Detik Sungguh Berinspirasi Melihat Thompson Tetap Menamatkan Larian Walau Dibelenggu Kecederaan

Impian Olimpik Katarina Johnson-Thompson sepertinya sudah berakhir selepas beliau mengalami kecederaan ketika sedang beraksi dalam acara heptathlon disiplin 200m hari ini.

Atlet dari Great Britain itu sedang beraksi dalam disiplin keempat untuk acara heptathlon, dengan beliau sebenarnya menghampiri kedudukan untuk mendapatkan pingat.

Mungkin ada peminat yang tidak tahu apa itu acara heptathlon, jadi sedikit penerangan tentang acara tersebut sebelum bercerita tentang Johnson-Thompson.

Heptathlon sebenarnya merupakan satu acara gabungan antara balapan dan padang yang melibatkan enam acara secara keseluruhannya.

Terdapat dua kategori dalam acara ini yang mana satu kategori lelaki dan satu lagi kategori wanita, dengan ia telah diperkenalkan pada tahun 1980 dan pertama kali dipertandingkan di Sukan Olimpik pada tahun 1984.

Thompson tetap menghabiskan larian walau dibelenggu masalah kecederaan

Enam disiplin yang ada dalam acara heptathlon kategori wanita adalah 100m, 200m, 800m, lompat tinggi, lontar peluru, lompat jauh dan rejam lembing.

Berbalik pada kisah Johnson-Thompson, beliau sebenarnya berharap untuk memenangi pingat emas, perak atau setidak-tidaknya gangsa di temasya Olimpik Tokyo ini.

Walau bagaimanapun, ketika beliau sedang berlari dalam acara 200m, beliau telah mengalami kecederaan menjelang 100m terakhir perlumbaan.

Beliau rebah di atas trek dan menolak untuk terus diberikan rawatan oleh petugas kesihatan yang ada di tempat kejadian, sebelum memutuskan untuk tetap menghabiskan juga perlumbaan tersebut.

Sayangnya, Johnson-Thompson telah disingkirkan kerana beliau telah meninggalkan lorongnya sewaktu gigih untuk tetap menghabiskan perlumbaan tersebut.

Penyingkiran tersebut telah menyebabkan permulaan baiknya hari ini berakhir dengan kedukaan, dan harapannya untuk mendapatkan pingat terkubur begitu sahaja.

Para peminat bagaimanapun tetap memuji dan berasa bangga melihat beliau tidak mahu dibantu oleh petugas kesihatan, sebaliknya gigih berusaha untuk menghabiskan lariannya.

Tindakan beliau jelas memberi motivasi pada ramai pihak supaya jangan pernah mengalah walau sudah diduga dengan teruk.

Ia merupakan satu tamparan kepada skuad atletik Great Britain yang seolah-olah terkena sumpahan kecederaan pada para atlet mereka.

Dina Asher-Smith gagal dalam acara 100m dan 200m dengan beliau mendedahkan yang dirinya sedang dibelenggu masalah kecederaan hamstring yang teruk sejak sesi uji cuba pada Jun lalu.

Adam Gemili turut sama menderita kecederaan hamstring di saat akhir sebelum memulakan acara larian 200m dan terpaksa menarik diri.

Great Britain setakat ini baru memenangi satu pingat sahaja di Olimpik Stadium setakat ini, dengan Keely Hodgkinson memenangi pingat perak acara 800m wanita.

Bekas Juara Olimpik acara heptathlon, Denise Lewis dan Jessica Ennis-Hill meluahkan rasa kasihan mereka terhadap Johnson-Thompson.

Lewis memberitahu BBC Sport bahawa:

“Saya sangat kecewa untuk dia. Sangat bersimpati dengan dia. Dia berusaha sangat keras untuk sampai ke tahap ini.”

Ennis-Hill pula menyatakan bahawa:

“Dia menjadi mangsa sejak 18 bulan terakhir ini. Dia mengharungi tahun terbaiknya pada tahun 2019, dia sudah bersedia untuk maju. Ketika kamu berada di kedudukan itu, berada di tahun Olimpik, itu adalah tempat terbaik untuk kamu. Kamu hanya perlu lalui musim sejuk, kekalkan prestasi dan kamu sudah berada di Olimpik.”

“Tapi dia perlu hadap 18 bulan tanpa pertandingan, yang mana sukar untuk dia kekalkan itu, bagaimana kerasnya kamu nak berlatih untuk hadapi Olimpik dengan rehat panjang. Acara ini sungguh mengerikan dan dia berakhir dengan kecederaan. Sangat kasihan, saya bersimpati untuk dia.”

“Selama bertahun-tahun dia harungi dalam sukan ini, memang ada masa akan berada di bawah. Ia sepertinya sangat tidak adil untuk melihat dia berada di posisi ini sekali lagi.”

Sumber: BBC

BACA:  Atlet Tinju Morocco Dikritik Kerana Cuba Gigit Telinga Lawan