Maghribi Pasukan Afrika Pertama Mara Ke Separuh Akhir Piala Dunia.

Maghribi mencipta rekod pencapaian terbaik mereka di Piala Dunia dan menjadi negara Afrika pertama layak ke separuh akhir selepas Cameroon (1990), Senegal (2002) dan Ghana (2010) gagal dalam percubaan mereka.

Dark Horse Piala Dunia 2022, Maghribi yang mencipta sensasi terutamanya Yassine Bounou turun menentang Portugal yang mencatatkan kemenangan penuh bergaya ke atas Switzerland.

Maghribi agak sepi dari liputan media yang memfokuskan kepada pasukan Portugal atau lebih tepatnya Cristiano Ronaldo yang sekali lagi hanya berada di bangku simpanan.

Fernando Santos telah merayu kepada wartawan ketika sesi media supaya membiarkan Ronaldo berseorangan dan jangan diganggu pemain itu lagi.

Dari segi statistik nyata Portugal lebih unggul dan menjadi kelemahan Portugal adalah jumlah bolos yang dimiliki mereka yang pastinya boleh dieksploitasi oleh Maghribi.

Maghribi hanya bolos sekali dalam tempoh 14 jam lebih permainan mereka dan di Piala Dunia hanya bolos sekali, itu pun hasil jaringan sendiri, Nayef Aguerd.

Perlawanan suku akhir ketiga bermula bagi mencari pemenang ke separuh akhir yang berkemungkinan bertemu Perancis atau England.

Joao Felix menghantar tandukan ke arah gol, tetapi Yassine Bounou berada di sana untuk menyelamatkannya dengan selesa berpunca dari umpanan silang oleh Bruno Fernandes

Maghribi membalas dengan gerakan melalaui Yahia Attiyat Allah namun dimatikan Diogo Dalot untuk sepakan penjuru yang ditanduk tinggi Youssef En-Nesyri.

Untuk tempoh 10 minit pertama permainan antara Maghribi dan Portugal ini jauh lebih sedap dan mengujakan berbanding dua perlawanan separuh akhir sebelum ini.

Maghribi dan Portugal saling berbalas serangan dan Maghribi kelihatannya lebih garang. Portugal banyak membuat hantaran panjang.

Percubaan sedap Joao Felix datang lagi namun Jawad El Yamiq berjaya menghadang rembatan deras itu dengan belakang badannya untuk sepakan penjuru.

Yahia Attiyat Allah membuat satu hantaran cantika kepada Selim Amallah yang melakukan satu rembatan terus yang terteweng sepakannya.

Kemudian Sofiane Boufal pula mencuba nasib dengan satu rembatan lencong yang tidak cukup kuasa dan tepat ke dakapan Diogo Costa.

Joao Felix buat kali ketiga melakukan percubaan dan kali ini juga dari jarak jauh namun teramat liar rembatannya.

Hakim Ziyech pula membuat satu usaha yang bijak namun selepas 40 minit yang agak menghiburkan masih tiada jaringan gol.

Akhirnya pada minit ke-42 Youssef En-Nesyri meletakkan Maghribi di depan dengan satu lonjakkan tinggi untuk menanduk masuk hantaran silang Yahia Attiyat Allah.

Bruno Fernandes hampir menyamakan kedudukan dengan satu percubaan dari kanan yang telah terkena palang.

Berpunca dari serangan Maghribi mencipta lagi satu peluang untuk menggandakan kedudukan namun Yahia Attiyat Allah rembatan tersasar teruk.

Separuh masa pertama yang menghiburkan berakhir dengan Maghribi mendahului Portugal 1-0.

Bersambung babak kedua, Hakim Ziyech terus menekan dengan satu sepakan percuma yang membuatkan Diogo Costa menggelupur menyelamatkan bola.

Pada minit 51, Cristiano akhirnya masuk menggantikan Ruben Neves, Joao Cancelo pula ditukar dengan Raphael Guerreiro.

Goncalo Ramos membazirkan peluang dengan satu tandukan liar dan Ronaldo bergelut mengawal bola lalu kehilangan bola mudah.

Bruno Fernandes menjerit-jerit sambil melompat kecewa selepas gagal menyempurnakan peluang. Gancalo Ramos gagal memberi impak keluar untuk Rafael Leao.

Selepas sepakan percuma Ziyech, Maghribi hanya bertahan menahan asakan Portugal yang bertali arus tanpa hasil dan kebanyakkan gerakan disia-siakan kerana kurang komunikasi.

Setting cantik Ronaldo kepada Joao Felix segalanya baik namun Yassine Bounou tampil menafikan dan Bruno Fernandes membazirkan sepakan percuma.

Dipenghujung masa permainan sebenar remabtan Ronaldo telah digagalkan Bono dan 8 minit masa kecederaan diberikan.

Walid Cheddira telah mencerahkan sedikit peluang Portugal untuk menyamakan kedudukan apabila mengutip dua kad kuning dalam tempoh dua minit.

Zakaria Aboukhlal telah melepaskan peluang keemasan untuk membunuh perlawanan dala situasi 1vs1 namun bola ditolak ke perut Diogo Costa.

Pepe pula telah terlepas peluang dengan tandukan tersasar mungkin kerana tiada rambut. Tiada gol terhasil.

Maghribi mencipta sejarah apabila mara ke separuh akhir, pencapaian terbaik Maghribi dan negara Afrika di Piala Dunia.

Kesebelasan Utama Maghribi vs Portugal

Kesebelasan Utama Maghribi: Yassine Bounou, Achraf Hakimi, , Jawad Yamiq, Romain Saiss, Yahya Attiat-Allah, Sofyan Amrabat, Selim Amallah, Azzedine Ounahi, Hakim Ziyech, Soufiane Boufal, Youssef En-Nesyri.

Kesebelasan Utama Portugal: Diogo Costa, Diogo Dalot, Pepe, Ruben Dias, Raphael Guerreiro, Bruno Fernandes, Otavio, Bernardo Silva, Joao Felix, Goncalo Ramos, Ruben Neves

Perjalanan Maghribi ke Suku Akhir:

Maghribi berada dalam kumpulan F bersama naib juara Piala Dunia, Croatia, Belgium dan Canada. Maghribi melenyapkan jangkaan awal bahawa Croatia dan Belgium akan layak dengan menjadi juara kumpulan.

1. Maghribi 0-0 Croatia
2. Belgium 0-2 Maghribi
3. Canada 1-2 Maghribi

Yassine Bounou telah menunjukkan Sepanyol yang berlatih 1,000 sepakan di penentuan sepakan penalti dengan kemenangan mudah 3-0.

Pusingan 16: Maghribi 0-0 Sepanyol (Penalti 3-0)
Suku Akhir: Maghribi vs Portugal

Perjalanan Portugal ke Suku Akhir:

Portugal telah diundi berada dalam kumpulan H yang turut dihuni oleh Ghana, Uruguay dan Korea Selatan satu kumpulan mudah untuk Portugal menjadi juara kumpulan walaupun dikejutkan Korea Selatan dalam perlawanan terakhir.

1. Portugal 3-2 Ghana
2. Portugal 2-0 Uruguay
3. Korea Selatan 2-1 Portugal

Portugal berpeasta gol membelasah Switzerland yang langsung tidak melawan dan Goncalo Ramos meletakkan namanya di peta bola sepak dunia dengan jaringan hatrik.

Pusingan 16: Portugal 6-1 Switzerland
Suku Akhir: Maghribi vs Portugal

BACA:  Bomoh Peru Buat Ritual Luar Stadium Ikat Kaki Neymar