Raheem Sterling Tak Layak Dianggap Legenda Man City

Raheem Sterling telah diberitahu oleh bekas rakan sepasukannya, Pablo Zabaleta yang beliau tak layak untuk dianggap sebagai legenda Manchester City.

Zabaleta turut mengkritik pemain sayap Chelsea itu kerana tidak menunjukkan sikap yang baik kepada City.

Sterling telah melengkapkan perpindahan yang agak mengejutkan untuk menyertai Chelsea pada jendela perpindahan musim panas ini.

Beliau ditandatangani oleh The Blues dengan yuran perpindahan bernilai £50 juta dan hal itu sememangnya telah mengejutkan ramai pihak.

Perpindahan itu juga secara tak langsung telah mengakhiri karier tujuh tahun beliau bersama gergasi Premier League itu.

Beliau merupakan antara pemain terpenting Man City ketika kariernya di Etihad dengan Sterling berjaya menjaringkan 131 gol untuk The Citizens dan membantu kelab memenangi empat gelaran Premier League, gelaran FA Cup serta lima gelaran League Cup.

Untuk City sendiri pula, hanya Sergio Aguero dan Fernandinho sahaja merupakan dua pemain yang telah memenangi lebih banyak gelaran Premier League berbanding bekas pemain Liverpool itu.

Walau bagaimanapun, segala rekod dan pencapaian Sterling bersama Man City itu, sebenarnya masih tidak menjanjikan beliau untuk menjadi legenda kelab.

Menurut sumber laporan dari Zabaleta, Sterling tidak setanding dengan legenda seperti Aguero, Vincent Kompany dan David Silva.

Kesemua nama legenda yang Zabaleta sebut itu jelas sekali sememangnya legenda terhebat sepanjang zaman kelab dengan statue mereka turut teguh berdiri di hadapan Etihad.

Walau bagaimanapun, bekas pemain full back itu turut mengakui yang Raheem Sterling sebenarnya seorang pemain yang bagus dan beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada bintang England itu.

Zabaleta walau bagaimanapun menegaskan yang Sterling sepatutnya bersikap lebih sopan terhadap Man City selepas beliau sah meninggalkan kelab.

“Sebaik sahaja kamu pergi kamu perlu sentiasa bercakap benda yang elok tentang kelab yang kamu pernah wakili, saya harap dia boleh bersikap seperti itu.”

Tambah Zabaleta lagi.

Sterling sendiri sementara itu tidaklah ada bercakap buruk tentang bekas kelabnya itu, dengan beliau hanya dimarahi kerana menolak untuk menurunkan tandatangannya pada jersi Man City.

Ketika sedang terlibat dengan sesi jelajah Amerika Syarikat bersama Chelsea, salah seorang penyokong meminta beliau untuk menurunkan tandatangan pada jersi Man City.

Sterling walau bagaimanapun menolak untuk melakukan hal itu dan mungkin saja ia kerana beliau mahu menjaga nama kelabnya.

Para penyokong Man City walau bagaimanapun menganggap tindakan beliau itu sebagai tindakan yang biadap dan tak boleh diterima.

Walau bagaimanapun, bukan hanya Sterling seorang sahaja yang melakukan hal itu, dengan Matt Turner turut menolak untuk menurunkan tandatangan beliau pada jersi Tottenham Hotspur.

Paul Pogba juga turut menolak untuk menurunkan tandatangan beliau pada jersi Manchester United ketika ada peminat yang meminta beliau melakukan hal itu.

Chelsea sementara itu telah memberikan bintang England itu tawaran gaji yang sungguh lumayan dan menjadikan beliau sebagai penerima gaji tertinggi kelab.

Masih tidak jelas sama ada Thomas Tuchel akan memainkan Sterling di bahagian sayap atau mungkin di posisi penyerang tengah.

Chelsea pada musim panas ini telah kehilangan Romelu Lukaku selepas mereka menjadikan bintang Belgium itu sebagai pemain termahal dalam sejarah kelab.

Lukaku kini telah kembali ke Inter Milan sebagai pemain pinjaman dengan Chelsea jelas sekali menanggung rugi besar kerana mengeluarkan dana yang begitu besar untuk bekas bintang Man Utd itu.

The Blues juga turut berpotensi untuk kehilangan Timo Werner, memandangkan bintang Jerman itu berhasrat mahu meninggalkan kelab pada musim panas ini.

Werner mahu meninggalkan kelab kerana beliau mahukan jaminan minit permainan dalam usahanya untuk mendapat tempat dalam skuad utama Jerman di pentas Piala Dunia nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Hatrik Foden Bantu Cipta Rekod Baharu Premier League