Altay Bayindir Salahkan Kawan Dia Selepas Gol Sendiri Yang Kelakar

Portugal benar benar mengajar Turkiye erti bola sepak sebenar setelah mencatatkan kemenangan 3-0.

Juara edisi 2016 itu benar benar membuktikan mereka adalah salah satu pasukan pilihan untuk menjulang Euro 2024 kali ini.

Sebelum ini Turkiye berada di awangan biru setelah menewaskan Georgia 3-1. Dalam aksi kedua semalam. Turkiye memutuskan untuk merehatkan Arda Guler di bangku simpanan dulu.

Ketiadaan pemain itu benar benar memberikan kesan kepada pasukan Turkiye yang bergelut di serangan mereka.

Di atas padang, Portugal yang mempertaruhkan harapan bangsa mereka, Cristiano Ronaldo yang menjadi kapitan.

Ternyata Portugal adalah pasukan lebih unggul serba serbi segala aspek berbanding dengan lawan mereka.

Bernardo Silva membuka tirai jaringan untuk Portugal menerusi satu gol yang sangat sedap dan enak.

Kemudian penjaga gol yang pernah dicanang bakal menyingkirkan Onana di Man United, Altay Bayindir membuat lawak jenaka dengan rakan sepasukannya.

Tindakan tergopoh gapahnya membuatkan dia terperangkap dalam suasana yang menyakitkan. Pemain pertahanan Samet Akaydin menolak bola ke pada Bayindir, dan kedua dua mereka berkejaran untuk menghalang bola daripada masuk.

Malangnya ia gagal dilakukan mereka. Bayindir menunjukkan reaksi tak puas hati menyalahkan rakannya itu.

Pada separuh masa kedua, Cristiano Ronaldo sekali lagi membuktikan dia bukan pemain tamak apabila dengan jujur ikhlas menolak bola kepada Bruno Fernandes dalam keadaan Bayindir terpaku tidak mampu berbuat apa apa dalam situasi 2 lawan 1 seperti dalam permainan video.

Kemenangan 3-0 ini membolehkan Portugal mara ke pusingan kalah mati. Dan Turkiye masih berpeluang besar untuk mara. Namun perlu mencatatkan keputusan yang baik dalam aksi terakhir peringkat kumpulan menentang Czechia.

Selepas wisel penamat berlaku juga insiden yang mengejutkan. Di mana pemain penyerang handalan Portugal yang dibeli PSG dengan nilai €80 juta, Goncarlo Ramos menahan kesakitan apabila pengawal keselamatan terbentes kakinya ketika cuba menghalang penceroboh padang yang mahu berswafoto dengan Cristiano Ronaldo.

Detik itu benar benar menambah aksi aksi pelik berlaku dalam perlawanan ini.

Portugal selepas ini akan berdepan dengan Georgia dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.

BACA:  Ronaldo Dihentam Teruk Kerana Mensia-siakan Peluang Untuk Jaringkan Gol Penyamaan