Andy Robertson Minta Penyokong Bersabar Dengan Darwin Nunez

Bek kiri Liverpool, Andy Robertson meminta para penyokong untuk bersabar dengan pemain baru dan termahal kelab, Darwin Nunez.

Nunez yang tiba dari Benfica pada awal musim panas tahun ini dengan yuran perpindahan dipercayai sekitar GBP 85 juta serta beberapa tambahan berdasarkan prestasi.

Pemain Uruguay tersebut menjadi idaman beberapa kelab utama di Eropah tetapi The Reds memenangi perlumbaan untuk mendapatkannya tatkala Jurgen Klopp ingin membawa pengganti segera kepada penyerang yang menyertai Bayern Munich, Sadio Mane.

Nunez turut sama menyertai pasukan Liverpool ke jelajah Asia Pasifik ke Thailand, Singapura dan Australia dengan perlawanan pertama menyaksikan pasukan Merseyside tersebut dibelasah seteru utama mereka, Manchester United empat gol tanpa balas di Stadum Rajamangala, Bangkok.

Walaupun hanya bermain dalam 30 minit terakhir, penyerang berusia 23 tahun itu terlepas dua peluang keemasan – satu perkara yang tidak dijangka daripada penyerang yang menjaringkan 34 gol pada musim lalu.

Dalam perlawanan menentang Crystal Palace juga, Nunez mempamerkan aksi longlai, persis Romelu Lukaku.

Walaubagaimanapun pemain senior di Liverpool, Robertson, mahu semua pihak bersabar memandangkan Nunez adalah pemain baru dan masih dalam proses menyesuaikan diri di kelab.

“Dia tinggi gila! Tapi, dengar sini, dia datang sini, kami pun baru sahaja berlatih, jadi kita kena bagi dia sesuaikan diri dulu,” ujar pemain bek kiri Scotland tersebut kepada Liverpool Echo.

“Dalam latihan dia sangat cemerlang dan para budak Brazil serta semua yang bercakap bahasa dia sedang membantu dia.

“Aku tak rasa dia ada banyak sembang denan aku dah, kitorang macam senyum-senyum gitu je, tapi nanti banyak la sembang tu.

“Dia adalah pemain yang sangat fantastis, kitorang dah rasa lawan dia macam mana dan dia memang menyusahkan kitorang yang pertahanan ini dalam dua perlawanan [UCL] tu dan kalau dia beraksi macam tu lagi dia akan jadi pemain yang sangat bagus untuk kitorang.

“Apabila kau bermain dengan kelab ni [Liverpool], akan selalu ada harapan yang tinggi, itu yang kau kena hadap tu.

“Kitorang selalu kena buat macam tu. Kitorang ada sasaran kitorang sendiri. Kitorang nak jadi yang terbaik secara individu dan terbaik sebagai satu pasukan.

“Aku rasa musim lepas, dalam sebahagian besar musim lepas, kitorang dah tunjuk benda tu.

“Memang lah hujung-hujung tu tak jadi macam apa yang kitorang nak tapi aku rasa selepas masa berlalu dan kitorang kenang balik memori musim lepas, dia jadi macam memacu kitorang untuk jadi lagi power musim depan.

“Kitorang nak rasa lagi menjulang piala. Tahun lepas kitorang dah dapat buat macam tu dua kali dan dua hari yang cemerlang di Wembley. Memang tahun ni kami nak buat lagi lah,” Robertson berkata panjang lebar bagaikan memberi ceramah motivasi.

Selepas tewas perlawanan pra musim pertama, Liverpool dilihat sudah menemui rentak di mana mereka berjaya menewaskan seteru liga, Crystal Palace di Stadium Nasional Singapura.

Jordan Henderson muncul penjaring pertama Liverpool pada pra musim tahun ini apabila menjaringkan gol yang cantik pada minit ke-12.

Henderson yang menerima bola umpanan dari sebelah kanan, melakukan sepakan first timer lalu bola terbang menuju ke sebelah kanan penjaga gol dan gagal ditampan.

Pada minit ke-46, pemain yang baru dibawa masuk Mohamed Salah dilihat sudah bersedia untuk menghadapi musim baru apabila dia menjaringkan gol trademarknya.

Salah yang bermain satu dua di dalam kotak penalti, menggelecek dua pertahanan Crystal Palace lalu melakukan sepakan lencong dengan menggunakan kaki kirinya ke arah gol.

Pada mulanya Guaita dilihat dapat menampan bola tersebut namun tidak cukup untuk menahannya daripada menerjah jaring untuk gol kedua Liverpool.

Selepas ini Liverpool akan meneruskan perlawanan pra musim mereka menentang pasukan Bundesliga, RB Leipzig di Red Bull Arena Leipzig pada 22 Julai, sebelum sekali lagi menenanga kelab Red Bull, RB Salzburg di Austria pada 28 Julai.

Tiga hari kemudian juara Piala FA dan Piala EFL ini akan bertemu Manchester City dalam perlawanan Perisai Masyarakat pada 31 Julai.

Sumber : SB

BACA:  Diego Forlan Dedah Apa Yang Beliau Rasa Nunez Akan Berikan Kepada Liverpool