Legenda pelari pecut dunia, Usain Bolt telah pun bersara dari lapangan olahraga yang penuh gemilang selalu manusia terpantas di muka bumi dan mahu mengejar impiannya sebagai seorang pemain bola sepak profesional.
Namun apa yang terjadi dengan karier bola sepak Usain Bolt?
Usain St. Leo Bolt pelari pecut kelahiran Jamaica merupakan pemegang rekod dunia dalam acara 100 meter, 200 meter dan 4×100 meter berganti-ganti.
Pemenang pingat emas Olimpik lapan kali, Bolt adalah satu-satunya pelari pecut yang memenangi kejuaraan 100 meter dan 200 meter Olimpik pada tiga Sukan Olimpik secara berturut-turut (2008, 2012, dan 2016).
Bolt telah memenangi dua pingat emas acara 4 × 100 meter lari berganti-ganti. Dia mempa kemasyhuran di seluruh dunia kerana kemenangan pecut bergandanya dengan mencatatkan rekod dunia pada Sukan Olimpik Beijing 2008.
Bolt juga Juara Dunia sebelas kali, Bolt memenangi pingat emas Kejohanan Dunia acara 100 meter, 200 meter dan 4×100 meter berganti-ganti secara berturut-turut dari 2009 hingga 2015, kecuali dalam acara 100 meter kerana false start pada 2011.
Dengan rekod ini menjadi Bolt sebagai atlet lelaki paling berjaya Kejohanan Dunia. Bolt adalah atlet pertama yang memenangi empat kejuaraan Kejohanan Dunia dalam acara 200m dan merupakan antara yang paling berjaya dalam acara 100m dengan tiga gelaran.
Bolt menambah baik rekod dunia 100 meter, 9.69 saat dengan 9.58 saat pada 2009 – peningkatan terbesar sejak permulaan pemasaan elektronik. Dia telah dua kali memecahkan rekod dunia 200 meter, mencatat 19.30 pada 2008 dan 19.19 pada 2009.
Selepas merekodkan kejayaan gemilang Usain Bolt telah mengumumkan persaraannya dari sukan Olahraga pada tahun 2017 ketika berusia 31 tahun.
Throwback to this clip of Vidic, Evra and Hernandez discussing what position Usain Bolt would play if he joined @ManUtd 😂😂😂 pic.twitter.com/TBI5PnIBuJ
— United Zone (@ManUnitedZone_) November 10, 2020
Kriket adalah sukan kegemaran utama Bolt dan jika beliau bukan seorang pelari pecut pasti sukan kriket akan menjadi kariernya.
Satu dunia tahu Usain Bolt merupakan peminat Manchester United di mana Ruud Van Nistelrooy adalah pemain idolanya dan Bolt pernah menyatakan hasrat bermain untuk Manchester United selepas bersara.
“Bagi saya, jika saya boleh bermain untuk Manchester United, itu adalah seperti mimpi yang menjadi kenyataan. Ya, itu akan menjadi epik.” Ujar Bolt.
Selepas bersara sememangnya karier bola sepak profesional menjadi buruan Bolt.
Perjalanan Karier Bola Sepak Usain Bolt
Selepas bersara dari lapangan Olahraga Usain Bolt memulakan langkah untuk mengejar impiannya bagi menjadi seorang pemain bola sepak profesional dan untuk itu Bolt perlu memburu kontrak profesional bersama mana-mana kelab.
Pada awal 2018, Usain Bolt telah memulakan langkah awal dengan menjalani latihan bersama pasukan kelab yang berpangkalan di Afrika Selatan, Mamelodi Sundown.
Pada bulan Mac 2018, kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund telah memberi tempoh percubaan selama dua hari.
Usain Bolt dengan penuh yakin telah memberi dirinya markah 7/10 selepas satu sesi latihan terbuka pertama bersama Borussia Dortmund.
How did Usain Bolt do at Dortmund training?
Not bad, not bad at all. ⚡️⚽️ pic.twitter.com/zicj684eAb
— FOX Soccer (@FOXSoccer) March 25, 2018
Borussia Dortmund telah berjanji untuk memberikan Bolt penilaian terpaling realistik untuk Bolt tentang peluangnya untuk bermain secara profesional.
Dan itulah dilakukan Dortmund dengan satu penilaian yang teramat jujur.
“Jika Bolt mahu bermain diperingkat tertinggi, terlalu banyak perkara perlu dilakukan. Pada usianya (32 tahun pada 2018) tidak banyak ruang dan peluang lagi untuk Bolt berkembang subur menjadi pemain.” Ujar jurulatih, Peter Stoger.
Dengan penilaian sebegitu masakan Dortmund yang terkenal dengan pembangungan pemain muda mahu menawarkan kontrak kepada Bolt.
