Arsenal Sediakan Dana Bernilai £75 Juta Untuk Tandatangani 2 Bintang Besar Pada Musim Panas Ini

Arsenal pada ketika ini sedang bersedia mahu melakukan bidaan untuk dua pemain bintang dalam saingan Premier League pada jendela perpindahan musim panas ini.

The Gunner sepertinya sangat berminat mahu mendapatkan khidmat Gabriel Jesus dan Youri Tielemans dengan mereka kini bersedia mahu memulakan usaha mendapatkan tandatangan kedua-dua pemain itu.

Hal itu telah didedahkan sendiri oleh wartawan Daily Express, Ryan Taylor yang mengikuti sepenuhnya perkembangan berkait urusan perpindahan kedua-dua pemain itu.

Kelab dari London itu terus hangat dikaitkan dengan bintang Manchester City dan Leicester City itu dan Tylor percaya Arsenal akan segera menghantar bidaan untuk kedua-dua pemain tersebut.

Apa perkembangan terbaru tentang Jesus dan Tielemans

Menurut sumber laporan dari The Telegraph, Jesus merupakan pemain sasaran utama Arsenal untuk menjadi pengganti kepada Alexandre Lacazette.

Pemain penyerang Arsenal itu sah kembali ke bekas kelabnya, Lyon selepas kontraknya di Emirates tamat pada penghujung musim baru-baru ini.

Menurut laporan sama juga, City menganggarkan nilai pemain penyerang mereka itu dengan nilai £50 juta dan Arsenal turut dikatakan tiada masalah untuk melengkapkan urusan perpindahan itu pada musim panas ini.

Mikel Arteta juga dilaporkan telah menggesa pihak kelab supaya membuat bidaan bernilai £25 juta untuk mendapatkan khidmat Youri Tielemans dari Leicester City.

The Foxes walau bagaimanapun telah meletakkan tanda harga bernilai £30 juta kepada Tielemans andai Arsenal berminat mahu mendapatkan khidmatnya.

Walau bagaimanapun juga, dengan kontrak pemain kebangsaan Belgium itu cuma berbaki setahun sahaja, maka Leicester sebenarnya sukar untuk meletakkan nilai yang terlalu tinggi untuk bintang mereka itu.

Pemain mana patut Arsenal utamakan?

Dari perspektif Arsenal sendiri, adalah sangat menarik andai mereka berjaya mendapatkan khidmat kedua-dua pemain itu pada musim panas ini.

Dan memandangkan Man City sudah berjaya mendapatkan khidmat Erling Haaland dari Borussia Dortmund, maka ia sebenarnya telah memudahkan urusan Arsenal untuk mendapatkan pemain sasaran utama mereka itu.

Walau bagaimanapun, andai mereka perlu mengutamakan seorang pemain sahaja dari kedua-dua pemain itu, maka jelas sekali mereka perlu berusaha mengejar Gabriel Jesus.

Arsenal jelas sekali sangat terdesak mahu mendapatkan pemain penyerang kerana mereka telah kehilangan Lacazette pada jendela perpindahan musim panas ini.

Maka keputusan mereka untuk berusaha mengejar Jesus jelas sekali satu keputusan yang sangat tepat apa lagi selepas memikirkan yang bintang Brazil itu sudah terbukti mampu menjadi penyerang terbaik dalam saingan Premier League.

Dari 236 penampilan bersama Man City, Jesus berjaya menjaringkan 95 gol dan beliau turut berpotensi untuk bermain di beberapa posisi di bawah kendalian Pep Guardiola.

Sepanjang tahun lalu, statistik beliau secara keseluruhannya adalah sangat menakjubkan dan beliau turut dianggap antara pemain paling berprestasi dalam saingan Premier League.

Jesus berjaya menjadi antara nadi penting Man City yang membantu skuad kendalian Pep Guardiola itu untuk menjuarai saingan Premier League.

Arteta sudah tentu akan mampu mengendalikan Gabriel Jesus dengan baik dek kerana kedua-dua mereka pernah saling bekerjasama sebelum ini di Etihad.

Melihatkan kepada hal itu, maka tidak hairanlah mengapa Arteta sendiri yang mendesak pihak kelab supaya berusaha untuk mendapatkan khidmat Jesus pada musim panas ini.

Beliau tentu sahaja akan lebih yakin untuk menggunakan khidmat pemain yang beliau percaya berbanding pemain yang beliau tidak tahu kemampuan sebenarnya.

Mampukah Arsenal mendapatkan kedua-dua Gabriel Jesus dan Alexandre Lacazette pada jendela perpindahan musim panas ini? bincangkan di ruangan komen.

Sumber: GMS

BACA:  Arsenal Terus Unggul Dengan Kelebihan 5 Mata Untuk Gelaran Juara