Pengembaraan Perancis Ke Final Piala Dunia Dua Kali Berturut-Turut

Pengembaraan Perancis ke final Piala Dunia 2022 buat kali kedua berturut-turut dan berpeluang mempertahankan kejuaraan membuktikan kehebatan mereka dan telah memenuhi jangkaan ramai.

Walaupun kehilangan pemain tonggak lebih awal seperti Paul Pogba dan N’Golo Kante ditambah pula kehilangan Christopher Nkunku dan Karim Benzema menjelang kejohanan Perancis terus unggul.

Kemudian Theo Hernandez pula terpaksa dihantar pulang apabila cedera di perlawanan pembukaan, Perancis meneruskan saingan dengan 24 pemain berbaki.

Menjelang separuh akhir menentang Maghribi, Les Blues kehilangan pula Dayot Upamecano dan Adrien Rabiot kerana diserang virus yang menyebabkan sakit kepala dan perut.

Setelah melayakkan diri ke final untuk bertemu Argentina, Raphael Varane dan Ibrahima Konate pula diserang virus dan lebih memburukkan keadaan, Olivier Giroud dan Varane tidak menyertai latihan tertutup di atas masalah kecergasan.

Masalah kecederaan menghantui Perancis sepanjang kejohanan namun mereka tetap unggul untuk mara ke final dan membuktikan squad depth mereka sangat berkualiti.

Perancis vs Argentina head to head

Perancis dan Argentina telah bertemu sebanyak 12 kali di peringkat antarabangsa dengan 6 kemenangan berpihak kepada Argentina dengan Perancis hanya menang 3 kali dan 3 kali keputusan seri dicatatkan.

Argentina dan Perancis bertemu buat pertama kali dalam peringkat kumpulan Piala Dunia 1930 di Uruguay. Argentina memenangi perlawanan itu 1-0 hasil jaringan Luis Monti pada minit ke-81, yang menyebabkan Perancis tersingkir awal.

Kedua-dua pihak bertemu semula pada Piala Dunia 1978, yang dihoskan di Argentina. Ia adalah satu lagi perlawanan peringkat kumpulan, di mana Argentina menewaskan Perancis 2-1 untuk menyingkirkannya daripada kejohanan itu.

Daniel Passarella menjaringkan gol untuk pendahuluan Argentina pada separuh masa pertama tetapi Michel Platini menyamakan kedudukan untuk Perancis pada minit ke-61. Pada separuh masa kedua, jaringan Leopoldi Luque pada minit ke-74 ternyata menjadi pemenang perlawanan.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada Piala Dunia Rusia pada 2018. Ia adalah perlawanan Pusingan 16, di mana Perancis mengetepikan Argentina dengan kemenangan 4-3.

Antoine Griezmann membuka jaringan pada minit ke-13 selepas menyempurnakan sepakan penalti. Bagaimanapun, Argentina bangkit selepas jaringan pantas Angel Di Maria dan Gabriel Mercado pada minit ke-41 dan ke-48 untuk memberi pendahuluan kepada Argentina.

Tetapi Benjamin Pavard menjaringkan β€˜gol kejohanan’ dengan voli mewah untuk menjadikan kedudukan 2-2. Kylian Mbappe menjaringkan dua gol pantas pada minit ke-64 dan ke-68 untuk menjadikan kedudukan 4-2 untuk Perancis.

Sergio Aguero menjaringkan gol lewat pada minit ketiga masa tambahan separuh masa kedua tetapi Perancis bertahan untuk meraih kemenangan dan meneruskan kemaraan untuk muncul juara.

Perancis vs Argentina

Pertemuan: 12 kali
Argentina menang: 6 kali
Perancis menang: 3 kali
Seri: 3 kali

Perjalanan Perancis ke final Piala Dunia 2022

Piala Dunia 2022 merupakan penampilan ke-16 Perancis di pentas Piala Dunia dengan telah bermain 72 perlawanan dengan mencatatkan 39 kemenangan, 13 seri dan 20 kekalahan. Dua kali kalah (1930, 1978) kepada Argentina dan menang sekali (2018).

Perancis telah muncul juara Piala Dunia sebanyak dua kali dalam tiga perlawanan final (1998, 2006, 2018) dan pencapaian terbaik mereka ini dicapai pada Piala Dunia 1998 dan 2018.

Di Piala Dunia 2022, Perancis telah diundi berada dalam kumpulan D yang turut dihuni oleh Australia, Denmark dan Tunisia dan mara selaku juara kumpulan walaupun dikejutkan Tunisia pada perlawanan terakhir kumpulan.

1. Perancis 4-1 Australia
2. Perancis 2-1 Denmark
3. Tunisia 1-0 Perancis

Perancis juga mendapat laluan mudah apabila bertemu Poland yang hampir tidak melawan sepanjang perlawanan untuk mara ke suku akhir dan lebih mudah menewaskan England untuk ke separuh akhir dan kelebihan penyudah klinikal membolehkan Perancis menyingkirkan Maghribi untuk bertemu Argentina ke final.

Pusingan 16: Perancis 3-1 Poland

Suku Akhir: England 1-2 Perancis
Separuh Akhir: Perancis 2-0 Maghribi

Final: Argentina vs Perancis

BACA:Β  Perancis Lakukan Aksi Comeback Yang Sungguh Menakjubkan Untuk Mara Ke Final