Son Heung-min dilaporkan kini menjadi sasaran terbaru yang disasarkan Al-Itthad, dan menjadi bintang terkini dari Tottenham dikaitkan dengan perpindahan ke Saudi Pro League.
Al Ittihad sebelum ini telah mengesahkan penyertaan pemain berprofil tinggi seperti Karim Benzema dari Real Madrid dan dijangka turut akan melengkapkan perpindahan N’Golo Kante dari Chelsea.
Dan laporan terkini daripada ESPN berkata kelab Arab Saudi kini mengalihkan perhatian mereka kepada bintang Korea Selatan itu.
Al-Ittihad dilaporkan sudah menemui pemain berusia 30 tahun itu dengan menawarkan kontrak selama empat tahun bernilai £26 juta (RM154 juta) setahun.
It is now being reported by the @ESPNUK that Al Ittihad is ready to move for Tottenham Hotspur forward Son Heung-Min with an opening bid in the region of €60 million ($65m) plus bonuses,#Tottenham #Allttihad #Transfers #BreakingNews pic.twitter.com/G4CQTwmWjg
— Chris Watson (@news_today_1) June 19, 2023
Kelab Arab Saudi itu dijangka akan mengemukakan bidaan bernilai £51 dab bonus untuk Son Heung-min dalam masa terdekat.
Laporan sama turut berkata Tottenham dijangka akan cuba menghalang perpindahan tersebut kerana melihat Son Heung-min sebagai tunjang utama pasukan yang berpengkalan di utara London itu.
Sehingga kini Son Heung-min telah melakukan 372 penampilan dan menjaringkan 145 gol sejak menyertai Tottenham dari Bayer Leverkusen pada 2015.
Pada awal bulan ini pemain itu mengakui beliau bergelut dengan prestasi sepanjang musim kerana terpaksa beraksi dengan kecederaan selama 9 bulan.
#thfc Al Ittihad are ready to move for Son Heung-Min with an opening bid in the region of €60 million plus bonuses.
Son has been offered a four-year contract worth €30m per season.
There is some optimism he could be tempted to join. [@JamesOlley] pic.twitter.com/dSnyWeFkoF
— Lilywhite Rose (@Lilywhite_Rose) June 19, 2023
Pemain antarabangsa Korea Selatan itu adalah pemenang Anugerah Kasut Emas pada musim lalu, dan sepanjang musim 2022/23 beliau menjaringkan 13 gol kurang berbanding musim sebelumnya.
Pergelutan Son Heung-min dengan prestasi akibat kecederaan turut memberi kesan kepada Tottenham yang menamatkan saingan Premier League pada musim lalu di kedudukan ke-8.
Sekiranya perpindahan pemain itu ke Al-Ittihad menjadi realiti, ini bermakna dia akan bergandingan semula dengan bekas pengurus Tottenham, Nuno Espirito Santo yang berjaya membawa kelab itu muncul juara Arab Saudi pada musim lalu.
Pada awal bulan ini Saudi Investment Fund mengambil alih 75% pegangan di dalam empat kelab paling berjaya Arab Saudi – Al-Ittihad, Al-Nassr, Al-Ahli, dan Al-Hilal – dengan sasaran memancing bakat-bakat terbaik bola sepak Eropah ke negara itu.
Bintang Wolves, Ruben Neves dijangka akan melengkapkan perpindahan ke Al-Hilal dengan nilai perpindahan £47 juta.
Beberapa nama lain seperti Hakim Ziyech, Romelu Lukaku, Pierre-Emerick Aubameyang turut dikaitkan dengan perpindahan ke Saudi Pro League.