Kecederaan serius yang dialami Neymar ketika tugasan antarabangsa bersama Brazil bermakna FIFA harus membayar pampasan berjumlah £6.5 juta kepada Al-Hilal.
Neymar yang menangis terpaksa diusung keluar akibat kecederaan lutut yang dialaminya ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Uruguay baru-baru ini.
Al-Hilal kemudiannya mengesahkan Neymar mengalami kecederaan anterior cruciate ligament ataupun ACL yang memaksa pemain itu untuk dibedah sebelum berehat panjang untuk pemulihan.
Saudi side Al-Hilal will receive compensation from FIFA after Neymar tore his ACL and meniscus.
That compensation, however, will barely cover the Brazilian's salary this season.
For details, click on the picture below 👇https://t.co/HzipUdcXR3
— Transfermarkt.co.uk (@TMuk_news) October 19, 2023
Badan bola sepak dunia itu sememangnya mempunyai polisi insuran – di bawah Program Perlindungan Kelab FIFA (CPP) – yang akan membantu membayar gaji pemain bermula 28 hari sehingga maksimum £6.5 juta setahun sekiranya pemain mengalami kecederaan ketika tugasan antarabangsa.
Di dalam kes ini, FIFA terpaksa menyerahkan jumlah maksimum kepada Al-Hilal.
Hakikatnya Al-Hilal tetap rugi kerana perlu membelanjakan lebih daripada nilai tersebut untuk menampung kontrak Neymar.
Sebelum ini kelab Saudi Pro League itu mengikat bekas bintang Barcelona dan PSG itu dengan kontrak bernilai £276 juta untuk tempoh dua tahun.
🚨⚽️ | NEW: Al-Hilal have announced that Neymar tore his anterior cruciate ligament and his meniscus during Brazil’s 2-0 2026 FIFA World Cup qualifying loss to Uruguay on Tuesday night. pic.twitter.com/sqaXzNfT1E
— Football For All. (@FootballFA123) October 18, 2023
Neymar melalui permulaan sukar sejak berhijrah ke Arab Saudi pada Ogos lalu. Pemain itu terlepas empat perlawanan pertama Saudi Pro League sejak menyertai Al-Hilal kerana isu kecederaan otot.
Musim ini Neymar hanya sempat melakukan lima penampilan untuk kelab baharunya itu, dan hanya menyumbang satu gol. Dan kini pemain itu terpaksa melupakan keseluruhan saingan musim ini.
Tatkala Neymar memulakan proses penyembuhan terhadap kecederaannya itu, Al-Hilal akan kembali ke saingan domestik menentang Al-Khaleej pada Ahad akan datang.