Antonio Conte Berminat Dapatkan Khidmat Vidal & Sanchez

Pengurus Chelsea, Antonio Conte mendedahkan beliau berminat untuk mendapatkan khidmat dua pemain antarabangsa Chile, Arturo Vidal dan Alexis Sanchez.

Dengan pintu perpindahan kembali dibuka bulan ini, Conte mengakui kedua-dua pemain ini merupakan antara yang terbaik di dunia ketika ini dan mampu memperkuatkan skuad Chelsea sekarang.

Antara pemain terbaik dunia menurut Conte

Walaubagaimanapun, segala urusan perpindahan di Chelsea tidak terletak ditangan Conte, tetapi jatuh kepada Direktor Chelsea, Marina Granovskaia. Beliau adalah individu yang mewakili pemilik kelab, Roman Abramovic di Chelsea dan bertanggungjawab menguruskan segala urusan berkenaan pembelian pemain baru.

Bekas pengurus Itali ini lebih suka dipanggil sebagai ketua jurulatih di Chelsea kerana beliau mahu menumpukan segala perhatian terhadap aspek teknikal pasukan dan megelak dari terlibat dengan aspek bisnes dan kewangan kelab.

Adakah reunion bakal berlaku di Stamford Bridge?

Walaupun telah menukar nombor peribadinya untuk mengelak dari menerima panggilan ejen, Conte menegaskan pendapat beliau pentingan dalam menentukan pemain sasaran yang ingin dibawa masuk.

“Di Chelsea, saya tidak terlibat dengan segala urusan dalam pasaran perpindahan pemain, tetapi pendapat saya diguna pakai oleh kelab untuk membeli mana-mana pemain dan juga untuk pelaburan masa panjang.”

“Saya sudah menukar nombor telefon bimbit kerana saya tidak berhadapan masalah sebegini. Kami sedang berdepan dengan situasi sukar buat masa sekarang.”

“Jadi, kelab melakukan perkara yang betul untuk 100% bertanggungjawab menguruskan segala urusan perpindahan bagi memperkuatkan pasukan ini. Saya bersedia untuk berdepan dengan apa-apa situasi.”

Sanchez mahu sertai City, bukan Chelsea!

“Kami harus kekal tenang. Saya tidak mahu bercakap mengenai pemain kepunyaan kelab lain tetapi kamu [pihak media] telah mengaitkan kami dengan dua pemain ternama dan berkualiti. Vidal dan Sanchez adalah antara yang terbaik di dunia dalam posisi mereka.”

Minat Conte terhadap Sanchez hadir sehari sebelum pasukannya membuat kunjungan ke Emirates Stadium untuk bertemu Arsenal.

Sanchez bakal berpindah keluar secara percuma hujung musim ini jika Arsenal gagal meyakinkan pemain ini untuk menandatangani kontrak baru. Walaubagaimanapun, Manchester City dilaporkan menjadi pilihan utama Sanchez selepas kontraknya tamat dan bukannya Chelsea.

Chelsea berpeluang melintas kembali kedudukan Manchester United di tangga kedua Liga Perdana Inggeris andainya mereka mampu mencatatkan kemenangan ke atas Arsenal awal pagi nanti.

BACA:  Alexis Sanchez Dakwa Keletihan Mental Sebagai Punca Prestasi Merosot