Son Heung-min Dan Harry Kane Berjaya Cipta Sejarah Baru Dalam Saingan EPL

Harry Kane dan Son Heung-min berjaya memecahkan rekod gandingan paling banyak menjaringkan gol dalam saingan Premier League ketika aksi bertemu Leeds United malam semalam.

Pemain kebangsaan England, Kane membuktikan yang beliau bukan saja hebat dalam menjaringkan gol, tetapi beliau juga mahir dalam mencipta hantaran berkualiti tinggi untuk membantu rakan sepasukannya menjaringkan gol.

Harry Kane berjaya menjaringkan gol ketiga Tottenham Hotspur dalam aksi kemenangan 4-0 mereka menewaskan Tottenham Hotspur malam semalam.

Selepas berjaya menjaringkan gol, beliau cemerlang mencatatkan assists yang sungguh luar biasa menakjubkan untuk rakan sepasukannya, Son Heung-min.

Aksi hebat Kane dalam perlawanan ini telah mendapat pujian menggunung dari pelbagai pihak dengan beliau berjaya mencipta hantaran terhebat sepanjang musim ini, seterusnya mencatat assists untuk gol jaringan Son Heung-min.

Kane mengutip bola di kawasan sendiri dan berjaya melepasi Adam Forshaw. Beliau kemudiannya mencipta hantaran yang sungguh menakjubkan melepasi barisan pertahanan Leeds dan tepat menemui Son Heung-min.

Pemain kebangsaan Korea Selatan itu tenang mengawal bola dan kemudiannya menewaskan Illan Meslier untuk gol keempat Spurs, seterusnya turut menjadi gol yang memecahkan rekod dalam saingan Premier League.

Kane dan Son kini mencatatkan rekod yang sungguh menakjubkan dengan gandingan mereka berjaya menjaringkan 37 gol dalam saingan Premier League.

Gol yang dijaringkan oleh Son Heung-min itu secara tak langsung memecahkan rekod gol gabungan legenda Chelsea, Frank Lampard dan Didier Drogba.

Kane sudah menunjukkan ketajaman beliau di hadapan gol sejak dari awal beliau menyertai skuad utama Tottenham Hotspur.

Namun sejak beberapa bulan kebelakangan ini beliau dilihat sedikit tumpul dan bergelut untuk menjaringkan gol.

Sejak beraksi di bawah kendalian Antonio Conte, Kane dilihat semakin menyerlah dengan beliau bukan hanya menjadi mesin pencetak gol, namun turut cemerlang dalam build up melancarkan serangan.

Pemain berusia 28 tahun itu tidak dinafikan lagi merupakan antara pemain yang mempunyai kualiti hantaran yang sungguh menakjubkan dalam dunia bola sepak.

Hantaran-hantaran yang beliau lakukan kebiasaannya tepat menemui sasaran dan kerana itulah beliau diakui sebagai pemain yang mempunyai kualiti hantaran yang sungguh menakjubkan.

Son dengan kelajuan dan pergerakan beliau dari belakang, ditambah dengan kelebihan yang dimiliki oleh Kane menjadikan gandingan mereka sebagai antara gandingan yang sungguh dasyat.

“Kami bermain bersama sudah sekian lama, kami memang saling memahami antara satu sama lain dalam setiap perlawanan.”

Jelas Kane kepada BT Sport.

“Ketika saya drop deep, Sonny tahu mana dia nak lari dan berharap saya tahu mana nak hantar bola. Kamu boleh nampak ketika gol terakhir saya. Kami gembira bermain bersama.”

Gol jaringan Son Heung-min dalam perlawanan bertemu Leeds secara tak langsung memecahkan rekod sebagai gandingan paling banyak dalam saingan Premier League.

Berikut merupakan lima gandingan paling banyak menjaringkan gol dalam sejarah saingan Premier League.

1. Harry Kane & Son Heung-Min (Tottenham): 37 gol

2. Didier Drogba & Frank Lampard (Chelsea): 36 gol

3. Sergio Aguero & David Silva (Manchester City): 29 gol

4. Thierry Henry & Robert Pires (Arsenal): 29 gol

5. Darren Anderton & Teddy Sheringham (Tottenham): 27 gol

Tottenham Hotspur berjaya menewaskan Leeds United 4-0 di Elland Road malam semalam, dan kekalahan pasukan tuan rumah itu menyebabkan pengurus mereka, Marcelo Bielsa meninggalkan kelab.

Marcelo Bielsa meninggalkan Leeds United atas persetujuan bersama

Marcelo Bielsa dilaporkan sudah meninggalkan Leeds United atas persetujuan bersama antara kedua-dua belah pihak.

Menurut sumber laporan dari beberapa media di UK termasuk talkSPORT, Bielsa sudah bersetuju untuk mengundurkan diri dari jawatan pengurus di Elland Road ekoran dari kekalahan 4-0 bertemu Tottenham Hotspur malam semalam.

