Atlet Tinju Morocco Dikritik Kerana Cuba Gigit Telinga Lawan

Petinju New Zealand yang juga merupakan prospek harapan pingat, David Nyika gembira dengan kejayaan beliau mencatatkan kemenangan pertamanya di kejohanan Olimpik Tokyo 2020 kemarin.

Walau bagaimanapun, beliau mengharungi detik mencemaskan ketika perlawanan sedang berlangsung dengan petinju lawan cuba untuk menggigit telinganya.

Petinju handalan New Zealand itu sangat terdesak untuk memenangi pingat emas di temasya Olimpik kali ini, selepas beliau pernah mengutip dua pingat emas di kejohanan besar sebelum ini.

David Nyika yang pernah memenangi pingat emas ketika acara Komanwel 2014 dan 2018, telah mendedahkan sikap keji lawannya dari Morocco, Youness Baalla.

“Adakah kamu nampak itu? Saya tak rasa pengadil nampak. Tapi dia antara orang paling hampir sekali.”

Jelas Nyika ketika temu bual selepas perlawanan tersebut.

Nampak sama kan?

“Dia tak dapat nak gigit sepenuhnya. Mujur saja dia pakai mouth guard dan saya ketika itu sedang berpeluh. Saya tak ingat apa saya kata pada dia, tapi saya sempat maki dia juga.”

“Saya pernah rasa kena gigit di bahagian dada sebelum ini, ketika di kejohanan Komanwel di Gold Coast. Tapi, janganlah, ini Sukan Olimpik, sedarkan diri kamu.”

“Dia bukan baru lagi dalam dunia sukan tinju ini, tapi setahu saya dia seorang yang tenang dan bersahaja. Tapi bila hal itu berlaku, saya rasa macam, ‘saya fikir kami sedang bergembira’, tapi nampaknya dia jelas tak.”

“Salah saya. Saya beritahu dia selepas tu, ‘tak ada masalah’. Dia nampak tak gembira. Dia tak mampu untuk senyum dan ketawa. Dia tahu itu satu kesalahan.”

Insiden tersebut telah dikaitkan dengan insiden yang berlaku pada tahun 1997 yang telah menemukan Mike Tyson bertemu Evander Holyfield.

Pertemuan semula kedua-dua petinju itu dipanggil ‘The Sound and The Fury’ dan selepas tamat perlawanan, ia lebih dikenali sebagai pertarungan, ‘The Bite Fight’ atau ‘The Bite of 97’.

Di bawah merupakan rakaman jelas yang menunjukkan bagaimana Baalla cuba menggigit telinga Nyika.

Petinju berusia 25 tahun itu bertukar dari profesional ke tahap amatur sepanjang kejohanan ini dan telah memulakan temasya sukan Olimpik dengan cemerlang.

Dengan kemenangan beliau di Kokugikan Arena di Tokyo (Arena yang sama WWE pernah anjurkan acara mereka sebelum ini) ia jelas peluang yang cerah untuk beliau memenangi pingat.

“Saya sudah lakukan segalanya yang saya harap saya akan lakukan. Prestasi yang saya rasa lebih baik dari apa saya harapkan, saya sangat gembira dengan hal itu.”

Tambah Nyika lagi.

“Saya tahu perancangan yang kami letakkan adalah perancangan tepat yang diperlukan untuk saya berjaya. Saya sangat yakin dengan kemampuan saya, dan ia sangat menakjubkan untuk guna analisis perlawanan yang dah lepas, cari idea bagaimana nak lawan dengan petinju selepas ini, jadi saya boleh dapat persiapan yang lebih rapi.”

Selepas beliau sendiri menghentam Baalla atas tindakan tidak bermoralnya itu, Nyika kemudian menggesa para peminat beliau supaya berhenti menyerang dan memaki petinju Morocco itu di media sosial.

“Panasnya pertarungan boleh membawa yang terbaik dan terburuk dari seseorang. Ini merupakan sebahagian dari sukan. Saya tak ada masalah dan saya menghormati lawan saya, dan saya juga faham kekesalan yang dia rasa. *Tolong berhenti ganggu dia kalau kamu semua tak ada benda baik nak cakap pada dia.*”

Kemenangan itu merupakan yang ke-14 Nyika di peringkat amatur dan mengukuhkan kedudukan beliau sebagai prospek harapan New Zealand untuk memenangi pingat emas.

Beliau menjadi harapan untuk membawa pulang pingat emas pertama New Zealand sejak kali terakhir mereka menangi pada tahun 1928 menerusi Ted Morgan.

Beliau ketika ini sudah berjaya mara ke peringkat suku akhir, dan akan bertemu dengan atlet dari Belarus, Uladzislau Smiahlikau pada Jumaat nanti.

Sumber: GMS

BACA:  Detik Sungguh Berinspirasi Melihat Thompson Tetap Menamatkan Larian Walau Dibelenggu Kecederaan