Statistik Terperinci Hatrik Lionel Messi VS Cristiano Ronaldo, Siapa Lebih Luar Biasa?

Lionel Messi baru-baru ini menjaringkan lima gol untuk membantu Argentina menewaskan Estonia 5-0.

Hatrik tersebut bermakna Messi telah menghasilkan 56 hatrik sepanjang kariernya.

Seperti biasa, setiap pencapaian oleh Messi akan dibandingkan dengan pencapaian yang pernah dilakukan oleh Cristiano Ronaldo.

Ia bukan perkara menghairankan mengambil kira kedua-dua pemain adalah dua pemain handalan dunia yang mendominasi gelaran Ballon d’Or sejak lebih sedekad lalu.

Planet Football menyebut, cuma Ronaldo dan Messi sebagai pemain bola sepak profesional yang masih aktif menghasilkan 50 hatrik sepanjang karier masing-masing.

Di bawah mereka berdua adalah Robert Lewandowski dan Luis Suarez, dengan 29 dan 21 hatrik.

Jadi sekiranya hatrik menjadi ukuran, bagaimanakah rupa statistik hatrik yang dihasilkan oleh kedua-dua pemain itu?

Statistik hatrik Messi

Hatrik di liga: 36
Hatrik di UEFA Champions League: 8
Hatrik di piala domestik: 4
Hat-trick di ajang internasional: 8
Jumlah: 56
Purata hatrik setiap pertandingan: 17.4

Peratusan hatrik termasuk penalti: 15 (26.8%)
Peratusan hatrik aksi di halaman sendiri: 35 (62.5%)
Peratusan hatrik aksi di tempat lawan: 19 (33.9%)
Tahun paling banyak hatrik: 2012 (9)

Empat gol dalam satu perlawanan: 6
Lima gol dalam satu perlawanan: 2

Statistik hatrik Ronaldo

Hatrik di liga: 39
Hatrik di UEFA Champions League: 8
Hatrik di piala domestik: 3
Hat-trick di ajang internasional: 10
Jumlah: 60Purata hatrik setiap pertandingan: 18.7

Peratusan hatrik termasuk penalti: 31 (51.7%)
Peratusan hatrik aksi di halaman sendiri: 39 (65%)
Peratusan hatrik aksi di tempat lawan: 19 (31.7%)
Tahun paling banyak hatrik: 2011 (9)

Empat gol dalam satu perlawanan: 8
Lima gol dalam satu perlawanan: 2

Kesimpulan

Berdasarkan statistik dan data di atas Ronaldo memiliki jumlah hatrik lebih banyak berbanding Messi.

Tatkala bintang Portugal itu sudah meledak 60 hatrik, Messi setakat ini baru menghasilkan 56 hatrik sepanjang kariernya.

Namun demikian, kedua-dua pemain memiliki jurang usia 3 tahun. Sukar untuk mengatakan jurang usia dan tempoh karier kedua-dua pemain akan mempengaruhi statistik ini pada masa hadapan.

Buat masa ini, kita nikmati sahaja gol-gol dan hatrik yang pernah dan bakal dihasilkan oleh Messi dan Ronaldo.

BACA:  Ronaldo Label Ketua Pengarang France Football Penipu