Man City Tawarkan Dua Bintang Dan Duit Untuk Dapatkan Kane

Pep Guardiola bersedia untuk kehilangan dua pemain utamanya yang membantu beliau memenangi gelaran liga musim ini, untuk mendapatkan Harry Kane.

Beliau jelas perlu mengorbankan bintang utamanya dalam usaha untuk menewaskan Manchester United dan Chelsea untuk mendapatkan penyerang Tottenham Hotspur itu.

Bulan lalu, Kane telah memberitahu Tottenham Hotspur bahawa beliau mahu meninggalkan kelab, namun masih mahu bermain dalam kancah saingan Premier League.

Hal itu menyebabkan beliau semakin hangat dikaitkan dengan bakal menyertai tiga pasukan yang paling berminat untuk menandatanganinya.

Manchester United, Chelsea dan Manchester City merupakan tiga pasukan yang paling berminat dan mampu untuk menandatangani Harry Kane.

Ketika bintang England itu diracun supaya tidak menyertai Man City, Guardiola sendiri pula sebenarnya sangat terdesak untuk mendapatkan khidmatnya.

Harry Kane sendiri juga baru-baru ini telah menamakan Kevin De Bruyne sebagai pemain yang paling beliau impikan untuk beraksi bersama.

Laporan terbaru pada Isnin lalu telah melaporkan yang lapan pemain utama Man City mungkin akan meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Walaupun baru sahaja memenangi gelaran liga, kesemua lapan pemain memutuskan untuk meninggalkan City kerana kekurangan minit permainan dan bimbang tidak mendapat tempat.

Dua dari lapan pemain tersebut boleh digunakan untuk ditawarkan kepada Tottenham Hotspur dalam usaha mereka untuk mendapatkan Kane.

City bakal menggunakan Raheem Sterling dan Gabriel Jesus untuk ditawarkan kepada Spurs, supaya boleh menandatangani Kane dengan nilai yang lebih rendah.

Ia kerana rundingan untuk mendapatkan Kane tentunya akan melibatkan nilai yang sangat besar dengan Spurs sendiri mahu menggunakan dana tersebut untuk mendapatkan calon pengganti.

Dengan tindakan City menawarkan dua pemain berkualiti, Spurs sepertinya sudah tidak memerlukan dana tambahan untuk menandatangani pemain baru.

Dan tambahan tunai yang diberikan oleh City boleh digunakan oleh pengurus baharu nanti untuk mendapatkan pemain tambahan di posisi lain.

Sterling berjaya menjaringkan 10 gol dalam aksi saingan liga musim ini dan beliau juga telah diturunkan sebagai kesebelasan utama ketika aksi perlawanan akhir Champions League hujung minggu lalu.

Namun penglibatan beliau sebagai kesebelasan utama ketika bertemu Chelsea itu sebenarnya satu hal yang mengejutkan dek kerana beliau sering diketepikan pada musim ini.

Beliau hanya 28 kali sahaja diturunkan sebagai kesebelasan utama dan sering diketepikan selepas Phil Foden mula mendapat tempat dalam skuad utama City.

Kali terakhir Raheem Sterling menjaringkan gol untuk Manchester City adalah pada bulan Februari yang lalu.

Jesus pula telah tampil membuat 22 penampilan musim ini dalam aksi saingan liga, dan ia merupakan yang terbanyak sepanjang kariernya di Etihad.

Ketibaan Kane tentunya akan menyebabkan beliau hilang tempat sebagai pemain utama, dan ditambah pula andai City berjaya mendapatkan Grealish, maka tiada harapan untuk Jesus turun beraksi.

Tottenham Hotspur pula masih berharap mereka akan mampu memujuk Kane untuk kekal dengan kelab mahu memanggil semula Mauricio Pochettino dari PSG.

Bekas pengurus Tottenham Hotspur itu telah dipecat pada tahun 2019 lalu dan tempatnya telah digantikan oleh Jose Mourinho

Beliau baru sahaja menandatangani perjanjian sebagai pengurus PSG pada Januari lalu menggantikan Thomas Tuchel, namun terdapat laporan yang menyatakan Pochettino tidak gembira di Parc des Princes ketika ini.

Walau bagaimanapun, seandainya Pochettino kembali ke Spurs, Kane mungkin akan berfikir semula berkait keputusannya untuk meninggalkan kelab.

BACA:  Son Dakwa Harry Kane Adalah Pemain Terbaik Dunia Ketika Ini