Throwback to when Usain Bolt trained with the Dortmund first team. 😂🇯🇲⚡️ pic.twitter.com/NOifxV5Uvd
— FutbolBible (@FutbolBible) May 3, 2021
Penilaian kendiri adalah 7/10 tetapi penilaian Dortmund diguna pakai Bolt untuk terus mengejar impian dan mencari kelab di liga negara yang lebih bawah dan masuk akal.
Usain Bolt telah menyertai sesi latihan bersama kelab Norway, Strømsgodset dan Bolt telah bermain sebagai penyerang dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan Norway bawah 19 tahun.
Bolt memakai jersi bernombor 9.58 sebagai simbolik kepad rekod dunia 100 meter yang diciptanya. Nombor yang sama seperti dipakainya bersama pasukan World XI dalam perlawanan Soccer Aid 2018 di Old Trafford.
Kelab Norway itu tidak berminat dan pada hari jadinya yang ke-32, 21 Ogos 2018 kelab A-League, Central Coast Mariners telah membuka peluang untuk Bolt berlatih bersama mereka.
Usain Bolt is pretty renowned for winning honours.
This one at Soccer Aid was a slightly different experience… pic.twitter.com/ZakbDoxIQd
— AW (@AthleticsWeekly) September 5, 2021
Pada 31 Ogos 2018, Bolt telah bermain perlawanan persahabatan dan masuk sebagai pemain gantian menentang pasukan pilihan Central Coast yang terdiri daripada pemain tempatan.
Pada 12 Oktober, Bolt telah menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua ketika perlawanan persahabatan menentang kelab amatur, Macarthur South West United.
“Saya rasa saya telah meningkat dalam setiap sudut.” , selepas perlawanan. Saya rasa sentuhan saya lebih baik sedikit, vision saya perlu diperbaiki sedikit lagi. Saya rasa saya larian tanpa bola saya telah meningkat.” kata Bolt kepada wartawan, menurut The Guardian.
Ketika berlatih bersama Central Coast Mariners, Bolt telah ditawarkan kontrak dua tahun oleh kelab Valletta yang beraksi di Malta Premier League namun telah menolak tawaran tersebut.
Usain Bolt scores twice on his full debut for Central Coast Mariners ⚡️⚡️ pic.twitter.com/rLsJNLecBL
— ESPN FC (@ESPNFC) October 12, 2018
Pada 21 Oktober 2018, Bolt telah ditawarkan kontrak oleh Central Coast Mariners di mana FA Australia sanggup mengeluarkan dana bagi membantu Central Coast Mariners merealisasikan perjanjian tersebut.
Selepas 8 minggu bersama, Bolt meninggalkan Central Coast Mariners pada awal bulan November dan tiada kontrak dimeterai.
Central Coast Mariners gagal mendapatkan tandatangan Bolt kerana gaji tidak masuk akal sebanyak $3 juta telah diminta oleh Bolt dan pihak yang mahu mengeluarkan dana juga angkat bendera putih.
Paling padu apabila pengurus Central Coast Mariners, Mike Mulvey mendedahkan bahawa beliau tidak tahu menahu tentang tawaran kepada Bolt.
Ketika Bolt berlatih bersama Central Coast Mariners, pemain kebangsaan Ireland dan juga Pert Glory, Andy Keogh telah memberi satu pandangan yang kejam tetapi jujur.
Andy Keogh is not impressed with Bolt's venture into professional football… ⚽
He also went on to say @usainbolt has a "touch like a trampoline" pic.twitter.com/nedo3nWtx8
— ITV Football (@itvfootball) October 26, 2018
Andy Keogh telah mengibaratkan sentuhan pertama Bolt seperti melompat atas trampoline.
“Bolt tidak akan berjaya. Sangat bagus apabila A-League mendapat perhatian tetapi untuk Bolt bermain disini tidak bagi saya.”
“Bolt menunjukkan sedikit potensi tetapi ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada pemain profesional yang berada dalam liga.”
Bagi Andy Keogh, kontrak profesional ditawarkan kepada Bolt itu hanya merupakan satu strategi pemasaran yang bagus tapi jauh dari sekali dari prespektif bola sepak.
Usain Bolt and Didier Drogba – what a striker partnership that will be at Soccer Aid 😍 pic.twitter.com/TuhhdIu2Aa
— Chelsea FC News (@Chelsea_FL) June 14, 2019
Mungkin Bolt mula sedar akan kemampuan diri dengan usianya yang mula memasuki umur senja bagi seorang atlet, pada Januari 2019 Bolt umumkan pada dunia bahawa beliau tidak akan meneruskan usaha untuk mengejar impian bola sepaknya.
Itulah yang terbaik buat Bolt, jika ada kelab berminat atas dasar pemasaran semata-mata kerana kata-kata Andy Keogh dan penilaian dari Dortmund adalah terpaling benar.
Dengan namanya yang besar Bolt boleh terus bermain bola sepak tanpa menjadi pemain profesional untuk perlawanan amal seperti Soccer Aid dan banyak lagi yang diadakan setiap tahun serta terus menjadi peminat Manchester United.