Rami Dedah Beliau Dan Pamela Anderson Sering ‘Bersama’ 12 Kali Dalam Satu Malam

Pemenang Piala Dunia bersama Perancis, Adil Rami sering melakukan hubungan intim bersama Pamela Anderson sehingga 12 kali dalam satu malam menurut bekas rakan sepasukannya.

Aleksandr Kokorin merupakan bekas rakan sepasukan Rami ketika bersama Sochi di Rusia, beliau telah mendedahkan bahawa pemain pertahanan tengah itu pernah menceritakan tentang semua yang berlaku dalam dua tahun perhubungannya ketika sesi latihan.

“Rami memberitahu kami banyak cerita menarik tentang Pamela Anderson.”

Jelas pemain berusia 29 tahun itu kepada Aliyev menerusi Marca.

“Sudah tentu, semua orang berminat tentang sesebuah hubungan terutama tentang kelamin.”

“Rami pernah cerita bahawa Pamela merupakan wanita terbaik yang pernah beliau miliki dalam hidupnya.”

“Dia juga pernah cerita bahawa dia dan Pamela pernah melakukan hubungan intim sebanyak 12 kali dalam satu malam.”

Pemain berusia 34 tahun itu tidak turun beraksi walau satu minit untuk pasukan Perancis ketika Piala Dunia dua tahun lalu, tetapi ramai yang menganggap bahawa beliau sudah menang besar seumur hidupnya kerana memiliki Anderson.

Walau bagaimanapun, menurut sumber dari Perancis, mereka menjelaskan bahawa:

“Mungkin itu sebabnya beliau tidak beraksi dengan baik untuk Marseille ketika itu.”

Pasangan itu bercerai pada Jun 2019 ketika Anderson menuduh Rami telah menipunya dan berlaku kekecohan besar di media sosial.

“Untuk tempoh hampir 2 tahun terakhir ini, hidup saya dipenuhi dengan bermacam penipuan yang besar. Saya telah diperdaya, sukar untuk mempercayainya. Kami dalam percintaan.”

Jelas Pamela Anderson.

“Saya bersyukur kerana akhirnya saya dapat tahu semua ini sekarang.”

“Saya gembira dan berasa lega dapat bercakap dengan bekas kekasih dia. Oh tuhan. Dia menipu bekas kekasihnya juga. Bekas kekasihnya juga berasa terkejut dan sedih.”

“Dia selalu bergurau tentang pemain lain yang ada kekasih di sekitar jalan di apartment berdekatan mereka. Dia memanggil semua lelaki itu hantu. Tapi sebenarnya dia sendiri hantu.”

Rami dilaporkan telah AWOL dari padang latihan Marseille ekoran dari perpisahannya dengan Pamela Anderson dan beliau turut mengakhiri impiannya untuk menamatkan karier bola sepaknya di Los Angeles.

Perkara buruk terus menerus menimpa Rami selepas beliau di pecat dari banyak penajanya di Perancis pada Ogos tahun lalu kerana banyak melakukan masalah disiplin.

Beliau terlihat muncul dalam satu rancangan realiti television, Fort Boyard dalam mud-wrestling battle pada May lalu dan pada ketika itu beliau sepatutnya berada di padang latihan.

Perkara itu terjadi pada 20 Mei dan dua hari kemudian beliau turun beraksi bertemu Toulouse dan ketika itu juga Rami didapati mengalami kecederaan.

Beliau kini dilaporkan sudah tiada kelab kerana ditangkap menipu Sochi tentang kecederaan lututnya yang parah pada awal tahun ini.

Rami menjadi antara pemain yang merosakkan kariernya kerana kesalahan sendiri dan kini beliau sedang mencari pasukan yang memerlukan khidmatnya.

BACA:  Lineker: N'Golo Kante Pemain Terbaik Piala Dunia 2018