Analisis: Kegeniusan dan Keupayaan Teknikal Aras Tinggi Jesus

Arsenal kini berada dilandasan terbaik mereka untuk mengembalikan semula kegemilangan kelab London itu yang pada era Arsene Wenger terkenal dengan corak permainan yang menarik.

Gandingan Mikel Arteta dan Edu sangat cocok untuk memulakan projek baharu bermula musim lalu dengan membawa masuk muka baharu.

Musim 2021/2, Ben White, Aaron Ramsdale, Odegaard, Tavares dan Tomiyasu antara muka baru dibawa masuk Arteta.

Arsenal bermula buruk dengan kekalahan di tiga perlawanan pertama dan bangkit untuk konsisten dan hampir ke UCL.

Namun terciduk di penghujung musim untuk sekadar bermain di Europa League dan penambahbaikan terus di lakukan di musim 2022/23.

Gabriel Jesus, Fabio Vieira, Matt Turner dan Marquinhos dibawa masuk dan impak segera diperoleh Arsenal dari Jesus yang mempunyai kelebihan tersendiri.

Analisis Art de Rocha

Analisis Art de Rocha, Jesus mempunyai keupayaan teknikal tinggi dan kepantasan berfikir.

Bagus ni untuk faham macam mana Jesus sekarang. Untung la Arsenal ada Jesus.

Pada musim lepas Arsenal telah meningkat dengan baik tetapi mereka masih perlu mencari seorang penyerang.

Ia untuk memperbaiki kedudukan liga dari tempat kelima kepada empat teratas dan kembali bermain di Liga Juara-Juara.

Dua musim sebelumnya mereka banyak bergantung kepada Kieran Tierney untuk mencipta peluang, selepas itu attacking midfielder dan wide players mula menyumbang kepada jaringan pasukan.

Pierre-Emerick Aubameyang bergelut mencari prestasinya dan kekurangan movement di final third daripada dari rakan sepasukannya menyebabkan kemampuan Alexandre Lacazette terbatas.

Arsenal menjadi buntu apabila mereka sampai ke kawasan kotak penalti lawan. Arsenal membeli Gabriel Jesus dari pasukan juara Man City.

Impak Gabriel Jesus dalam pramusim berlaku serta-merta. Jesus menjaringkan gol selepas dua minit dalam penampilan persahabatan pertamanya menentang Nuremberg.

Jesus membina momentum itu melalui perlawanan aksi pemanas badan dan sekali lagi memberi impak segera pada penampilan sulungnya di Liga Perdana.

Jesus menjaringkan 2 gol dan mencipta 2 bantuan dalam kemenangan 4-2 ke atas Leicester.

Pembelian Jesus telah memberikan Arsenal extra gear yang amat penting, Jesus bukan hanya melakukannya secara berseorangan tetapi dia menggabungkan pemain di sekelilingnya.

Kemahuan Jesus untuk membuat runs in behind dan stretch the field merupakan sesuatu yang tidak dimiliki Arsenal pada musim sebelumnya.

Hatrik pertamanya ketika menentang Sevilla dalam perlawanan pra-musim terakhir Arsenal, bermula apabila dia drifting out to the left untuk memulakan gerakan di final third.

Jesus menggerakkan bola dan kemudiannya muncul di dalam kotak penalti lawan untuk menyudahkan gerakan.

Situasi itu berulang dalam perlawanan pembuakaan liga ketika menentang Leicester.

Jesus bergerak ke kiri untuk mengejar bola hantaran dari Thomas Partey dan selepas itu Jesus berhadapan Jonny Evans untuk mencetuskan gerakan. [1] [2]

Gambar 1

Gambar 2

Pergerakan itu agak biasa tetapi perkara berikutnya bakal menunjukkan kualiti yang ada pada Jesus.

Situasinya, ketika Gabriel Martinelli kepada Granit Xhaka melakukan hantaran, Leicester mempunyai tujuh pemain outfield di dalam kotak. [3]

Gambar 3

Apabila bola itu sampai kepada Jesus, terdapat 8 pemain outfield Leicester di dalam kotak.

Namun Jesus mempunyai kepantasan berfikir dan keupayaan teknikal untuk melepaskan bola dari kakinya.

Jesus melakukan curl ke far corner. [4]

Gambar 4

Mengikut Opta percubaan itu mempunyai peluang jaringan xG 0.05 dan Wyscout 0.07, ia merupakan satu peluang yang sangat kecil untuk menhasilkan gol.

Bagaimanapun Jesus merasakan ia satu peluang dan membuat keputusan untuk melakukan percubaan jaringan.

Ya, ya tau bang. Korang mesti nak pendekkan cerita dengan rumuskan gol nasib. Cuma de Rocha suka panjangkan cerita.

BACA:  Rivaldo: Gabriel Jesus Patut Tinggalkan Manchester City