Kisah Denmark Pasukan Bidan Terjun Di Euro 1992 Yang Menjadi Juara

Pasukan Denmark menyajikan dunia dengan kisah pasukan bidan terjun di kejohanan European Championship atau Euro edisi 1992 yang telah menjadi juara kejohanan.

Dua minggu sebelum kejohanan Euro 1992 di Sweden bermula, pasukan Yugoslavia yang layak secara automatik telah dikenakan hukuman oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada menyertai sebarang kejohanan sukan antarabangsa. Ini disebabkan perang etnik yang berlaku di negara tersebut.

UEFA ketika itu telah memanggil pasukan yang menduduki tempat kedua dalam kumpulan ketika pusingan kelayakan iaitu pasukan Denmark untuk menggantikan pasukan Yugoslavia.

Selain Denmark, pusingan akhir Euro 1992 melibatkan tujuh lagi pasukan bertanding iaitu Sweden selaku tuan rumah, Perancis, Scotland, Commonwealth Of Independent States (sebelum itu dikenali sebagai Soviet Union), Jerman, Belanda dan England.

Ini juga merupakan kejohanan besar pertama pasukan Jerman melalui gabungan Jerman Barat dan Jerman Timur.

“Ada yang tidak percaya kami akan bermain dalam kejohanan tersebut tapi kami sedar akan kemungkinan dan khabar angin yang bakal berlaku”-Kim Vilfort (Bekas Pemain Antarabangsa Denmark)

Denmark Selaku Pasukan Underdog Euro 1992

Denmark telah diundi dalam kumpulan 1 bersama tuan rumah Sweden, Perancis dan England. Skuad kendalian tidak diberikan harapan yang terlalu tinggi kerana hanya mempunya masa dua minggu sahaja untuk membuat persediaan.

Perlawanan pertama menentang England berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan. Dalam perlawanan kedua menentang tuan rumah Sweden, mereka tewas tipis 0-1.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan merupakan penentuan hidup mati pasukan Denmark dalam kejohanan tersebut. Mereka memerlukan kemenangan untuk layak ke separuh akhir.

Sumber: Pesstatsdatabase.Com

Henrik Larsen berjaya menjaringkan gol pertama Denmark ketika perlawanan menentang Perancis sebelum Jean-Pierre Papin menjaringkan gol penyamaan Perancis. Dengan perlawanan berbaki 12 minit, Lars Elstrup menjadi wira Denmark apabila menjaringkan gol kemenangan.

Denmark berjaya menduduki tempat kedua kumpulan 1 di belakang Sweden dan dijadualkan bertemu juara bertahan, Belanda dalam pusingan separuh akhir. Satu lagi perlawanan separuh akhir melibatkan pasukan Sweden dan Jerman.

Petr Schmeichel Menjadi Hero Sepanjang Euro 1992

Dengan peminat bola sepak di seluruh dunia menjangkakan perlawanan ulangan antara Belanda dan Jerman akan berlangsung di final, Denmark sekali lagi membuktikan mereka bukan calang-calang pasukan.

Mereka telah memberikan tentangan sengit kepada pasukan Belanda. Mereka berjaya mendahului Belanda dua kali menerusi jaringan Henrik Larsen sebelum Oranje membalas melalui Dennis Bergkamp dan Frank Rijkaard.

Perlawanan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti. Penjaga gol, Petr Schmeichel berjaya menyelematkan sepakan penalti Marco Van Basten dan Denmark layak ke final dengan keputusan sepakan penalti 5-4.

Sumber: Squawka

Denmark bakal berdepan Jerman dalam perlawanan akhir selepas pasukan Jerman menyingkirkan tuan rumah Sweden dengan jaringan 3-2. Jerman menjadi pasukan pilihan dengan status  sebagai juara dunia dan pernah empat kali layak ke final kejohanan Euro sebelum itu.

Penjaga gol, Peter Schmeichel kerap kali menjadi wira Denmark apabila menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya dari pemain-pemain Jerman seperti Karl-Heinz Riedle, Stefan Reuter and Guido Buchwald.

John Jensen yang hanya mempunyai satu gol sepanjang 48 penampilan bersama Denmark ketika mengejutkan Jerman dan seluruh dunia melalui gol pendahuluan.

Sumber: TalkSport

Dengan baki perlawanan tinggal 11 minit dan Jerman semakin terdesak untuk mencari gol penyamaan, Kim Vilfort yang kembali dalam pasukan selepas melawat anak perempuannya yang menghidap leukimia menjaringkan gol kedua Denmark.

Denmark berjaya menjadi Juara Euro tanpa disangka-sangka.

“Kami tiada pemain-pemain terbaik tapi kami mempunyai pasukan terbaik”-Kim Vilfort

Bagaimana Denmark Pertahankan kelebihan gol?

Apa yang Denmark lakukan dengan kelebihan dua gol adalah dengan membuat hantaran kebelakang dan Peter Schmeichel akan menangkap bola ketika pemain Jerman datang menghampiri.

Pada ketika itu bola hantaran kebelakang bola ditangkap dan dipegang penjaga gol dengan riang sekali tidak seperti sekarang dan peluang ini digunakan oleh pasukan secara meluas untuk membazirkan masa tanpa rasa melekit.

Hantaran kebelakang ini telah menjadi taktik hampir buat semua pasukan ketika itu untuk menghilangkan ketegangan di tengah padang dan kemuncak kepada perbuatan yang membosankan ini pada tahun 1992.

Denmark telah menggunakan taktik ini dengan begitu cemerlang, gemilang lagi terbilang apabila muncul juara kejohanan terulung itu selepas menewaskan Jerman dengan dua gol tanpa balas di perlawanan akhir.

Hantaran demi hantaran ke belakang dibuat kepada Peter Schmeichel yang hanya menahan dan menunggu pemain Jerman datang, bila dah dekat terus tangkap. Kau bayang apa perasaan pemain Jerman masa ini. Kesian.

Namun Denmar boleh dianggap bijak mempertahankan kedudukan dengan memanipulasi situasi dengan permainan yang dibenarkan dan selepas itu peraturan baru mula diperkenalkan bagi menghapuskan taktik yang membosankan ini.

Perlawanan pertama yang menggunakan peraturan baru back pass ini terjadi di Sukan Olimpik 1992 dan sudah pasti kekeliruan terjadi pada awal peraturan ini diperkenalkan kerana penajga gol tidak boleh lagi memegang bola dari hantaran kebelakang.

Peraturan ini melarang penjaga gol menangkap dan memegang bola dengan tangan apabila menerima hantaran dengan kaki atau lontaran kedalam daripada rakan sepasukan dan ini termaktub dalam Law 12, Section 2 of the Laws of the Game.

Hasil daripada peraturan baru backpass ini maka ia telah menjadi pemula kepada evolusi baru dalam permainan bola sepak, maka wujudlah “sweeper-keeper”.

Sumber:

BBC.Com

BACA:  Taktik Pelik Penjaga Gol Romania Punca Henderson Gagal Jaringkan Penalti?