Leeds United kini sudah bolos 20 gol dari hanya lima perlawanan terakhir mereka dan hanya dua mata sahaja dipisahkan dari zon penyingkiran.

Mereka kini berada di kedudukan ke-16 dalam carta saingan Premier League, namun bila-bila masa sahaja boleh dipintas oleh Everton dan Burnley yang mempunyai kelebihan dua perlawanan belum dimainkan.

Seandainya kedua-dua Everton dan Burnley menang baki dua perlawanan tersebut, maka Leeds United bakal turun ke kedudukan ke-17 liga dan akan berada di zon penyingkiran bersama Watford dan Norwich City.

Menurut laporan dari talkSPORT, Bielsa kini sudah bersetuju untuk berpisah dengan Leeds United, selepas menghabiskan masa selama tiga tahun setengah di sana.

Leeds United juga dilaporkan kini sedang mempertimbangkan untuk melantik bekas pengurus RB Leipzig dan Red Bull Salzburg, Jesse Marsch sebagai pengganti Marcelo Bielsa di Elland Road.

Bielsa mula mengendalikan Leeds United pada tahun 2018 yang lalu dan telah berjaya memimpin kelab untuk naik ke saingan Premier League pada musim 2019/20.

Beliau berjaya mengakhiri penantian selama 16 tahun kelab untuk naik ke saingan Premier League.

Skuad kendalian beliau berjaya mengakhiri saingan liga di kedudukan ke-9 pada musim pertama mereka dalam saingan Premier League.

Leeds United juga turut berjaya memukau pelbagai pihak pada musim pertama mereka, dengan mempamerkan aksi permainan pantas dan high pressing.

Walau bagaimanapun, masalah kecederaan pemain mengganggu usaha mereka untuk mengekalkan tahap persembahan yang sama pada musim ini.

Selepas dibelasah 6-0 di tangan Liverpool minggu lalu, Leeds United semalam dibantai 4-0 di tangan Tottenham Hotspur.

Hal itu menyebabkan mereka kini sangat berpotensi untuk mengakhiri saingan musim ini dengan berada di zon penyingkiran.

Bercakap selepas tamat perlawanan, Marcelo Bielsa menolak untuk menyalahkan para pemainnya atas kekalahan tersebut.

“Jelas sekali ia bukan hanya perlawanan ini, ia adalah keputusan yang berulang-ulang. Saya tak nampak ia ke arah itu (salahkan pemain sendiri).”

Jelas Marcelo Bielsa.

“Saya cadangkan corak permainan dan mereka bermain, dan pada ketika ini, sangat sukar untuk kami sesuaikan corak permainan kami.”

“Ketika corak permainan efektif, ia bermaksud jurulatih menyampaikan sesuatu itu dengan baik. Ketika sebaliknya berlaku, saya perlu mengaku apa yang saya lakukan tidak berkesan.”

“Ketika sesuatu proses itu tidak menghadirkan keputusan seperti yang diharapkan, ia sudah menjadi lumrah untuk seseorang itu mula hilang keyakinan.”

“Ia memang kesinambungan yang sudah dijangka. Ketika ia tak efektif seperti kebiasaannya ia bakal memberi lebih kesukaran. Perkara positif mudah untuk menular, begitu juga dengan hal yang negatif.”

“Ketika semuanya baik-baik sahaja, maka akan ada lebih keyakinan dan keinginan untuk melakukannya, dan ketika ia tak begitu baik, maka ia sukar.”

Masih belum pasti sama ada Marcelo Bielsa akan tetap menguruskan Leeds United ketika bertemu Leicester City nanti atau tidak.

Walau bagaimanapun, satu hal yang harus semua pihak akui, punca sebenar kejatuhan Leeds United musim ini bukanlah sepenuhnya kerana taktikal Marcelo Bielsa.

Jelas sekali tidak akan ada mana-mana pasukan dalam dunia bola sepak yang mampu bersaing jika mereka berdepan situasi yang sama seperti apa yang dihadapi oleh Leeds United.

Dari awal musim, Leeds United bergelut dengan masalah kecederaan pemain dan mereka pernah melalui beberapa minggu dengan 70% pemain utama terpaksa diketepikan.

Leeds United juga merupakan pasukan pertama dalam sejarah Premier League yang memberikan debut kepada lapan pemain dari skuad remaja mereka dalam satu musim.

Pemain-pemain muda tersebut terpaksa diturunkan beraksi kerana pemain utama Leeds United terpaksa diketepikan atas masalah kecederaan.

Walau bagaimanapun, keputusan Marcelo Bielsa mahu mengundurkan diri harus dihormati kerana beliau sentiasa mahukan yang terbaik untuk kelab.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Bagaimana Spurs Boleh Menyesuaikan Diri Tanpa Harry Kane Dan Siapakah Penggantinya?