Arsenal Sahkan Mikel Arteta Positif Covid-19

Arsenal telah membuat satu pengumuman tergempar apabila telah mengesahkan bahawa pengurus mereka, Mikel Arteta positif Covid-19.

Ekoran keputusan ujian kesihatan membabitkan Arteta ini, pusat latihan London Colney telah ditutup.

Pengumuman ini dibuat melalui laman sesawang rasmi Arsenal. Semua kenalan rapat Mikel Arteta akan dikuarantin mengikut panduan yang ditetapkan kerajaan.

Arsenal membuat pengumuman mengejut ini sejurus selepas Premier League mengesahkan perlawanan minggu ini akan berlangsung seperti biasa.

Kesemua mereka yang berada di Colney temasuklah pasukan utama dan staf kejurulatihan akan dikuarantin.

“Kesihatan staf dan orang ramai lebih utama dan inilah fokus kami. Kami berdiri teguh di belakang Arteta yang nyata kecewa tetapi masih bersemangant.”

“Kamu sedang berurusan dengan pihak berwajib untuk menangani situasi ini sebaik yang mungkin. Kami memandang ke hadapan untuk kembali berlatih dan bermain apabila dibenarkan pengamal perubatan.”

“Kesembuhan Mikel Artera menjadi keutamaan kami semua ketika ini.”

Arsenal akan berkerjasama dengan Kesihatan Awal England untuk langkah seterusnya dan jelas Arsenal tidak akan dapat beraksi untuk perlawanan akan datang.

Arsenal kini dalam proses mengesan orang yang menjadi kenalan rapat Arteta ketika ini dan memaklumkan mereka apa yang terjadi.

Arteta juga telah mengeluarkan kenyataan ringkas yang nyata kecewa dengan apa terjadi pada dirinya.

“Ini satu perkara yang mengecewakan tapi aku menjalani ujian selapas berasa tidak sihat. Aku akan kembali bertugas apabila dibenarkan.”

Satu langkah yang bertanggungjawab daripada Arteta yang menjalani ujian selepas tidak sihat.

Ekoran apa yang terjadi kepada Arterta ini, Premier League akan mengadakan mesyuarat kecemasan dengan kelab Premier League.

Dengan apa yang terjadi di Serie A dan La Liga sudah pasti Premier League juga kan mengikut jejak yang sama dengan menggantung perlawanan.

BACA:  Premier League, FA, EFL Dan WSL Tangguhkan Perlawanan Di England