Perjalanan Argentina Ke Final Piala Dunia Bagi Melengkapkan Kegemilangan Karier Messi

Perjalanan Argentina ke final Piala Dunia 2022 dilakarkan dengan penuh sensasi dan kontroversi ditambah pula dengan kehebatan yang dipamerkan oleh Lionel Messi menjadi pemangkin kehebatan Argentina.

Albicelestes (langit biru dan putih) telah diletakkan antara pasukan pilihan untuk ke final dan menjadi juara lalu telah menepati jangkaan awal.

Pertemuan final antara Argentina dan Perancis boleh dianggap sebagai final impian kerana menemukan dua pasukan gergasi pilihan yang boleh mendatangkan klimaks.

Tidak dapat dinafikan lagi ramai mahu Lionel Messi menjulang kejuaraan Piala Dunia bagi memastikan perjalanan karier yang sempurna menjadi milik pemain itu.

Lionel Messi berdepan dengan kecederaan hamstring disebalik aksinya yang sangat mengujakan dan untuk perlawanan akhir ini Marcus Acuna dan Gonzalo Montiel sudah kembali dari penggantungan.

Pelbagai rekod telah dicipta Messi dan ada juga rekod yang masih dalam pengejaran untuk memahatkan namanya dalam senarai teratas segala mak nenek rekod.

Angel Di Maria dan Paulo Dybala yang tidak cergas turut dibawa dan menghadkan penampilan mereka dan Julian Alvarez telah memikul tanggungjawab dengan sebaiknya.

Jika dilihat Perancis merupakan pasukan yang paling stabil dalam segala aspek di Piala Dunia 2022 dan telah membuktikannya disebalik rentetan kecederaan yang tidak pernah habis.

Namun Argentina mempunyai Messi yang seorang pemain dapat memimpin sekumpulan pemain yang lain untuk menjadi dan memberikan yang terbaik kepada Argentina.

Perancis vs Argentina head to head

Perancis dan Argentina telah bertemu sebanyak 12 kali di peringkat antarabangsa dengan 6 kemenangan berpihak kepada Argentina dengan Perancis hanya menang 3 kali dan 3 kali keputusan seri dicatatkan.

Argentina dan Perancis bertemu buat pertama kali dalam peringkat kumpulan Piala Dunia 1930 di Uruguay. Argentina memenangi perlawanan itu 1-0 hasil jaringan Luis Monti pada minit ke-81, yang menyebabkan Perancis tersingkir awal.

Kedua-dua pihak bertemu semula pada Piala Dunia 1978, yang dihoskan di Argentina. Ia adalah satu lagi perlawanan peringkat kumpulan, di mana Argentina menewaskan Perancis 2-1 untuk menyingkirkannya daripada kejohanan itu.

Daniel Passarella menjaringkan gol untuk pendahuluan Argentina pada separuh masa pertama tetapi Michel Platini menyamakan kedudukan untuk Perancis pada minit ke-61. Pada separuh masa kedua, jaringan Leopoldi Luque pada minit ke-74 ternyata menjadi pemenang perlawanan.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada Piala Dunia Rusia pada 2018. Ia adalah perlawanan Pusingan 16, di mana Perancis mengetepikan Argentina dengan kemenangan 4-3.

Antoine Griezmann membuka jaringan pada minit ke-13 selepas menyempurnakan sepakan penalti. Bagaimanapun, Argentina bangkit selepas jaringan pantas Angel Di Maria dan Gabriel Mercado pada minit ke-41 dan ke-48 untuk memberi pendahuluan kepada Argentina.

Tetapi Benjamin Pavard menjaringkan β€˜gol kejohanan’ dengan voli mewah untuk menjadikan kedudukan 2-2. Kylian Mbappe menjaringkan dua gol pantas pada minit ke-64 dan ke-68 untuk menjadikan kedudukan 4-2 untuk Perancis.

Sergio Aguero menjaringkan gol lewat pada minit ketiga masa tambahan separuh masa kedua tetapi Perancis bertahan untuk meraih kemenangan dan meneruskan kemaraan untuk muncul juara.

Perancis vs Argentina

Pertemuan: 12 kali
Argentina menang: 6 kali
Perancis menang: 3 kali
Seri: 3 kali

Perjalanan Argentina ke Final Piala Dunia 2022

Piala Dunia 2022 merupakan penampilan ke-18 Argentina di Piala Dunia dan telah bermain 87 perlawanan dengan mencatatkan 47 kemenangan, 16 seri dan 24 kekalahan. Dua kali kalah (1930, 1978) kepada Argentina dan menang sekali (2018).

Sebelum ini Argentina telah muncul juara Piala Dunia sebanyak dua kali dalam lima perlawanan akhir (1930, 1978, 1986, 1990, 2014) dan pencapaian terbaik mereka ini dicapai pada Piala Dunia 1978 dan 1986.

Argentina berada dalam kumpulan C bersama Arab Saudi, Mexico dan Polans. Argentina bangkit selepas tewas kepada Arab Saudi untuk menang dalam baki dua perlawanan dan menjadi juara kumpulan.

1. Argentina 1-2 Arab Saudi
2. Argentina 2-0 Mexico
3. Poland 0-2 Argentina

Dipusingan kalah mati perjalanan Argentina agak lancar kecuali di suku akhir apabila ditentang sengit oleh Belanda dan mencetuskan kontroversi lantaran terjadinya provokasi dari Belanda yang telah dibalas kembali oleh Argentina.

Lionel Messi menampilkan sisi lai yang keras dan melawan dengan memaki pemain Belanda dan telah berdepan dengan Louis van Gaal supaya menutup mulutnya.

Pusingan 16: Argentina 2-1 Australia

Suku Akhir: Belanda (3) 2–2 (4) Argentina
Separuh Akhir: Argentina 3-0 Croatia

Final: Argentina Perancis

BACA:Β  Piala Dunia 2022 Final: Argentina 3-3 Perancis (Pen. 4-2)