Rusia Digantung Dari Sertai Mana-mana Pertandingan Anjuran FIFA Dan UEFA

FIFA dan UEFA telah mengumumkan yang kesemua skuad kebangsaan dan kelab dari Rusia telah digantung dari menyertai apa-apa pertandingan sehingga tarikh diberitahu kelak.

Dek kerana isu yang sedang berlaku antara Rusia dan Ukraine, pelbagai usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk menghentikan peperangan.

Ramai dari mereka yang menunjukkan solidarity kepada Ukraine dan mengutuk perbuatan Rusia yang dianggap kejam serta tak berperikemanusiaan.

Namun adakah Rusia seteruk Israel? Dan adakah Rusia benar-benar kejam?

Isu yang ramai peminat bangkitkan pada ketika ini adalah mengapa hanya Rusia yang mendapat layanan seperti ini? Mengapa layanan sama tak diberikan kepada Israel?

Adakah Ukraine dijajah lebih teruk dari Palestin?

Selepas berlakunya isu antara Rusia dan Ukraine, kebanyakan negara di Eropah memutuskan untuk tidak mahu bermain bersama mereka walau di peringkat apa sekalipun.

Poland telah mengumumkan yang mereka akan memboikot aksi play off Piala Dunia pada 24 Mac nanti, sementara FA England turut mengeluarkan kenyataan yang mereka tidak akan mahu bertemu Rusia dalam apa-apa pertandingan sehingga tarikh diberitahu kelak.

Sweden dan Republic Czech yang berpotensi untuk beraksi bertemu Rusia di pusingan Play off turut menolak untuk beraksi bertemu mereka.

Perancis turut meminta agar negara yang pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018 itu untuk disingkirkan dari aksi Piala Dunia Qatar tahun ini.

FIFA pada awalnya tidak mengumumkan pengharaman penuh namun menyatakan yang Rusia akan beraksi di pentas Piala Dunia sebagai ‘Football Union of Rusia’ dan perlu tampil dengan jersi berbeza serta tidak boleh menggunakan logo, bendera atau lagu kebangsaan mereka.

Namun selepas perbincangan panjang sesama mereka, badan induk dunia bola sepak itu memutuskan untuk menggantung terus Rusia dari terlibat dengan mana-mana pertandingan.

Hal ini menyebabkan Rusia secara tak langsung disingkirkan dari aksi Piala Dunia Qatar pada tahun ini untuk skuad lelaki, dan skuad wanita mereka turut akan disingkirkan dari saingan Euro 2022 pada bulan hadapan.

Bukan main bersatu hati diorang kan? Kenapa negara satu lagi tu masih boleh dibenarkan beraksi? Bukan ke apa diorang buat ni atas dasar kemanusiaan? Rakyat Palestin bukan manusia?

Sokongan terhadap Ukraine dan kecaman ke atas Rusia nampak berlebih-lebihan

Rasanya FIFA dan UEFA dan buktikan yang mereka hanya menyokong pihak yang mahu mereka sokong dan jelas sekali bukan atas dasar kemanusiaan.

Sokongan yang diberikan kepada Ukraine nampak terlalu berlebih-lebihan dengan solidarity yang mereka tunjukkan sungguh dasyat.

Mengapa tidak sokongan sama diberikan kepada negara lain yang turut ditindas? Atau setidak-tidaknya mengapa negara lain yang menindas tak dihukum seperti Rusia?

FIFA dalam kenyataan mereka telah menyatakan bahawa:

“Ekoran dari keputusan awal yang diambil oleh majlis tertinggi FIFA dan jawatankuasa eksekutif UEFA, yang membayangkan penggunaan langkah tambahan, FIFA dan UEFA hari ini bersama telah memutuskan yang semua pasukan Rusia, tidak kira kebangsaan atau kelab, akan digantung dari menyertai apa-apa pertandingan anjuran kedua-dua FIFA dan UEFA sehingga tarikh diberitahu kelak.”

“Keputusan ini dibuat pada hari ini oleh biro majlis tertinggi FIFA dan jawatankuasa eksekutif UEFA, dan keputusan ini muktamad dari jawatankuasa tertinggi kedua-dua institusi.”

“Bola sepak jelas bersatu padu dan bersolidariti bersama semua orang yang terkesan di Ukraine. Presiden kedua-dua FIFA dan UEFA situasi di Ukraine akan semakin membaik dan bola sepak boleh menjadi kunci menyatu padukan serta mendamaikan semua.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  EURO 2020 : Ukraine 2-1 Macedonia Utara