perlu memikul lebih banyak tanggungjawab. Semua pemain lakukan adalah menderita. Tetapi itulah bola sepak hari ini: pemain tidak lagi mengambil inisiatif.”

Kapten pasukan Belanda nyata koyak dengan kutukan itu dan ketika ditanya mengenai ulasan pedas Van Basten selepas perlawanan dan Van Dijk tidak dapat menahannya lalu membalas.

Dalam temu bual selepas perlawanan, dia berkata:

“Saya tidak fikir dia sentiasa positif, jadi apa yang perlu saya lakukan dengannya? Sangat mudah untuk bercakap dari studio.”

“Saya gagal sebagai kapten? Apa yang anda mahu saya lakukan dengan maklumat itu? Saya sentiasa berada di hadapan. Saya mengetuai pasukan dengan cara yang terbaik.”

Ternyata Van Dijk tidak dapat menerima kritikan Van Basten dan menyatakan dirinya sudah memberikan yang terbaik walaupun tidak setanding aksi Harry Maguire.

Belanda menduduki tangga teratas Kumpulan A, menyamai mata dengan Ecuador, dengan hanya berbaki satu perlawanan dalam pusingan peringkat kumpulan.

Pasukan Louis van Gaal menentang Qatar manakala Ecuador menentang Senegal – kedua-dua perlawanan berlangsung Selasa depan.

BACA:  Rami Dedah Beliau Dan Pamela Anderson Sering 'Bersama' 12 Kali Dalam Satu Malam