Australia Mungkin Boikot Piala Dunia Russia Berikutan Kontroversi ‘Spy’

Kerajaan Australia mungkin mengambil langkah drastik dengan memboikot Piala Dunia yang bakal berlangsung di Russia musim panas nanti berikutan dua diplomat Russia dihantar pulang kerana didakwa menjadi perisik di negara tersebut.

Ancaman tersebut dilakukan oleh Menteri Luar Negara Australia, Julie Bishop selepas pihak berkuasa menghalau pulang dua rakyat Russia dari Canberra kelmarin, yang didakwa bekerja sebagai perisik Russia di Australia.

Malaysia berpeluang menggantikan tempat Australia jika negara tersebut meneruskan boikot terhadap Russia. *fake news

Dua diplomat tersebut bekerja sebagai pegawai kerajaan Russia di Australia tetapi dipercayai bertindak sebagai perisik rahsia di negara terbabit. Identiti perisik Russia itu terdedah selepas siasatan terperinci dilakukan oleh pihak berkuasa Australia berikutan insiden serangan ‘gas saraf’ yang berlaku di United Kingdom beberapa minggu lepas.

Bishop berkata hubungan tegang di antara Russia dan Australia ketika ini mungkin membawa kesan kepada penyertaan negara tersebut dalam kejohanan bolasepak terbesar di dunia itu yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Australia telah mengenakan beberapa sekatan terhadap Russia berikutan pencerobohan Russia terhadap wilayah Crimea. Sekatan tersebut telah dikemaskini setiap masa, dan kami mengenakan sekatan terhadap beberapa individu dan beberapa syarikat dari Russia.”

Julia Bishop. Memandai je minat ni nak boikot Piala Dunia

“Impak sekatan ini sudah tentu akan dirasai Russia sekiranya ia dilakukan secara bersama dengan negara-negara lain. Kami akan terus berhubung dengan pihak berkuasa United Kingdom dan negara bersekutu dalam isu ini sama ada untuk meningkatkan lagi sekatan terhadap Russia bagi bertindak balas atas kejadian serangan ‘gas saraf’ di Salisbury, UK tempoh hari.”

“Kami sedang memikirkan beberapa lagi tindakan untuk dikenakan terhadap Russia dalam isu ini. Australia mungkin akan memboikot kejohanan Piala Dunia yang bakal berlangsung di Russia sebagai tindak balas kami dalam hal ini.”

Australia menempuhi jalan yang penuh berliku untuk layak ke Piala Dunia 2018 dimana mereka perlu mengharungi perlawanan play-off menentang wakil benua Amerika Utara iaitu Honduras. Australia berjaya menewaskan Honduras 3-1 secara aggregat dengan kapten pasukan, Mile Jedinak menjaringkan hatrik dalam perlawaanan timbal balik di Sydney.

Mereka telah diundi dalam kumpulan C untuk saingan Piala Dunia nanti bersama Perancis, Denmark dan Peru.

Boikot la nak boikot pon. Putin tak heran
BACA:  Harry Redknapp Membebel Kerana Tidak Tahan Dengan Permainan Boring England