Antony Akui Dia Lelaki Penyayang Penyayang Dan Tak Suka Keluar Malam

Antony menyatakan bahawa dia sebenarnya seorang lelaki yang penyayang. Selain itu Antony berkata dia tak suka keluar dari rumah kerana lebih gemar meluangkan masa dengan anaknya.

Ianya jauh berbeza dengan tohmahan liar ke atasnya yang menuduh Antony kaki pukul dan seorang yang ganas, suka berpeleseran.

Sebelum ini Antony dituduh memukul bekas teman wanitanya yang pernah menjadi pasangan hidupnya sehingga pecah payudara silikon yang dipasang wanita itu.

Kemudian seorang lagi wanita lain muncul mendakwa Antony memasukkan kemaluannya dengan ganas tanpa kerelaannya.

Antony dengan tangisan menafikan kesemua tuduhan liar itu yang dianggap sebagai berniat jahat dan cuba menjatuhkan kariernya. Dia terpaksa meninggalkan kem kebangsaan Brazil pada ketika itu kerana disiasat polis.

Man United turut menyisihkan dia buat seketika untuk memberikan ruang kepada pemain itu membela diri.

Antony akhirnya kembali. Dan dia memuat naik bukti bahawa dia dianiayai wanita wanita tersebut. Dan kini dia mendedahkan betapa dia seorang lelaki yang baik dan tak suka melepak tak tentu pasal.

Dia benar benar menyukai kehidupan sebagai seorang ayah.

Antony menyatakan: “Saya seorang yang suka duduk kat rumah, dan bermain dengan anak saya. Anak saya sedang membesar dan dia sedang melalui kehidupan yang baik.”

“Ketika masa rehat atau cuti, saya sentiasa mencari program yang terbaik untuk keluarga saya. Saya suka ber-barbeku bersama keluarga. Saya suka betul barbeku, kerana saya nak berseronok dengan orang yang saya sayangi.”

“Pada ketika ini saya menikmati kehidupan dengan ayah, emak, kakak, abang ipar dan sepupu saya baru, yang datang melawat saya di sini.”

Dia dengan cepat beradaptasi dengan kehidupan di bandar Manchester. Ditanya tentang apa yang paling dia suka tentang bandar itu adalah makanan dan juga sejarah.

“Manchester bandar yang hebat. Pertamanya, proses menyesuaikan diri dengan bandar ini agak sukar. Kerana di sini lebih sejuk berbanding Amsterdam.”

“Tetapi saya faham dan saya perlu menerokai bandar bersejarah ini lebih lagi. Apa yang paling saya suka di sini adalah makanan, di mana banyak sekali restauran di sini.”

BACA:  Man Utd Hubungi Kelab Arab Saudi Untuk Lelong Sancho Dan Antony