Penyokong Man Utd Anggap Citizens Berlagak Kerana Menjual Bintang Utama Kepada Pasukan Seteru

Salah seorang penyokong Manchester United menganggap Manchester City sebagai sebuah kelab yang berlagak dan beliau turut percaya The Citizens tak akan menang gelaran Premier League musim baharu nanti.

Penyokong tersebut dikenali sebagai Temi telah menghubungi station radio terkenal UK, talkSPORT selepas mendengar berita perpindahan Raheem Sterling menyertai Chelsea.

Pemain kebangsaan Inggeris itu menyertai skuad kendalian Thomas Tuchel dengan yuran perpindahan bernilai £50 juta.

Temi ketika itu menyatakan bahawa:

“Saya berani jamin yang Manchester City tidak akan memenangi gelaran Liga. Mereka sangat berlagak dengan menjual Raheem Sterling dan Gabriel Jesus kepada pasukan seteru.”

“Ketika kamu fikir tentang Sterling dalam sistem Pep Guardiola, Messi telah menjaringkan gol terbanyak untuk dia (Pep/Barcelona), diikuti Sergio Aguero dan kemudian Raheem Sterling.”

“Ketika kamu lihat pada skuad dia yang menakjubkan, jangan hanya lihat pada kesebelasan utama, lihat pada pemain simpanan, Man City mereka ada Sterling dan Jesus di bangku simpanan mereka.”

Temi kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan:

“Jika kamu ingat semula pada perlawanan terakhir musim lalu, ketika City comeback bertemu Aston Villa, Sterling memainkan peranan penting ketika Gundogan meledak dua gol.”

“Saya tahu Haaland, dia baru berusia 22 tahun dan dia nampak sangat hebat, tapi itu tak bermaksud dia akan menjamin Man City bakal menjuarai liga dan semua Piala yang ada.”

“Saya rasa Man City sebenarnya semakin kuat dan pada masa sama mereka turut semakin lemah, saya rasa mereka memang perlu menambah Haaland dan lakukan apa saja semampu mereka untuk pertahankan Sterling dan Jesus.”

“Setiap pasukan boleh buat lima pertukaran sekarang, saya sejujurnya rasa yang mereka memang berlagak.”

Pemain kebangsaan Brazil, Gabriel Jesus telah melengkapkan perpindahannya dari Manchester City ke Arsenal dengan yuran perpindahan bernilai £45 juta.

Jesus mungkin memilih untuk menyertai Arsenal kerana beliau sebelum ini pernah bekerjasama dengan pengurus Arsenal, Mikel Arteta ketika di Etihad.

Pemain penyerang itu memulakan kariernya bersama Arsenal dengan sangat baik selepas kejayaan beliau meledak dua gol ketika aksi debutnya awal minggu lalu.

Beliau berjaya membantu Arsenal melakukan comeback dari ketinggalan 2-0 untuk menewaskan kelab dari Jerman, FC Nuremberg 5-3.

Raheem Sterling sementara itu telah sah diumumkan sebagai pemain Chelsea semalam dan hal itu sedikit sebanyak beri kegembiraan kepada skuad kendalian Thomas Tuchel itu.

Pep Guardiola sementara itu berharap agar kehilangan Sterling dan Jesus tidak akan berikan impak kepada mereka seperti apa yang diramalkan oleh Temi.

Selain Erling Haaland Manchester City turut mempunyai back up striker yang berbisa, Julian Alvarez dan hal itu jelas sekali bakal memberi kelegaan kepada Pep Guardiola.

Tekanan jelas sekali akan dirasai oleh Haaland memandangkan ramai yang berharap beliau akan mampu segera memberi impak yang menakjubkan bersama kelab.

Manchester City sangat berharap kehadiran Haaland akan mampu membantu mereka untuk menjulang gelaran Eropah pertama dalam sejarah kelab.

Haaland sendiri sememangnya sangat gemar bermain di pentas saingan Champions League dan hal itu membuatkan ramai yakin beliau akan mampu membantu kelab untuk menjulang piala idaman mereka itu.

Pasukan seteru juga tidak kurang hebatnya dengan mereka turut membuat beberapa pembelian mega pada musim panas ini.

Saingan liga jelas sekali akan lebih menarik untuk disaksikan kerana semua kelab sedang membuat persiapan cukup rapi menjelang bermulanya musim baharu ini.

Sumber: SPORTbibble

BACA:  Raheem Sterling Tolak Tawaran Lanjutan Kontrak Dari Manchester City