Diego Forlan Dedah Apa Yang Beliau Rasa Nunez Akan Berikan Kepada Liverpool

Legenda terhebat sepanjang zaman Uruguay, Diego Forlan telah mendedahkan tentang apa yang beliau rasakan Darwin Nunez akan berikan kepada Liverpool.

Forlan percaya Darwin Nunez akan mampu memberikan impak yang sungguh menakjubkan di Anfield dan beliau turut yakin keputusan Liverpool menandatangani rakan senegaranya itu merupakan keputusan yang tepat.

Diego Forlan percaya Nunez akan mampu menjaringkan gol yang banyak untuk skuad kendalian Jurgen Klopp itu andai beliau diberikan minit permainan yang mencukupi.

Walau bagaimanapun, bekas bintang Manchester United, Inter Milan dan Atletico Madrid itu turut memberi amaran kepada penyokong Liverpool supaya lebih bersabar.

Beliau menyatakan hal tersebut kerana merasakan yang Nunez masih lagi produk yang belum sempurna dan akan terus berkembang dari masa ke semasa.

Forlan percaya yang Nunez masih dalam proses untuk menjadi penyerang yang digeruni dan beliau turut merasakan yang rakan senegaranya itu perlu memantapkan lagi aspek teknikal dalam permainan beliau.

Oleh yang demikian, legenda Uruguay itu sangat yakin yang Nunez akan terus berkembang di Liverpool di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Para penyokong Liverpool pada ketika ini sangat mengharapkan agar Nunez akan mampu menjadi peledak gol utama mereka pada musim baharu nanti.

Para peminat juga sangat berharap agar Nunez tidak mengambil masa yang panjang untuk mendapatkan tahap terbaiknya.

Beliau ditandatangani oleh Liverpool pada jendela perpindahan musim panas ini dengan yuran perpindahan dilaporkan bernilai £85.5 juta.

Sudah tentu peminat mengharapkan beliau akan mampu mempamerkan aksi setimpal dengan harga yang Liverpool bayar untuk mendapatkan khidmatnya.

Liverpool turut berpotensi untuk mendapatkan Adrien Rabiot dari Juventus, memandangkan bintang Perancis itu sangat berminat mahu menyertai mereka.

Rabiot berminat mahu sertai Liverpool musim panas ini

Bintang Juventus, Adrien Rabiot dilaporkan sangat berminat mahu melengkapkan perpindahan menyertai Liverpool, Chelsea, Manchester City atau Liverpool pada jendela perpindahan musim panas ini.

Menurut laporan dari The Telegraph, Adrien Rabiot juga boleh ditandatangani dengan nilai serendah £13 juta sahaja.

Pemain midfield itu pada ketika ini sedang mengintai kesempatan untuk beraksi dalam saingan Premier League, dengan beliau sendiri turut menyatakan keinginan beliau itu kepada Juventus.

Rabiot menjangkakan yang beliau mahu membuat keputusan berkait masa depannya sebelum bermulanya aksi pra musim bersama Juventus pada 11 Julai nanti.

Adrien Rabiot tidak diragukan lagi sememangnya seorang pemain yang sangat berkualiti dengan beliau turut sudah membuat 29 penampilan bersama skuad kebangsaan Perancis.

Dengan Piala Dunia akan berlangsung lima bulan dari sekarang, berpindah menyertai liga lain sebenarnya meletakkan karier antarabangsanya dalam keadaan berisiko.

Rabiot sementara itu tidak melihat hal itu sebagai satu masalah dengan pengurus skuad kebangsaan Perancis, Didier Deschamps merupakan penggemar setia kepada pemain midfield itu.

Rabiot menikmati karier yang sungguh menakjubkan bersama Paris Saint Germain sebelum beliau melengkapkan perpindahan menyertai Juventus pada tahun 2019 yang lalu.

Walau bagaimanapun, Rabiot sebenarnya gagal untuk memberikan impak yang sama seperti apa yang beliau pamerkan di Parc des Princes ketika beraksi bersama skuad The Old Lady.

Ketika kariernya bersama PSG, Rabiot telah dikendalikan oleh pengurus Chelsea, Thomas Tuchel yang dilaporkan turut sangat menggemari pemain midfield itu.

Chelsea pada ketika ini tidak menyatakan hasrat mereka mahu mendapatkan Rabiot, namun sepertinya mereka bakal melakukan hal itu dalam tempoh terdekat ini nanti.

Wakil Rabiot, termasuk ibunya, Veronique Rabiot sebelum ini pernah bergaduh dengan keluarga Kylian Mbappe dan Paul Pogba ketika aksi kekalahan mereka bertemu Switzerland dalam saingan Euro 2020.

Insiden pergaduhan itu mendapat perhatian ramai dan ia jelas sekali mencatatkan perjalanan Perancis dalam saingan Euro 2020 yang lalu.

Walaupun Rabiot berminat untuk sertai Liverpool, namun skuad kendalian Jurgen Klopp itu sebenarnya tidak ada perancangan mahu mendapatkan pemain midfield itu pada musim panas ini.

Walau bagaimanapun, memandangkan nilai beliau hanya £13 juta dan beliau turut mempunyai kualiti yang menakjubkan, sepertinya tiada masalah untuk Liverpool berusaha untuk mendapatkan khidmatnya.

The Reds sebelum ini pernah menyatakan minat mereka mahu melengkapkan perpindahan Rabiot dari PSG, namun bintang Perancis itu memilih untuk menyertai Juventus.

Dengan masa depan ketua pasukan, Jordan Henderson dan pemain midfield, Alex Oxlade Chamberlain masih tidak jelas, sepertinya ada kemungkinan untuk Liverpool mendapatkan khidmat Rabiot pada musim panas ini.

Liverpool baru-baru ini telah mendedahkan yang mereka sangat berminat mahu mendapatkan pemain midfield berusia 18 tahun dari Borussia Dortmund, Jude Bellingham.

Walau bagaimanapun, mereka memutuskan untuk mendapatkan bintang England itu pada jendela perpindahan musim panas akan datang dan bukannya sekarang.

Sumber: SPORTbible

BACA:  UEFA Sahkan Jumlah Pasukan Yang Layak Untuk Beraksi Di Liga Juara -Juara Bagi Kelab Liga Perdana Inggeris